Berpuluh Tahun Abah Istiqomah Menjaga Kakak-Kakak Ipar dan Anak-Anak Saudara

tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Abah anak bongsu dari 3 orang adik-beradik. Kedua abang-abang abah Hj Manaf dan Sidek meninggal diusia yang muda.

Sekitar umur 40an kata abah. Maka abah galas tanggungjawab menjaga kakak ipar dan anak-anak saudara diusia abah yang masih sangat muda.

Lagi pun dalam keluarga, hanya abah belajar tinggi. Semua anak-anak saudara abahlah jadi pengganti ayah mereka. Dari urusan persekolahan sampailah ke alam perkahwinan, semua abah akan peduli.

Abah cukup menjaga silaturrahim. Sangat-sangat menjaga.

 

Kasih pada Chek, kakak ipar abah. Masa sihat dan hayat abah, boleh kata setiap hari abah akan ziarah Chek yang dah bertahun-tahun uzur.

 

Hampir setiap hari abah akan ziarah kedua kakak iparnya. Kasih sungguh abah dengan keluarga.

Bahkan sehingga akhir hayat abah, abah kirim RM50 kepada Mok Zah dan RM50 kepada Chek.

Padahal anak-anak Mok Zah dan anak-anak Chek semua alhamdulillah dah berjaya. Dah tak perlu pun abah nak kirim duit ke apa.

Lagi pun Chek tu tak boleh bergerak ke mana-mana dah bertahun. Bukan boleh membeli pun.

Tapi abah tetap kirim duit. Tanda ingat. Tanda kasih. Tanda sayang pada kakak iparnya.

Berpuluh tahun abah istiqomah menjaga kakak-kakak ipar dan anak-anak saudara. Sejak kematian abang-abangnya hingga kematian pula menjemput abah.

 

Kakak iparnya Mok Zah makan pun abah tunggu lagi. Kasih sungguh pada keluarga.

 

Istiqomah itu mahal. Lebih mahal dari 1000 karamah.

Walau abah kini sudah tiada, kami sepakat nak teruskan amalan abah ini. Setiap bulan kami akan kirim juga duit kepada mak saudara kami sepertimana abah buat dan diniatkan pahala sedekah itu pada abah.

Kami cuma sambung amalan abah yang mana kami mampu, InsyaAllah.

Banyak sungguh pengajaran dan ilmu yang abah tinggalkan. Kami anak-anak mungkin tak mampu buat sebaik abah buat, namun kami anak-anak tetap akan cuba sebaik mungkin.

Sayang abah hingga ke syurga. ❤️

#MFS

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam gais. Benarlah kata pepatah, 'Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali'. Pagi duniaaaaa! #MFS

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Ma pesan, "Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha." Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah. Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib