Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri tonton LIVE Cikgu Fadli

tudung-si-comel
pentagonmath

Alhamdulillah. Saya rasa happy sangat malam ni.

Happy bukan sebab didapati tak bersalah. Tu pun happy juga. Tapi yang membuatkan saya benar-benar happy, Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri tonton LIVE saya.

kementerian pendidikan malaysia

Pegawai KPM follow dan dengar LIVE saya sampai habis. Dengar luahan hati saya yang mewakili majoriti luahan guru-guru Malaysia.

Mereka sudi mendengar tu pun satu kejayaan buat saya. Mahal tu. Sangat mahal kementerian sendiri sudi dengar luahan warga pelaksana ini.

Saya puas hati sangat malam ni dapat luah segalanya secara jujur tanpa berselindung.

Tolong ambil mana yang bermanfaat, apa yang perlu baiki, baiki lah.

Tolong bina trust guru-guru pada PPD, pada JPN, pada KPM. Kita saling tidak percaya sesama. Dan inilah yang merosakkan kita.

Terima kasih semua yang sokong saya, yang sudi komen, sudi share LIVE tadi.

Sangat besar maknanya buat perjuangan saya bila KPM mendengar ni. Walau mereka belum buat apa-apa, namun kesudian mendengar itu sangat-sangat saya hargai.

Akhirnya, suara guru kecil ini didengari secara rasmi. Allahu, sujud syukur saya.

Ni lah hikmah taatnya saya pada nasihat ma. Inilah hikmah ma minta saya menyampaikan sesuatu dengan berlembut sepertimana Nabi Musa a.s berdakwah pada Firaun.

Besar sungguh hikmahnya.

Kawan-kawan, jika kalian masih ada ibu, taatlah pada ibumu. Mesti pun ibumu bukan berkelulusan tinggi, meski pun mereka tiada degree, namun kata nasihat ibu ini sangat tinggi darjatnya.

Percayalah!

#MFS

[ Mohd Fadli Salleh ]

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam gais. Benarlah kata pepatah, 'Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali'. Pagi duniaaaaa! #MFS

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Ma pesan, "Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha." Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah. Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi...

Ramai wartawan dan rakan-rakan media cuba hubungi saya untuk temubual.

Ramai wartawan dan rakan-rakan media cuba hubungi saya untuk temubual.

Ramai wartawan dan rakan-rakan media cuba hubungi saya untuk temubual. Maaf rakan-rakan media sekalian, saya masih penjawat awam. Saya tak boleh bersiaran atau mengeluarkan kenyataan pada pihak media tanpa kelulusan KPM. Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin juga...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  

Arkib