logo-mfs


Aku pernah melalui saat-saat ini. Dan rasanya, ramai juga yang serupa.

Cikgu Mohd Fadli Salleh

mathzier-eazier
koleksi-premium-ebooks

Aku pernah melalui saat-saat ini. Dan rasanya, ramai juga yang serupa.

Memulakan hidup sebagai golongan pertengahan. Saat nak beli rak tv pun tak mampu. Peti ais beli 2nd hand sahaja, mesin basuh sekadar cuma.

Rumah kosong, tak beli sofa, apatah lagi aircond. Ia bermula dengan hampir tiada apa. Hujung bulan menggagau sini sana.

Saat cuti sekolah saat paling runsing. Nak balik kampung bukan sedikit modal kena keluar. Kereta nak kena servis, minyak lagi, tol lagi, buah tangan untuk keluarga kat kampung lagi.

saat-kesusasahan

Ia suatu memori yang perit saat itu, namun indah untuk dikenang. Betapa setiap yang kecil itu sangat-sangat disyukuri. Setiap kesabaran dan kegigihan di suatu ketika kini menampakkan hasilnya.

Saat Allah kirimkan rezeki lebih, saat ekonomi keluarga dan diri semakin baik, saat itu sebenarnya kita kembali diuji. Diuji lebih teruk dari kesempitan di suatu ketika dahulu sebenarnya.

Kita diuji apa kita bersyukur dengan kelebihan yang diberi? Apa kita semakin pemurah atau kedekut untuk memberi? Apa kita makin lalai atau makin mendekati?

Dan apa kita terus setia dengan pasangan yang bersama kita saat kita susah dan sempit itu?

Kesenangan, kemewahan, kekayaan sebenarnya banyak melalaikan orang. Ramai berjaya harungi ujian kemiskinan, namun ramai yang tumpas sebaik diuji dengan ujian kemewahan.

Mula jadi kedekut. Mula takut harta berkurang jika bersedekah. Mula angkuh, sombong dan lupa diri. Dan mula melupakan pasangan yang setia menemani kita saat kita tiada apa-apa. Mula nak pasang dua tiga atas alasan aku mampu dan kaya.

Itu ujian yang berat lagi besar. Jangan lalai, jangan kalah, dan jangan gagal ujian itu.

Kerana tiada guna harta setinggi gunung tanpa redha Allah taala. Tiada guna pangkat setinggi langit jika tidak lagi bersama dengan pasangan yang jujur dan setia.

Semoga Allah mencukupkan setiap dari kita. Memudahkan segala urusan kita. Memberi rezeki seluas-luasnya tanpa kita lupa yang kita masih sebagai hambaNya.

‘Tuhan jangan kau izin aku lupa, jangan kau biarkan aku mendepang dada.

Pasakkan hatiku pada kaki, paksakan ku tunduk, sehingga mati’.

Selamat pagi dunia maya!

Mohd Fadli Salleh
– Terbang tunduk –

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Abah dan Ziarah.

Abah dan Ziarah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan ziarah. Abah cukup suka ziarah. Ziarah orang sakit, ziarah orang tua, ziarah sanak saudara, ziarah sahabat handai. Masa virus covid belum wujud, boleh katakan setiap hari abah akan turun berziarah. Dengar saja kes kematian, orang...

Pengurusan Kewangan Abah

Pengurusan Kewangan Abah

Oleh : Dr. Salbiah Salleh Pengurusan kewangan Abah. 10 pesan Abah kami semat di hati hingga mati.   1. Kita perlu bijaksini (bijak mengatur urusan di dunia) dan bijaksana (bijak mengatur urusan akhirat). Bila kerja, sisihkan duit untuk sedekah. Rugi besar orang...

Abah dan Persahabatan.

Abah dan Persahabatan.

Oleh:  Mohd Fadli Salleh Abah dan persahabatan. Abah kalau dia bersahabat, memang sayang selamanya. Dari zaman muda, sampai akhir nyawa. Abah bersahabat bukan sekadar kenal sahabat itu sahaja. Abah akan kenal dan rapat dengan mak ayah sahabat dia. Abah akan kenal dan...

Abah dan Sedekah.

Abah dan Sedekah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan sedekah. Dulu aku masih ingat, masa aku kecil hingga remaja abah selalu bawa aku sebagai peneman mencari masjid dalam pembinaan, pergi ke pondok-pondok agama, rumah anak yatim dan pusat tahfiz. Abah pergi untuk sedekah sebahagian dari...

RUANG IKLAN

teroka-sains

LANGGAN UPDATE TERKINI

JOM BERSEDEKAH

DANA-KITA

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

Makluman : Ebook Premium adalah merupakan sebuah eBooK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Translate »