Mohd Fadli Salleh



Nama penuh beliau adalah Mohd Fadli bin Mohamed Salleh. Di Facebook, beliau menggunakan nama Mohd Fadli Salleh, dengan trademark #MFS pada penulisannya. Selain kerjaya seorang guru, Cikgu Fadli juga terkenal sebagai seorang influencer dengan 374,081 pengikut sehingga artikel ini ditulis. Tidak harianlah beliau digelar "Cikgu Paling Berpengaruh di Malaysia

.

Biodata

B eliau dilahirkan di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Julai 1983. Beliau merupakan anak ke-6 dari 9 beradik. Bapa beliau, Tuan Haji Mohamed bin Haji Hussain merupakan mantan pengarah institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu.

Kesemua adik-beradik beliau berkecimpung dalam bidang pendidikan, Cikgu Norasma, Cikgu Norhana, Cikgu Mohd Ariff, Cikgu Solihah, Cikgu Salbiah, Cikgu Fadli, Cikgu Ahmad, Cikgu Nurafifah dan Cikgu Siti Faizah semuanya adalah guru. Ianya hasil didikan ibu mereka, Hajjah Khatijah Binti Haji Mohamad yang telah melahirkan dan mendidik mereka sejak kecil.

Cikgu Fadli mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Kamil (1) dan kemudian sambung belajar ke Maahad Muhammadi Lelaki sampai tingkatan 3. Beliau mendapat tempat untuk belajar di Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KISAS) sehingga tingkatan 5.

Selepas SPM, Cikgu Fadli melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Islam Bangi selama 3 tahun sebelum dihantar untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Mambang, Pekan, Pahang tanggal 3 Jan 2006.

Setelah mengajar di sana selama 4 tahun, Cikgu Fadli kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2) dari 1 Nov 2010 sehingga 4 Oktober 2016. Kemudian beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak sehingga kini. Cikgu Fadli sering berkongsi kisah pelajar dan teknik belajar matematik di laman Facebook miliknya.

Beliau juga telah menulis 2 buah buku iaitu KIsah Bilik Guru dan Cikgu Kelas Sebelah. Buku beliau ikgu Kelas Sebelah mendapat sambutan hangat dipasaran dan pernah menduduki tempat pertama Carta Laku Keras kedai buku Popular dan top 5 carta MPH. Selain itu ada beberapa buku lain yang beliau menjadi penulis bersama juga iaitu Buku Cerita Bilik Guru, Lagi-Lagi Cerita Bilik Guru serta Terima Kasih, Cikgu .


Selain terkenal sebagai seorang guru, Cikgu Fadli juga merupakan penaung Dana Kita. Bapa kepada 5 orang cahaya mata ini juga aktif berkecimpung dengan bidang perniagaan dengan produk digital ebook, rangkaian produk makanan The Arumi's dan terbaru beliau telah membuka sebuah kedai 2F Gadget di Gombak.

Rindukan saat merantau

Figur seorang guru tanpa sempadan

S aya hanya mula mengenali Cikgu Fadli setelah menyertai program affiliate Ebook Matematik pada Ogos tahun 2019. Beliau yang saya kenali merupakan seorang yang berprinsip dan pada masa yang sama sangat suka membantu orang lain.

Beliau senantiasa mencari cara bagi membantu orang lain, walaupun kadangkala terpaksa menerima cercaan dan pulang ke rumah hanya setelah pagi menjelang. Melalui program perniagaan MFS Empire, Cikgu Fadli telah menyediakan peluang jana pendapatan pada ribuan affiliate termasuk saya sendiri.

Beliau telah melantik saya sebagai admin group bagi Affiliate pada awal Julai 2020 dan bilangan affiliate berdaftar kami telah mencecah lebih 4 ribu orang. Saya menghasilkan laman ini, adalah sebagai tanda terima kasih saya kepada beliau yang telah banyak membantu saya sekeluarga dan ramai lagi insan yang memerlukan.

Walaupun kami ini sebaya, Cikgu Fadli memanggil saya dengan gelaran "Kak Elin" walhal saya cuma 5 bulan lebih tua daripadanya. Bukan mudah untuk menjadi insan terkenal, dan sikap rendah diri Cikgu Fadli melahirkan rasa hormat dan kagum orang lain terhadap beliau. Harapan saya Cikgu Fadli sekeluarga akan terus menuju ke puncak jaya. Saya doakan beliau, isteri dan anak-anaknya dalam kasih sayang Allah selalu.

Nukilan, Kak Elin,
10.07 pm, 26 Oktober 2020
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia