Kenapa Ammar berkulit gelap?

tudung-si-comel
pentagonmath

👶🏾Kenapa Ammar berkulit gelap?👶🏾

“Nak kata warna Melayu pun tidak, tetapi tidaklah gelap sangat”

Percaya tak ramai yang tanya kami soalan ini?

Sebabnya mudah sahaja, kerana Durioo+ mahu tampilkan kelainan. Dah banyak watak animasi kanak kanak diluar sana yang dikaitkan dengan kecomelan apabila mereka berkulit cerah. Durioo+ nak sampaikan bahawa warna kulit tidak menentukan kecomelan seseorang kerana ‘Little Ammar’ adalah watak utama yang amat comel!

Untuk dapatkan nama ‘Little Ammar’ juga, panjang perjalanannya. Asalnya nama yang dipilih adalah ‘Little Annas’, dah siap semua produksi untuk satu siri dalam Bahasa Malaysia dan English. Disitu seorang English native speaker memaklumkan kepada kami bahawa nama itu boleh disalah sebut dan sarankan kami tukarkan ke nama lain.

Lama kami berbincang untuk dapatkan nama ‘Little Ammar’. Alhamdullilah indah nama itu yang bermaksud ‘yang memakmurkan’, ‘yang kuat iman’ dan ‘penerang’. Tetapi disini kami perlu redo balik semua produksi mengunakan nama baru. Perih tapi perlu.

Asalnya siri ‘Little Ammar’ ini mahu dilancarkan sebagai animasi pertama di aplikasi Durioo yang dikala itu bakal launched pada Februari 2022. Tetapi selepas dibentangkan kepada TV9 pada Disember 2021, mereka menerima baik konsep ‘Little Ammar’ dan tawarkan untuk tayangkan dulu di TV9 sementara tunggu aplikasi Durioo+ siap.

Disitulah perjalanan ‘Little Ammar’ bermula bersama para penonton yang rata rata ibu bapa yang sokong dan sukakan animasi ini. Dunia ‘Little Ammar’ juga sedikit demi sedikit berkembang dengan sokongan semua, lebih banyak watak baru diperkenalkan, dan pelbagai kategori konten diperkenalkan.

Buat masa sekarang, ‘Little Ammar’ ada 4 jenis kategori utama: (Deskripsi lebih terperinci di gambar)

1. Lagu Islamik
– Mengajar Asas Islam & am, motor skill, haiwan, adab Islam dan lain lain

2. Surah, Doa & Zikir

3. Jom Belajar
– Mengajar huruf hijaiya, arabic alphabet, nombor, buah & bentuk.

4. Lagu Tidur

Bila bertambahnya konten ‘Little Ammar’, team produksi juga berkembang. Bayangkan dari 3 orang asalnya, kini team ‘Little Ammar’ sudah ada 11 orang! Kalau dulu untuk buat satu video lagu yang durasinya 2 minit ambil masa 1 bulan, kini 1 bulan boleh buat 2 lagu. Dan InshaAllah 2023 boleh buat 4 lagu 1 bulan. Alhamdullillah.

Background team yang buat ‘Little Ammar’ ini juga menarik tau. Tahu tak team ini terdiri dari Tim yang hasilkan Didi & Friends dan Omar & Hana. Dan sejarah karier Director Little Ammar bermula dari jawatan intern scriptwriter Didi & Friends pada tahun 2015!

Kami di Durioo+ percaya potensi setiap seorang ada, kesilapan adalah peluang untuk belajar, dan paling penting, semua yang kita buat adalah untuk Tuhan dan sentiasa pegang objektif Durioo untuk sebarkan kebaikan. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan.

Banyak yang Durioo+ rancangkan untuk ‘Little Ammar’ pada masa hadapan dan kami teruja sangat nak kongsikan!

Pada masa akan datang, ‘Little Ammar’ akan dapat kawan baru dan kami nak bawa dia ke dunia imaginasi/fantasi seperti:
🌠mengembara ke angkasa
🕌kembali ke masa silam untuk lihat kehidupan 25 Nabi
🍋Belajar ABC melalui dunia makanan
🦸‍♂️Belajar warna dengan dapat superpower seperti Power Rangers

Semoga ‘Little Ammar’ mendapat sokongan dari ibu bapa semua, dan dapat memberi kebaikan kepada anak anak seperti yang amat Durioo harapkan. Kami doakan anak anak anda membesar dengan nilai nilai murni dan menjadi ummah yang baik pada masa hadapan apabila diterapkan dengan nilai nilai baik dari menonton ‘Little Ammar’.

Aaminn yarabbal alamin..

Jom dapatkan Durioo di sini:
https://duriooplus.com.my/langgan

 

lagu-islamik

Lagu Islamik Total: 17 episod Himpunan lagu lagu Islamik yang membawa tema yang berbeza seperti berikut: – Asas Islam (2 ep) – Asas Am (3 ep) – Motor Skill (3 ep) – Haiwan (3 ep) – Adab (5 ep) – Lagu Tidur (1 ep) Jom dapatkan Durioo di sini: https://duriooplus.com.my/langgan

 

surah-doa-zikir

Surah, Doa & Zikir Total: 12 episod Himpunan pelbagai doa, zikir dan surah sesuai dibuka untuk anak anak: – Surah (5 ep) – Doa (5 ep) – Zikir (2 ep) Jom dapatkan Durioo di sini: https://duriooplus.com.my/langgan

 

jom-belajar

Jom Belajar Total: 10 episod Cara mudah untuk anak anak belajar pelbagai benda. Ibu bapa boleh sediakan kertas dan buat bersama: – Huruf Hijaiyah (7 ep) – Arabic Alphabet (1 ep) – Nombor (1 ep) – Buah & Bentuk (1 ep) Jom dapatkan Durioo di sini: https://duriooplus.com.my/langgan

 

lagu-tidur

Lagu Tidur Total: 8 episod Himpunan lagu lagu tidur yang ibu bapa boleh buka untuk tidurkan anak anak: – 3 min (4 ep) – 60 min (4 ep) Jom dapatkan Durioo di sini: https://duriooplus.com.my/langgan

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Aku perhati beg anak-anak murid dah start rosak dah.

Aku perhati beg anak-anak murid dah start rosak dah.

Aku perhati beg anak-anak murid dah start rosak dah. Biasa la beg sekarang tak tahan lasak. Tu lah, nak beli lain harga beg ni boleh tahan kerasnya. Malam tadi aku jumpa beg harga marhein. Tujuh lapan ringgit ja pun. Ni kalau tahan 5-6 bulan dah kira bagus sangat dah....

Anak nak masuk Pra Sekolah tahun ni? Tudung Pra Sekolah dah ada?

Anak nak masuk Pra Sekolah tahun ni? Tudung Pra Sekolah dah ada?

Anak nak masuk Pra Sekolah tahun ni? Tudung Pra Sekolah dah ada? Jika belum, kami ada jual. Cuma RM19.90 sahaja jenis awning on-point, lebih terbentuk kemas dan in shaa Allah anak-anak selesa ☺️ Jika tak selesa, kita ada Jaminan Istimewa 180 hari, boleh tukar atau...

MERDEKA dah nak dekat!

MERDEKA dah nak dekat!

MERDEKA dah nak dekat! 😍 Mommies dah plan baju peragaan untuk anak-anak sambut kemerdekaan tahun ni? 🥰 Tudung belum jumpa? TudungSiComel ada! 😍 ✅ Merah Cili✅ Putih Mutiara✅ Biru Royal✅ Kuning Royal RM19.90 sehelai 🎉 Ayuh meriahkan sambutan Kemerdekaan kita tahun ni....

Hero Islam: Siri baru yang dinanti nantikan oleh ibu bapa!

Hero Islam: Siri baru yang dinanti nantikan oleh ibu bapa!

Siri baru yang dinanti nantikan oleh ibu bapa! Superman? Ultraman? Lebih banyak hero barat yang anak anak kita kenal. Sayangnya sebab banyak betul hero Islam yang ada didalam sejarah yang anak anak kita boleh belajar. Durioo+ akan lancarkan siri dokumentari seronok...



durioo
belajar-sirah-nabi



BUKU FIZIKAL

mathzier-abakus

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib