logo-mfs-umum

Abah dan Ziarah.



koleksi-premium-ebooks
mathzier-eazier

Oleh: Mohd Fadli Salleh

Abah dan ziarah.

Abah cukup suka ziarah. Ziarah orang sakit, ziarah orang tua, ziarah sanak saudara, ziarah sahabat handai.

Masa virus covid belum wujud, boleh katakan setiap hari abah akan turun berziarah. Dengar saja kes kematian, orang sakit, InsyaAllah abah akan sampai.

Sanak saudara yang tua dan uzur, memang keutamaan abah. Aku dari kecil tidak pernah lihat wajah mak dan ayah abah. Mereka meninggal dunia lama sebelum aku lahir lagi.

Sebelah rumah aku, rumah mak sepupu abah. Mok Su Tijah namanya. Kiranya itu antara saudara terdekat kami yang paling tua. Setiap hari abah akan ziarah Mok Su Tijah. Anak-anak pun disuruh pergi juga. Disuruh hormat bagai nenek sendiri.

Sampai aku besar, sampai belajar di luar negeri pun, setiap kali pulang rumah, abah akan pesan,

“Gi naik jumpa Mok Su Tijah dulu”.

Sebelum pulang ke asrama, pun nasihat sama,

“Sebelum gi KL, naik jumpa Mok Su Tijah dulu”.

Itu pesan abah sentiasa. Memang abah selalu ingatkan. Sampai lah Mok Su Tijah meninggal dunia, begituah rutin kami anak-anak.

Sampai sekarang, anak dah lima pun setiap kali pulang, abah akan tanya,

“Dah pergi tengok Chek?” (Kakak ipar abah dalam gambar dibawah)

 

 

Patutlah hubungan abah dengan keluarga, dengan sanak saudara, dengan orang kampung jadi rapat. Abah sentiasa ziarah dan bertanya khabar.

Setelah abah tiada, banyak wasap dan pm yang adik-beradik kami terima dari sanak saudara dan orang kampung. Semua pakat kata,

“Teringat lagi Pok Muda datang rumah. Datang bertanya khabar berita selalu. Paling tidak seminggu dua sekali pasti Pok Muda singgah”.

Ah abah. Banyaknya amalan baik abah yang sukar Li nak tiru. Buat sekali sekala tu boleh, nak istiqomah macam abah ni cukup susah.

Patutlah kalama ulama mengatakan ‘Istiqomah itu lebih hebat dari 1000 karamah’.

Terima kasih abah atas didikan dan tunjuk ajar selama ini. Banyak ilmu dan pengajaran boleh Li jadikan panduan hidup.

Sayang abah hingga ke syurga. ♥️

Mohd Fadli Salleh

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Abah dan Dana Kita

Abah dan Dana Kita

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Abah dan Dana Kita. Masa aku buat NGO Dana Kita, abah tak tahu pun. Beberapa bulan selepas itu, masa aku balik kampung abah bertanya. "Abah dengar Li buat NGO berdaftar dah. Baguslah, buat saluran yang betul. Abah sokong". "Ya bah. Motto...

Abah dan Tanah Kecintaan (Haramain)

Abah dan Tanah Kecintaan (Haramain)

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Abah memang kasih sungguh pada bumi Mekah dan Madinah. Maka abah merancang dengan teliti untuk membawa isteri dan 9 orang anak-anaknya ke bumi kecintaannya. Abah kerja seorang. Anak pula sembilan. Kos ke tanah suci bukan murah. Maka abah...

Happy birthday to me. 🎂

Happy birthday to me. 🎂

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Happy birthday to me. 🎂 Terima kasih Tuhan atas setiap hela nafas untuk 38 tahun ini. Terima kasih isteri yang sentiasa setia dan menyayangi. Terima kasih anak-anak, adik-beradik dan semua kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan....

Abah dan Al Quran

Abah dan Al Quran

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh Seingat aku, masa aku darjah 2 kot, aku teman abah pergi mengaji Quran. Perginya waktu malam, tok guru dia orang buta. Siang abah kerja, pulangnya petang. Waktu malam abah akan pergi mengaji Quran berguru. Kadang diajak anak-anak buat...

cetak-for-mfs
cetak-for-mfs

JOM BERSEDEKAH

dana-kita

LANGGAN MELALUI EMAIL

Recent Comments

Translate »