koleksi-premium-ebooks
mathzier-eazier

Bagaimana nak ajar anak hafal sifir?


Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Antara aktiviti hujung minggu boleh dibuat bersama anak-anak ialah hafalan sifir.

Walau saya ada ajar cara BINA SIFIR, namun tidak dapat dinafikan cara hafalan adalah cara terbaik. Sebab sifir ini digunakan selama masa.

Bagaimana nak ajar anak hafal sifir? Bacalah tips berikut ya!

 

hafal-sifir

 

 

Dulu-dulu, mak akulah yang paksa hafal sifir. Memang hafal dalam keadaan tidak rela. Namun, hasil hafalan itu yang aku guna sampai hari ini. Betapa bergunanya ilmu darab dalam kehidupan seharian. Tua baru sedari.

Agaknya, kalau tak kena paksa dulu, la ni tak leh jadi Cikgu Matematik. ­čśů

Zaman la ni, kita cubalah dulu teknik psikologi. Teknik puji-pujian. Teknik pujukan.

“Anak mama ni bijak. Mama pasti kalau anak mama ni hafal sifir dua, lima minit dah ingat. Cuba hafal kakak, mama nak dengar.”

Lembut dan santun je tau cuba motivasikan anak melalui pujian. Boleh juga guna teknik ganjaran dalam memotivasikan anak untuk belajar.

“Kalau kakak boleh hafal sifir dua, mama bagi seringgit. Sifir tiga, mama bagi dua ringgit. Semakin tinggi sifir, semakin banyak ganjaran mama bagi. Hafal cepat ya, nanti dapat banyak duit.”

Kau tengoklah. Laju je dia hafal dan cuba dapatkan ganjaran tu. Nak duit katakan. Namun ada orang kata cara ni tak bagus, buat anak kita mengharap balasan atas setiap usaha mereka.

Pada aku, okey je. Bukan semua benda kita guna kaedah ganjaran ni. Sesetengah perkara memang perlu motivasikan anak cara ni.

Namun kalau cara ni pun tak jalan juga, apa lagi. Gunalah teknik lama yang pasti berkesan. Teknik paksaan. Haha.

“Kakak hafal sifir dua sampai dapat malam ni. Kalau tak, siap! Kena dengan mama nanti.”

“Zasss!” (bunyi hanger dihayun pada sofa.)

Haha, cara ni pasti berkesan. Dalam air mata anak kita hafal. Alah, air mata anak manja sekejap sahaja akan berhenti. Namun ilmu dan hafalan itu akan berkekalan sampai mati.

Sungguh!

Sila ikuti tips-tips Matematik dan isu semasa dunia pendidikan di channel telegram saya. Klik link ini untuk join ya t.me/MohdFadliSalleh.

#MFS

ADMIN:

1. Sebarang pertanyaan tentang bahan boleh rujuk pada pemilik asal bahan. Any question regarding item please refer to the material’s owner.

2. Please right click each image to download or download pdf file below of the post | Sila right click untuk save imej atau muat turun file pdf di bawah post.

We hope that our sharing today will help your child education’s journey. Kindly share and thank you for visiting us at Cikgu Fadli Online.

Semoga perkongsian harini bermanfaat untuk semua pengunjung Cikgu Fadli Online ya. Sila share agar ramai lagi mendapat maanfaat, terima kasih !

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.


cetak-for-mfs
cetak-for-mfs

JOM BERSEDEKAH

dana-kita

LANGGAN MELALUI EMAIL

Recent Comments

Translate ┬╗