parallax background

Kelebihan SSPN Yang Ramai Tak Tahu

storm-ulangan-live
Ulangan Live STORM – Stories in Maths Cikgu Fadli dan Dr Salbiah Salleh
15/05/2020
SSPN-I-seawal-usia
SSPN-I dan Manfaat Membuka Akaun Untuk Anak-Anak
25/10/2020

Minggu lepas aku dijemput untuk webinar sembang santai mengenai kelebihan SSPN. Sejak 2 tahun lepas aku buka SSPNi-PLUS untuk semua anak aku secara online sahaja. .

 
A nak yang baru lahir pun, sebaik dapat surat beranak terus aku buka akaun tau. Ramai orang tak tahu rupanya simpanan SSPNI-PLUS ni ada perlindungan takaful yang sangat bagus. Takaful lain, perlu medikal check up jika ada sejarah sakit, obesiti dan meragukan. Lulus baru boleh ambil. Kalau tak lulus, memang tak dapat lah.

SSPNI-PLUS ni tak perlu medikal check-up. Takaful pula serendah RM10 sahaja. Kita meninggal akibat kemalangan, RM40,000 akan dapat untuk satu akaun. Kalau 5 anak (5 akaun) dan RM200k dah dapat untuk anak-anak kita belajar. Belum campur khairat kematian RM2500 satu akaun tau. Banyak dah berlaku sebelum ini kes kematian ibubapa, anak-anak dapat manfaat yang sangat besar. (Rujuk gambar terakhir). Simpanan ini takkan rugi. Kerana ia dijamin oleh kerajaan dan ia milik kita sepenuhnya.

Pakej yang ditawarkan pula ada banyak pilihan. Buat permulaan, aku cuma pilih pakej basic sahaja dahulu. Rm20 simpanan dan RM10 takaful. RM30 sahaja sebulan, RM1 sahaja sehari untuk masa depan anak-anak kita.


 
A wal tahun ni aku tukar ke pakej RM50, simpanan RM30, takaful RM20. Lebih besar manfaat, lebih banyak simpanan untuk pendidikan anak-anak. Lebih menarik, pakej ini terus aku buat potongan gaji agar tidak pakej itu sentiasa aktif dan aku tidak lalai dalam membuat pelaburan dan simpanan. Kau tengok jadual kedua itu, perbandingan jika kita menyimpan di bank biasa, unit trus, akaun pelaburan berbanding simpanan bersama SSPN-I PLUS.

Banyak kelebihan kan? Sebarkan agar masyarakat kita celik melabur dan mula menabung untuk anak-anak mereka sendiri. Untuk buka akaun secara online, terus klik sini :
https://bit.ly/3dsZ5n2

- Jom celik menabung demi masa depan anak-anak -


 

Dipetik dari Telegram Channel: T.me/MohdFadliSalleh

Admin Cikgu Fadli Online
Admin Cikgu Fadli Online
Laman Cikgu Fadli Online ini dikemaskini oleh Admin Noor Azlin Mohamad. Konten tulisan Cikgu Mohd Fadli Salleh adalah dari sumber Facebook rasmi dan telegram beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *