Buat kerja kebajikan ni penat. Penat badan penat otak. Apa lagi bila tidak bergaji. Elaun pun tak ada. Betul-betul sukarela mengharap balasan di alam sana sahaja.
Namun mereka ini degil. Lagi orang larang, lagi mereka nak buat. Lagi suruh rehat, lagi mereka nak turun padang. Nak membantu ramai orang katanya. Walau penat, mereka puas. Walau letih, mereka rasa bahagia bila melihat senyuman orang-orang yang mereka bantu.
Selesai agih 400 set semalam ke Parit Buntar dan Baling. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada gerila Dana Kita dan kawan-kawan yang menjayakan program agihan kali ini. Walau kalian tidak dibayar gaji, kalian tetap ikhlas turun membantu.
Terima kasih juga buat semua kawan-kawan maya yang mengirim sumbangan buat kami. Kami memerlukan sekitar setengah juta ringgit lagi bagi menjayakan projek karnival pendidikan akhir tahun nanti. 10,000 set barang dapur dan 10,000 beg sekolah, dan 20 rumah anak-anak yatim serta tahfiz akan disantuni nanti.
Alhamdulillah, dana untuk 10,000 beg sekolah sudah pun mencukupi. Namun dana untuk barang dapur dan bantuan segera kepada 20 rumah anak-anak yatim dan tahfiz terpilih masih belum cukup dana.
Jom sertai kami dalam projek amal kali ini.
Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Semoga sahabat mendapat manfaat dengan artikel Kerja Kebajikan Memenatkan Tetapi Membahagiakan ini. Jemput baca juga artikel tulisan Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang PKPB yang dijalani sesetengah daripada kita sekarang ini.
Terima kasih kerana singgah di laman Cikgu Fadli Online ya. Mohon dapat bantu kami sebarkan kebaikan dengan share artikel ini agar lebih ramai lagi yang membacanya ya.