Baik. Inilah dia DSKP (apa yang anak kalian akan belajar) Matematik Tahun 1. Ada 8 tajuk besar semuanya.

1. Nombor bulat hingga 100.
Dalam tajuk ini, banyak pecahan tajuk kecil pula. Tajuk ini sangat-sangat penting. Asas Matematik anak kita bermula di sini.

2. Operasi Asas
Dalam tajuk ini, anak kita akan mula belajar asas penambahan dan penolakan. Pastikan anak bagi tumpuan penuh ya. Kalau tahun 1 dah gagal kuasai topik asas ni dengan baik, masalah nanti.

3. Pecahan
Gambaran pecahan diperkenalkan. Tiada soalan sukar, hanya pengenalan kepada suku, separuh dan tiga per empat sahaja.

4. Wang
Topik ni penting. Ramai murid tahun 1 bermasalah topik ini terutama melibatkan kiraan duit syiling dan sen sen.

5. Masa dan Waktu
Ya, dari tahun 1 lagi dah diperkenalkan tau. Pun sekadar perkenalan awal. Bukan ada soalan melibatkan sistem 24 jam ke apa. Jangan risau.

6. Ukuran dan Sukatan
Anak-anak kita dah mula belajar mengukur tau. Best buat aktiviti ukur sekeliling sekolah.

7. Ruang
Ni agak berat untuk segelintir murid hafal apa itu kon, piramid dan bentuk-bentuk 3D serta ciri-cirinya. Selepas belajar 3D, baru murid belajar 2D. Kenapa 3D dulu? Kerana 3D objek yang boleh disentuh dan murid senang relate dengan objek sekeliling mereka. ๐Ÿ˜Š

8. Pengurusan Data
Ya, anak ditahun satu dah mula belajar mengumpul, menyusun dan mengelas data tau. Lepas tu mereka juga dah diperkenalkan dengan piktograf.

Haaa, tu semua 8 Tajuk besar yang bakal anak-anak kalian belajar di tahun 1. Kena ready betul-betul masa di tahun 1 ni. Kerana silibus kita bersifat kesinambungan.

Ia bersambung dari tahun ke tahun. Jika tahun 1 tertinggal, kemungkinan untuk tertinggal di tahun 2,3,4,5 dan 6 tu sangat tinggi.

Okey, cukup dulu perkongsian kali ini. Jemput join channel Telegram saya : t.me/MohdFadliSalleh. Di sana setiap hari saya kongsi video pengajaran Matematik dan Isu Pendidikan Semasa tau.

Dokumen Penuh DSKP Tahun 1 2020
KLIK SINI

#MFS

๐Ÿ’ฌ Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
๐Ÿ“ฒ Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
๐Ÿ“บ Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli

.

.

Translate ยป