Maaf orang Gombak, Setapak dan sekitar. Agihan barang dapur terpaksa DIHENTIKAN serta merta.

tudung-si-comel
pentagonmath

Selamat datang ke Pertubuhan Dana. Jemput baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, Penaung Pertubuhan Dana Kita kali ini.

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Maaf orang Gombak, Setapak dan sekitar. Agihan barang dapur terpaksa DIHENTIKAN serta merta.

Sedih aku petang ni. Sedih sungguh.

Ada report terhadap kami buat agihan barang dapur. Maka petang ini, 4 anggota polis Setapak datang dengan van polis dan kereta peronda.

Sampai depan kedai mereka bunyikan siren. Anggota polis datang bercakap dengan aku yang kami tidak lagi boleh buat agihan di kedai ini.

maaf-dana-kita-1

Empat anggota datang petang ini setelah laporan diterima. Baik-baik belaka anggota ni. Mereka sangat-sangat bertolak ansur. Terima kasih tuan.

Pegawai datang dengan penuh santun, sopan dan baik hati.

“Encik. Saya tahu encik nak bantu orang. Kami dah maklum lama dah Dana Kita buat agihan di sini. Sebelum ini tiada masalah sebab tiada laporan.

Sekarang kami terpaksa datang dan bagi amaran agar jangan lagi buat agihan begini. Kalau perlu bantuan untuk kawal keadaan, encik boleh hubungi kami bila-bila masa sahaja. Kami boleh datang dan bantu.

Cuma itulah. Sementara ini encik stop dulu ya”.

Baik. Sopan. Penuh tolak ansur anggota yang datang bincang tadi. Langsung tiada ugutan, bercakap dengan nada lembut dan memahami.

Terima kasih tuan. Kami akur pada arahan.

maaf-dana-kita-2

Beginilah saban hari depan kedai kami. Pintu kedai kami tutup. Buka sedikit sahaja untuk hulur barang dapur. Pun ada yang dengki. 😢

Cuma….

Aku pasti esok pagi berderet lagi orang akan beratur depan kedai. Pasti pintu kedai diketuk bertalu-talu untuk dapatkan sekampit beras, sekilo tepung dan barangan lain.

Aku dah arah staff buat notis dan tampal depan pintu kedai bahawa agihan bantuan barang dapur akan dihentikan serta merta.

Isnin ni aku akan terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bincang dengan mereka bagi dapatkan surat kebenaran khas untuk agih bantuan di kedai kami. Kami akan cari RELA juga untuk jaga waktu agihan nanti.

Kami tak boleh duduk diam. Ramai orang susah diluar sana. Takkan kami nak tengok saja sedangkan kami ada kemampuan untuk membantu?

maaf-dana-kita-3

Jarak cukup dijaga. SOP penuh. Ada sanitizer, ada scan suhu, orang yang datang wajib scan My Sejahtera dan tulis nama dalam buku.

Bagaimana orang yang buat report polis terhadap kami boleh lena tidur mereka setiap malam?

Tidakkah mereka ada hati dan perasaan?

Tidakkah mereka fikirkan keadaan keluarga orang lain yang tengah kesempitan?

Yang habis beras di dapur, yang tiada apa satu pun lauk untuk dimasak, anak-anak kecil yang menangis kehabisan susu sepanjang hari?

Tidakkah mereka berfikir tentang itu?

Aku sedih sungguh dengan hal ini sampai habis kata-kata. Entahlah. Kami nak bantu orang ramai yang sedang susah sahaja.

maaf-dana-kita-4

Lihatlah sendiri kesusahan orang ramai. Dengan anak kecil didukungan pun datang untuk ambil barang dapur. Bagaimana agaknya nasib keluarga seperti ini bila kami tidak lagi dibenarkan untuk membantu? 😭

SOP dijaga. Agihan secara teratur dan tersusun. Bukan main serbu. Ada check suhu, wajib scan My Sejahtera, kami sediakan sanitizer lagi. Tapi tetap ada yang dengki.

Dengki kamu tidak sedikit pun menjejaskan aku. Tidak. Ia menjejaskan nasib keluarga miskin dan tersepit.

Tak apa lah. Arahan dah dikeluarkan. Kami akan akur dan patuh pada arahan. Bermula esok pagi tiada lagi agihan ya. Bagitahu kat kawan-kawan area Gombak, Setapak dan sekitar.

Isnin ni aku nak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKM. untuk bincang dengan mereka bagaimana kami dapat teruskan usaha membantu orang ramai dalam musim pandemik ini.

Semoga dilancarkan segala urusan kami. Jika ada kawan-kawan kerja di JKM Kuala Lumpur, mohon mereka bantu kami ya.

Terima kasih Balai Polis Setapak dan semua anggotanya yang begitu berdedikasi, penuh tolak ansur dan ingin membantu.

Doakan agar usaha kecil kami untuk membantu orang ramai ini dipermudahkan. Amin.

Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita
Mohd Fadli Salleh

Terima kasih kerana membaca dan menyokong Pertubuhan Dana Kita. Setiap sen yang anda sumbangkan sangat berharga dan kami menghargainya. Mohon dapat share post ini. Kami doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

durioo
Laju Sungguh Cerita di Media Sosial Ini Tersebar.

Laju Sungguh Cerita di Media Sosial Ini Tersebar.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Laju sungguh cerita di media sosial ini tersebar. Walau pos tu saya dah tarik balik, namun sempat wartawan Kosmo, Sinar Harian dan lain-lain ambil content tersebut dan dijadikan berita. Benarlah kata orang, 'What goes online, stay online'....

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita ditubuhkan pada April 2019.

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita ditubuhkan pada April 2019.

Oleh : Mohd Fadli Salleh Dalam perlembagaan kami jelas ditulis, tiada sesiapa dalam NGO kami akan menerima gaji atau elaun bulanan. Semua sumbangan hampir 100% digunakan untuk semua projek amal. Hanya kos operasi asas seperti sewa gudang, minyak kereta, tol, makan...

Kirim emas untuk diwaqafkan

Kirim emas untuk diwaqafkan

Oleh: Mohd Fadli Salleh Allahu. Sejak Dana Kita lancarkan kutipan untuk Rumah Amal Dana Kita, sumbangan masuk tak putus-putus. Alhamdulillah. Ada yang masih belajar, ada yang tittle asnaf, anak yatim, ibu tunggal pakat kirim sumbangan walau seringgit cuma. Hari ini,...

Kami pulang dulu orang Kedah noh

Kami pulang dulu orang Kedah noh

Oleh: Mohd Fadli Salleh Kami pulang dulu orang Kedah noh. Lain masa, ada rezeki kami datang lagi. Makan tenghari pun jam 5:30 petang. Tapau McD dan KFC saja. Berhenti RnR bersila kaki lima, makan. Memang sengaja bawa pulang 5 set barang dapur. Mana tahu jumpa sesiapa...



shopee
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger