tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Mohd Fadli Salleh

Abah dan sedekah.

Dulu aku masih ingat, masa aku kecil hingga remaja abah selalu bawa aku sebagai peneman mencari masjid dalam pembinaan, pergi ke pondok-pondok agama, rumah anak yatim dan pusat tahfiz.

Abah pergi untuk sedekah sebahagian dari duitnya sebagai simpanan akhiratnya.

Selepas abah pencen dan masih kuat, abah memandu sendirian pula memandangkan anak-anak dah mula membawa haluan masing-masing.

Namun kadangkala adik aku, kakak atau cucu abah bawa untuk temani ke sana ke mari. Satu Kelantan abah pusing hanya untuk bersedekah.

Sampai satu masa, abah tidak lagi dapat ke sana sini seperti biasa akibat uzur dan tidak mampu drive kereta jauh-jauh lagi.

Abah jenis old school. Abah tak pandai online banking. Telefon abah jenis Nokia yang bukan smart phone. Abah juga tak pernah suruh anak-anak buat online transfer untuk bersedekah.

Aku anggap, abah dah meninggalkan rutin bulanan dia asbab makin uzur dan tua.

Aku anggap, abah rasa dah cukup dengan sedekah tetap bulanan keperluan barang dapur untuk keperluan keluarga yang abah bayar kedai Pok Ta sekitar RM1500 setiap bulan dan Pok Ta yang urus pengagihan.

Aku anggap, abah dah berhenti infaq untuk masjid, pondok dan pusat tahfiz kerana mungkin bagi abah simpanan di alam sana dah ‘cukup’.

Rupanya aku salah. Aku cukup salah.

Bila abah tiada, anak-anak buka wallet abah. Ada kertas dan kad yang abah selit dalam walletnya itu. Kertas dan kad itu ditulis puluhan nombor akaun bank masjid, pondok dan pusat tahfiz.

Adik beradik yang selalu teman abah ke ATM cucuk duit baru perasan, setiap kali abah beratur depan mesin agak lama.

Rupanya abah tak pernah tinggalkan amalan ini sehingga akhir hayatnya. Allah abah.

Terima kasih abah tetap mengajar dan mendidik kami meski pun abah telah pergi.

Sayang abah hingga ke syurga. ♥️

Mohd Fadli Salleh

Abah sujud syukur dan solat sunat dalam Masjid Dana Kita yang masih dalam pembinaan.

 

Nombor akaun pondok-pondok agama di Kelantan

 

Nombor akaun masjid, tahfiz dan tabung Jariah.

 

Nombor akaun masjid dan pondok

 

Nombor akaun pondok lagi

 

Rasanya ni pun nombor akaun masjid juga

 

Abah sentiasa mendidik kami tanpa henti dengan setiap amal perbuatannya yang boleh kami tiru. Terima kasih abah. ♥️

.

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam gais. Benarlah kata pepatah, 'Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali'. Pagi duniaaaaa! #MFS

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Ma pesan, "Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha." Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah. Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib