cikgu-fadli-online

Tepuk dahi aku baca screenshot ni petang tadi.

mathzier

Tepuk dahi aku baca screenshot ni petang tadi.

buli
buli

Okey, meh nak cakap sikit kalau isu ni berlaku pada anak-anak kita :

  1. Terus report pada guru kelas kejadian anak kita dibuli
  2. Kalau masih dibuli, terus pergi sekolah jumpa PK Hem laporkan pula.
  3. Jika masih tiada tindakan, jumpa Guru Besar, tunjukkan semua bukti laporan pada guru kelas dan PK Hem, tapi kes tetap berlaku. Masa ni confirm, tindakan segera pasti diambil, termasuk pindah anak ke kelas lain jika perlu
  4. Jangan pergi sound dalam group wasap begini, pasti berakhir dengan perbalahan. Mula-mula perbalahan mulut sesama kaum mak, bila kaum ayah masuk campur, tak jadi gaduh mulut dah. Boleh bertumbuk.
  5. Budak-budak tak pandai berdendam, pagi gaduh, petang dah baik-baik. Orang dewasa ni kalau bergaduh, makan tahun pun tak baik-baik lagi.
  6. Benar ada murid jenis pembuli, hal ini guru kelas jangan ambil mudah. Ibubapa juga jangan ambil mudah bila guru tegur anak kita suka buli orang.
    “Biasalah budak-budak”. Ayat ni tak boleh pakai untuk kes buli.
  7. Perangai membuli jika tidak dicegah awal, besar esok lagi teruk. So, masa rebung, masa boleh dilentur, kita didik betul-betul. Tanpa perlu bergaduh sesama orang dewasa. Urus dengan cara yang betul, InsyaAllah semuanya selesai dengan cara elok.

Okey. Cukuplah 7 pesan malam ni. Babai.

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBooK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

mathzier
Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.

Dah setahun rupanya anak ini dibawah jagaan aku. Ingat pula dia hari pertama aku jumpa dan bantu dia tu. Orang perempuan kalau dengan tarikh ni memang power kan? 😅

Anak ni aku selamatkan dari dicabul oleh ayah tirinya, tersepit dan terhimpit di rumah sendiri. Pelajaran merosot, kehadiran sangat teruk. Sedangkan dia pelajar harapan sekolah.

Aku cari dan heret dia keluar dari neraka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa. Setiap bulan aku akan jumpa dan tanya khabar berita. Mengirim duit belanja, menghantar bekalan makanan, mencukupkan apa jua keperluan.

ucapan-anak-perempuan-1
ucapan-anak-perempuan-2

Apa pun, didoakan anak ini berjaya dunia akhirat. Anak ni bakal exam SPM 2020 ni. InsyaAllah otaknya sangat cerdas dan bijak sungguh budaknya.

Kisah hitam yang perit, kesusahan hidup yang menghimpit, sejarah silam yang menghantui, kini tiada lagi. Aku jaga sungguh-sungguh macam jaga anak sendiri.

InsyaAllah budak ini akan menjadi seseorang pada masa akan datang. Dan masa tu dengan bangga aku akan berkata,

“Ini anak aku. Yang pernah hilang arah tuju, yang pernah buntu, yang hilang semangat untuk hidup dulu kini di sini dia.

Kini dah berjaya dan memberi manfaat pada orang lain pula. Cikgu bangga dengan kamu”.

Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ungkapkan ayat itu. Aku tahu. Dan aku yakin.

#MFS

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

mathzier

Tolong jangan bandingkan saya.

“Cikgu Fadli ajar anak suka dan cepat faham. Cikgu sekolah anak saya ajar anak bosan, tak faham pula tu”.

Jangan!

Jangan bandingkan saya dengan guru-guru anak-anak kalian. Kecil hati cikgu tu yang mendengar nanti.

Kawan-kawan. Saya buat kelas LIVE secara percuma di Fb ini bukan untuk kalian membandingkan siapa bagus siapa tidak. Bukan nak tunjuk hebat.

Bukan nak tunjuk power.

Tidak.

jangan-bandingkan-saya

Berulang kali saya bagitahu sebelum saya buat kelas LIVE dulu, saya takut. Risau.

Debor. Sejujurnya awalnya saya tak setuju pun nak buat kelas secara LIVE ini.

Namun memandangkan ada permintaan, memandangkan saya rasa ianya dapat membantu sangat ramai murid dan ibubapa, saya menyahut cabaran itu.

Ia tidak mudah. Ia sebenarnya cabaran besar buat saya.

Saya bukan sahaja diperhati oleh murid-murid dan ibubapa. Saya diperhati oleh rakan-rakan guru lain. Guru otai, guru pakar, guru cemerlang, guru adiwira, ikon guru PAK21, SISC+, jurulatih kebangsaan, jurulatih negeri, jurulatih daerah, pensyarah IPGM, Nazir, PPD, JPN dan KPM.

Merelakan setiap tindak tanduk saya diperhati, cara mengajar saya diteliti dan diamati oleh mereka yang pakar dalam profesion ini amat menakutkan sebenarnya.

Tapi saya tetap kentalkan hati untuk teruskan juga. Saya ingin menyumbang sesuatu pada ibubapa dan murid-murid saat mereka semua mula rasa tertekan dengan pembelajaran secara maya ini.

Dan alhamdulillah, kelas LIVE kali pertama berjalan dengan lancar. Ia mendapat sambutan hangat, murid-murid suka, ibubapa pun puas hati. Syukur dan lega sangat saya rasa bila ianya berjalan lancar.

Sejurus selepas LIVE kali pertama, saya terus membuat refleksi. Sesi refleksi secara LIVE saya luah, dalam bentuk tulisan pun saya tulis di wall saya. Ini point utama refleksi saya tempoh hari. Baca semula dan fahamkan :

  1. Saya bukan nak tunjuk hebat. Saya nak menyumbang sesuatu pada murid-murid dan ibubapa.
  2. Semua guru adalah terbaik dan guru paling bagus adalah guru-guru yang mengajar anak-anak kalian.
  3. Saya bukan sesiapa. Bukan guru pakar. Bukan guru cemerlang. Bukan jurulatih kebangsaan, negeri atau daerah. Jauh sekali guru adiwira. Saya hanya seorang guru biasa.
  4. Jika ada yang kalian nampak sebagai kelebihan, ia cuma setitis ilmu yang dipinjamkan Tuhan. Tiada sebesar zarah kehebatan dari diri saya sendiri.
  5. Setiap sambutan yang diberi, setiap kata puja dan puji, bukan untuk saya meninggi diri. Bukan untuk saya rasa hebat atau memandang rendah pada orang lain. Ia untuk saya ucapkan syukur atas sedikit kelebihan pinjaman Tuhan dan dapat dimanfaatkan kepada ramai orang.
  6. Apa yang saya persembahkan dalam setiap pengajaran datangnya dari pengalaman. Ia cara saya mengajar sejak sekian lama.
  7. Saya tidak betul dan benar pada setiap masa. Saya mungkin akan ada melakukan kesilapan. Tegurlah.

Kawan-kawan.

Berhenti bandingkan saya dengan sesiapa ya. Tambah-tambah dengan guru-guru anak kalian sendiri.

Mereka guru yang sangat hebat, cuma belum jumpa rentak sahaja lagi. Bila kilauan permata dan kehebatan mereka memancar, saya sendiri tak dapat menandingi.

Saya cuma seorang guru biasa. Yang cuba sedaya upaya memberi manfaat sebanyak mungkin kepada sesiapa semasa masih ada kudrat, masih sihat dan masih ada nyawa.

Begitulah.

#MFS
– Usah lagi membanding-banding. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

mathzier

Team dari NGO Yayasan EZ Prihatin datang ke kedai aku nak borong handphone untuk mereka agihkan pada keluarga yang tak mampu.

Semua stok 15 biji handphone Redmi 9A yang ada dikedai mereka borong semua sekali. Tak cukup dengan itu, phone 2nd pun mereka borong 10 biji lagi.

Haishhh, mana boleh mereka nak tamak pahala sendiri. Terus Dana Kita sumbang 5 biji lagi telefon kepada mereka untuk mereka agihkan dan 2F Gadget sumbang earphones dan kabel juga.

matlamat-yang-sama

Seronoknya berebut-rebut buat pahala begini.

Kita sesama NGO ni tak perlu nak dengki dan iri hari sesama kita. Kita semua ada matlamat yang sama nak bantu lebih ramai orang yang boleh kita bantu.

Semoga kita semua berjiran di syurga nanti. Amin.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

#DanaKita
#MFS

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger
mathzier

Jika pernah pangkat itu membuatkan engkau sombong;
Jika pernah kekayaan itu membuatkan engkau bongkak;
Jika pernah darjat itu membuatkan engkau riak;
Jika pernah kemasyhuran itu membuatkan engkau angkuh;

hidup-membumi

Maka ingatlah, syaitan dan iblis diusir keluar dari syurga kerana angkuh, sombong, bongkak dan riak.

Selamat pagi dan salam Jumaat semua!

#MFS
– Hidup membumi –

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

mathzier

Alhamdulillah. Baru sahaja menyerahkan 900 beg kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beg-beg sumbangan Dana Kita ini akan diagihkan kepada 30 buah sekolah dalam Kuala Lumpur melalui sekolah masing-masing.

penyerahan-beg

Kemiskinan di bandar ini kadangkala lebih teruk dari kemiskinan di kampung. Kami tak mampu membantu semua orang, namun semua orang mampu membantu seseorang.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita


#MFS

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger
mathzier

Hidup kita singkat. Sangat rugi jika kita habiskan hidup yang singkat dengan orang yang salah.

Bersama dengan orang yang salah hanya menyekat diri kita untuk terus maju kerana sikap negatif dan drama mereka.

Bila kita hendak berubah ke arah kebaikan, mereka akan menyindir dan melemahkan semangat kita.

Bila kita baru menapak, mereka bermain drama supaya kita kembali mengundur. Hidup dihabiskan dengan banyak bercakap dan membawang tentang orang lain.

Benci orang itu, dengki orang ini.

Berbeza dengan pilihan yang betul. Mereka akan sentiasa mendorong kita ke depan. Bahkan mereka yang menunjukkan setiap peluang dan jalan.

hidup-singkat

Tiada drama, tiada toksid dalam hati.

Mereka bercerita tentang orang lain yang lebih baik dan berjaya untuk dijadikan panduan. Mereka tiada masa nak memburukkan orang.

Tiada ruang untuk membenci dalam hati mereka. Tiada ruang untuk iri hati.

Kerana mereka tahu, hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perkara remeh sebegitu.

Carilah seorang sahabat yang mampu mengeluarkan semua bakat dan potensi terbaik yang ada dalam diri kamu.

Kemanisan saling mendorong, kebahagiaan saat sama-sama menggapai puncak itu tidak tertulis dengan kata-kata.

Selamat pagi wahai hati yang sentiasa mengasihi!

#7RetiredDragons
#MFS

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

mathzier

Apa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

membedah-dskp-tahun-2

1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000. Tajuk ini adalah kesinambungan dari apa yang anak kita belajar pada tahun 1.

Tajuk ini tidak sukar mana, ramai murid boleh kuasai dengan baik. Cuma perlu lebihka latihan dalam sub topik BunApa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

2. TAJUK 2 ialah operasi asas. Hat ni kena bagi tumpuan yang sangat tinggi. Ini asas yang sangat-sangat PENTING buat anak di tahun 2.

Mereka dah mula menambah dan menolak nombor hingga 1000. Pastikan anak kuasai penambahan dan penolakan yang mengumpul semula. Ala, tambah tolak yang naik 1 dan pinjam 1 tu la.

Lebih penting lagi, dalam topik ini juga anak-anak mula diperkenalkan dengan DARAB dan BAHAGI. Dua topik yang sangat ramai murid gagal kuasai tau. Jika tak kuasai sedari Tahun 2, ia akan menjadi masalah sampai UPSR.

3. TAJUK 3 ialah Pecahan dan Perpuluhan. Pengenalan kepada pecahan wajar diajar dalam tajuk ini. Tolong pastikan anak betul-betul faham apa itu pecahan wajar.

Juga mula diperkenalkan perpuluhan kepada mereka. Murid juga perlu kuasai penukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
Contoh : 4/10 = 0.4

Jangan risau, di tahun 2 topik ini hanya pengenalan dan tidak sukar. Murid mudah faham topik ini.

4. TAJUK 4 ialah Wang. Dalam topik ini, ada penambahan nilai wang hingga tiga kali tau. Pastikan anak dah power menambah. Menolak pun dah kena tolak berturut-turut hingga RM100.

Agak seram, mereka dah kena kuasai mendarab dan membahagi wang dah tau. Sebab itu aku kata TAJUK 2 sangat-sangat penting.

Selain itu, pada topik ini juga anak-anak di Tahun 2 dah diperkenalkan dengan sub topik Simpanan dan Pelaburan. Haa, ni nak bagi anak-anak pandai menyimpan dan tak melabur dalam MLM merapu dan skim cepat kaya hingga bankrup bila besar nanti. 😁

5. TAJUK 5 ialah Masa dan Waktu. Tahun 2 ni anak-anak tak payah lagi diberi jam digital. Bagi jam jarum pada mereka baru cepat mereka faham dan kuasai topik ini.

Mereka juga kena ingat sehari = 24 jam dan satu jam = 60 minit tau. Fakta asas dua ni je dulu mereka kena ingat. Musim cuti ni ajar mereka segera ya.

6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan. Murid dah diperkenalkan dengan ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.

Asas pada tahun 2 ni, anak-anak kena tahu dan kenal meter dan centimetre, kilogram dan gram serta liter dan mililiter.

Mereka hanya perlu kenal, sukat dan anggar pada tahun 2. Tiada soalan penukaran unit, tambah, tolak dan bahagi lagi tau. Pengenalan asas sahaja.

7. TAJUK 7 ialah Sukatan dan Geometri. Tajuk ini pun sambungan dari Tahun 1. Mereka perlu kenal bentuk-bentuk 3D dan 2D serta huraian ciri-ciri bentuk tersebut. Bentangan bentuk 3D juga dah mula diajar dalam tajuk ini.

8. TAJUK 8 ialah Pengurusan Data. Jika di tahun 1 murid diperkenalkan dengan piktograf, pada tahun 2 murid diperkenalkan dengan carta palang. Murid perlu pandai mengumpul, mengelas dan menyusun data. Mereka juga perlu pandai membaca dan mendapatkan maklumat dari carta palang.

Okey, itu sahaja ‘bedah’ siasat DSKP tahun 2 untuk kegunaan 2021. Semoga bermanfaat hendaknya.

Untuk dapatkan softcopy DSKP Matematik Tahun 2, Klik di bawah:

File DSKP Matematik Tahun 2

Bagi yang ingin download pdf file boleh klik butang di bawah ya.

Yang terlepas edisi ‘bedah’ siasat DSKP Matematik Tahun 1, boleh baca di link ini ya :

https://cikgufadli.com/membedah-dskp-matematik-tahun-1-dan-8-persediaan-untuk-anak-anak-tahun-1-2021/

 

Jemput join Telegram Channel:

T.me/MohdFadliSalleh

Banyak perkongsian bahan pembelajaran saya kongsi di Telegram. Joinlah ramai-ramai ya!

#MFS
– Guru Matematik sekolah rendah –

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team
membedah-dskp-tahun-1

MEMBEDAH DSKP MATEMATIK TAHUN 1 dan 8 Persediaan untuk anak-anak Tahun 1 2021.

1. Anak kena pandai membaca.
Eh! Dah kenapa subjek Matematik tetapi anak kena pandai membaca pula?

Topik pertama diajar dalam buku teks ialah Nombor Bulat Hingga 100. Tajuk 1.1 Kuantiti Secara Intuitif.

Muka surat pertama lagi murid dah perlu pandai bandingkan objek mana lebih, objek mana kurang, objek mana yang sama banyak.

Jika anak tak pandai eja “Kurang” “Lebih” dan “Sama Banyak”, macamana mereka nak jawab soalan dalam buku aktiviti?

2. Anak kena mengira nombor asas hingga 20 sekurang-kurangnya.
Kenal, tahu dan boleh padankan. Ini masuk dalam topik 1.2 tau, Nilai Nombor.

Tahap ini juga anak kena pandai membanding dua nilai nombor serta menyusun nombor secara tertib menaik dan tertib menurun.

3. Anak kena pandai menulis dalam angka dan perkataan.
Eh! Awal-awal dah kena pandai menulis dalam perkataan? Anak saya tak pandai eja ‘sembilan belas’.

Haaa, jika tak pandai eja, musim cuti ni latih mereka mengeja. Sub topik 1.3 ialah Menulis Nombor Dalam Angka dan Perkataan tau. Memang anak perlu pandai mengeja dan menulis dalam perkataan khususnya.

4. Kenalkan mereka tentang kombinasi nombor.
Hat ni penting tau. Awal-awal dah diajar pada murid kombinasi nombor. Apa itu kombinasi nombor?

Contohnya nombor 4.

4 ialah kombinasi nombor 4 dan 0, 3 dan 1, 2 dan 2, 1 dan 3 serta 0 dan 4. Itulah dia kombinasi nombor bagi empat. Jika 8? Lagi banyak kombinasinya. 8 dan 0, 7 dan 1, 6 dan 2, 5 dan 3, 4 dan 4 dannnnnn seterusnya.

5. Tahu melengkapkan rangkaian nombor.
Sub topik 1.5 ialah Rangkaian Nombor dimana mereka perlu membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh.

Ha, dah macam darab kan? Ya, asas awal darab dah diterap secara tak langsung walau anak belum pun belajar tambah.

6. Perlu kenal Nilai Tempat, Menganggar dan Membundar.
Sub topik 1.6, 1.7 dan 1.8 itulah dia yang anak kita akan belajar. Part paling susah nak bagi anak faham ialah membundar.

Namun jangan risau, aku dah buat banyak video mengajar asas bundar untuk tahun satu. Boleh lihat secara percuma di Telegram aku t.me/MohdFadliSalleh

7. Pola Nombor ialah susunan dan corak nombor yang disusun. Sub Topik 1.9 ini banyak soalan KBAT yang memerlukan anak kreatif berfikir tau.

8. Soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan berbentuk ayat mula diperkenalkan. Soalan pada tahun 1 sangat senang dan ringkas. Dibantu pula oleh gambar untuk memudahkan kefahaman murid. Ini ialah Sub Topik ke 1.10 dalam Tajuk pertama tau.

Haaa, sediakan anda? Ni baru sedikit sahaja pendedahan aku. Ni baru Tajuk 1 tau yang anak kalian bakal belajar di bulan pertama persekolahan.

Belum masuk operasi tambah dan tolak pun lagi, tapi inilah topik yang diperkenalkan. Diharap kalian bersedia la semuanya agar tak ketinggalan.

Sangat penting penguasaan di Tahun 1 kerana jika mereka ketinggalan di Tahun 1, kemungkinan besar mereka akan terus ketinggalan hingga ke tahun 6 kerana silibus yang digubal bersifat kesinambungan. Ia berhubung kait dari tahun ke tahun.

Jadi kawan-kawan, ini zaman mereka. Kita kena bantu mereka hadapi silibus zaman mereka dengan tenang dan sentiasa beri sokongan.

Nak dapatkan softcopy lengkap DSKP MATEMATIK Tahun 1 yang boleh di download dan print out?

Dapatkan di channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh.

Kat sana saya share bahan pembelajaran dan video pengajaran Matematik secara PERCUMA untuk murid sekolah rendah.

Terus sokong anak kita di rumah, guru pula mengajar di sekolah. InsyaAllah kejayaan itu milik anak-anak kita bersama. Amin.

#MFS
– Membedah DSKP Tahun 1 –

File DSKP Matematik Tahun 1 - 2021

Bagi yang ingin download pdf file boleh klik butang di bawah ya.

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team