Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Lelaki sado berbaju putih ini, orang lama Dana Kita. Masa sebelum Dana Kita wujud lagi dia dah ada menemani aku.

 

Roger saja, pasti dia sampai. Semalam pun sama,

“Kawe nak gi IPD Dang Wangi ni. Ada agihan sikit. Mari teman kawe,” ujarku.

“Bereh”.

Sepatah je dia jawab, namun dia sampai paling awal. Usai agihan, kami duduk lepak melepaskan penat.

Masa tengah lepak, tiba-tiba telefon dia berdering. Isteri dia telefon rupanya. Sebaik habis bercakap dengan isteri, dia terus bangkit,

“Kawe kena gi dulu. Bini sampai masa nak beranak dah”.

Allah. Lupa betul aku. Isteri dia menunggu due sahaja. Kalau aku ingat pasti aku takkan ajak dia semalam. Dia pun langsung tak merungut masa aku call.

Tahniah Be We atas kelahiran anak ke lima. Terima kasih selalu ada dalam setiap projek kebajikan kami.

Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita

#MFS