Jangan ingat orang yang diam tak menjawab tu mengalah

tudung-si-comel
pentagonmath

Jangan ingat orang yang diam tak menjawab tu mengalah. Jangan sangka dia tak pulangkan paku buah keras kerana dia tak boleh melawan.

Jangan sedap sangat terus sindir dan melazer orang yang tidak membalas. Silap-silap orang tu 1000 kali lebih lazer dan pedas ayatnya. Mungkin dia saja malas nak layan sahaja.

Dan biasanya, orang malas nak balas sindiran dan ayat celupar orang lain ni tak nak terperangkap dalam ‘lingkungan kebodohan’ kau saja. Malas nak layan IQ rendah dan menyamakan level diri dia dengan kau.

Tahap dia dah jauh lebih tinggi. Dia berada di liga berlainan dah dari mereka-mereka yang menyerang dengan mulut lazer tanpa insurans tu. Tahap kesabaran dia dah lain level dengan kau beb.

diam

Tapi ingat. Sesekali dia turun ke liga kau, bagi sepatah dua komen terkedu kau. Panas berapi meleleh taik telinga. Dan lepas tu dia akan biarkan kau meroyan sorang-sorang.

Kau duduk maki hamun dia, melazer, menyindir kononnya membalas ayat pedas dia dan harap dia akan terasa dan berbalas komen dengan kau. Kadang-kadang siap tag bagai lagi nak juga bagi dia reply.

Tapi dia diam dah. Membiarkan kau ternanti-nanti balasan dan serangan balas dia kat ruangan reply komen. Kemudian kau cari dia dah tak ada. Rupanya kau dah kena block.

Sedangkan dia duduk tersenyum minum kopi dengan kepuasan seorang pemenang. Bertepuk tangan melihat kau meroyan keseorangan.

Jangan dicabar mereka yang diam dan tidak melawan. Mereka ini berada di liga dan level lebih tinggi dari kau.

Sungguh!

#MFS

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam gais. Benarlah kata pepatah, 'Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali'. Pagi duniaaaaa! #MFS

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Ma pesan, "Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha." Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah. Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib