8 Persediaan anak di Tahun 1 untuk subjek Matematik.

DSKP Matematik Tahun 1 bagi 2020
11/12/2019
Persediaan pembelajaran matematik bagi anak anak sekolah rendah bagi 2020
12/12/2019
Show all

8 Persediaan anak di Tahun 1 untuk subjek Matematik.

1. Anak kena pandai membaca.
Eh! Dah kenapa subjek Matematik tetapi anak kena pandai membaca pula?

Topik pertama diajar dalam buku teks ialah Nombor Bulat Hingga 100. Tajuk 1.1 Kuantiti Secara Intuitif.

Muka surat pertama lagi murid dah perlu pandai bandingkan objek mana lebih, objek mana kurang, objek mana yang sama banyak.

Jika anak tak pandai eja “Kurang” “Lebih” dan “Sama Banyak”, macamana mereka nak jawab soalan dalam buku aktiviti?

2. Anak kena mengira nombor asas hingga 20 sekurang-kurangnya.
Kenal, tahu dan boleh padankan. Ini masuk dalam topik 1.2 tau, Nilai Nombor.

Tahap ini juga anak kena pandai membanding dua nilai nombor serta menyusun nombor secara tertib menaik dan tertib menurun.

3. Anak kena pandai menulis dalam angka dan perkataan.
Eh! Awal-awal dah kena pandai menulis dalam perkataan? Anak saya tak pandai eja ‘sembilan belas’.

Haaa, jika tak pandai eja, musim cuti ni latih mereka mengeja. Sub topik 1.3 ialah Menulis Nombor Dalam Angka dan Perkataan tau. Memang anak perlu pandai mengeja dan menulis dalam perkataan khususnya.

4. Kenalkan mereka tentang kombinasi nombor.
Hat ni penting tau. Awal-awal dah diajar pada murid kombinasi nombor. Apa itu kombinasi nombor?

Contohnya nombor 4.

4 ialah kombinasi nombor 4 dan 0, 3 dan 1, 2 dan 2, 1 dan 3 serta 0 dan 4. Itulah dia kombinasi nombor bagi empat. Jika 8? Lagi banyak kombinasinya. 8 dan 0, 7 dan 1, 6 dan 2, 5 dan 3, 4 dan 4 dannnnnn seterusnya.

5. Tahu melengkapkan rangkaian nombor.
Sub topik 1.5 ialah Rangkaian Nombor dimana mereka perlu membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh.

Ha, dah macam darab kan? Ya, asas awal darab dah diterap secara tak langsung walau anak belum pun belajar tambah.

6. Perlu kenal Nilai Tempat, Menganggar dan Membundar.
Sub topik 1.6, 1.7 dan 1.8 itulah dia yang anak kita akan belajar. Part paling susah nak bagi anak faham ialah membundar.

Namun jangan risau, aku dah buat banyak video mengajar asas bundar untuk tahun satu. Boleh lihat secara percuma di Telegram aku t.me/MohdFadliSalleh

7. Pola Nombor ialah susunan dan corak nombor yang disusun. Sub Topik 1.9 ini banyak soalan KBAT yang memerlukan anak kreatif berfikir tau.

8. Soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan berbentuk ayat mula diperkenalkan. Soalan pada tahun 1 sangat senang dan ringkas. Dibantu pula oleh gambar untuk memudahkan kefahaman murid. Ini ialah Sub Topik ke 1.10 dalam Tajuk pertama tau.

Haaa, sediakan anda? Ni baru sedikit sahaja pendedahan aku. Ni baru Tajuk 1 tau yang anak kalian bakal belajar di bulan pertama persekolahan.

Belum masuk operasi tambah dan tolak pun lagi, tapi inilah topik yang diperkenalkan. Diharap kalian bersedia la semuanya agar tak ketinggalan.

Sangat penting penguasaan di Tahun 1 kerana jika mereka ketinggalan di Tahun 1, kemungkinan besar mereka akan terus ketinggalan hingga ke tahun 6 kerana silibus yang digubal bersifat kesinambungan. Ia berhubung kait dari tahun ke tahun.

Jadi kawan-kawan, ini zaman mereka. Kita kena bantu mereka hadapi silibus zaman mereka dengan tenang dan sentiasa beri sokongan.

Jemput join channel Telegram saya t.me/EbookCikguFadli. Kat sana saya share video pengajaran Matematik secara PERCUMA untuk murid sekolah rendah.

Banyak juga bahan dan Isu Pendidikan Semasa saya kongsi setiap hari.

Terus sokong anak kita di rumah, guru pula mengajar di sekolah. InsyaAllah kejayaan itu milik anak-anak kita bersama. Amin.

#MFS
– Membedah DSKP Tahun 1 –

💬 Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
📲 Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
👨‍🏫 Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
📺 Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli

.
.

Admin Cikgu Fadli Online
Admin Cikgu Fadli Online
Laman Cikgu Fadli Online ini dikemaskini oleh Admin Noor Azlin Mohamad. Konten tulisan Cikgu Mohd Fadli Salleh adalah dari sumber Facebook rasmi dan telegram beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *