MEMBEDAH DSKP MATEMATIK TAHUN 1 dan 8 Persediaan untuk anak-anak Tahun 1 2021.

tudung-si-comel
pentagonmath

Apa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

MEMBEDAH DSKP MATEMATIK TAHUN 1 dan 8 Persediaan untuk anak-anak Tahun 1 2021.

1. Anak kena pandai membaca.
Eh! Dah kenapa subjek Matematik tetapi anak kena pandai membaca pula?

Topik pertama diajar dalam buku teks ialah Nombor Bulat Hingga 100. Tajuk 1.1 Kuantiti Secara Intuitif.

Muka surat pertama lagi murid dah perlu pandai bandingkan objek mana lebih, objek mana kurang, objek mana yang sama banyak.

Jika anak tak pandai eja “Kurang” “Lebih” dan “Sama Banyak”, macamana mereka nak jawab soalan dalam buku aktiviti?

2. Anak kena mengira nombor asas hingga 20 sekurang-kurangnya.
Kenal, tahu dan boleh padankan. Ini masuk dalam topik 1.2 tau, Nilai Nombor.

Tahap ini juga anak kena pandai membanding dua nilai nombor serta menyusun nombor secara tertib menaik dan tertib menurun.

3. Anak kena pandai menulis dalam angka dan perkataan.
Eh! Awal-awal dah kena pandai menulis dalam perkataan? Anak saya tak pandai eja ‘sembilan belas’.

Haaa, jika tak pandai eja, musim cuti ni latih mereka mengeja. Sub topik 1.3 ialah Menulis Nombor Dalam Angka dan Perkataan tau. Memang anak perlu pandai mengeja dan menulis dalam perkataan khususnya.

4. Kenalkan mereka tentang kombinasi nombor.
Hat ni penting tau. Awal-awal dah diajar pada murid kombinasi nombor. Apa itu kombinasi nombor?

Contohnya nombor 4.

4 ialah kombinasi nombor 4 dan 0, 3 dan 1, 2 dan 2, 1 dan 3 serta 0 dan 4. Itulah dia kombinasi nombor bagi empat. Jika 8? Lagi banyak kombinasinya. 8 dan 0, 7 dan 1, 6 dan 2, 5 dan 3, 4 dan 4 dannnnnn seterusnya.

5. Tahu melengkapkan rangkaian nombor.
Sub topik 1.5 ialah Rangkaian Nombor dimana mereka perlu membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh.

Ha, dah macam darab kan? Ya, asas awal darab dah diterap secara tak langsung walau anak belum pun belajar tambah.

6. Perlu kenal Nilai Tempat, Menganggar dan Membundar.
Sub topik 1.6, 1.7 dan 1.8 itulah dia yang anak kita akan belajar. Part paling susah nak bagi anak faham ialah membundar.

Namun jangan risau, aku dah buat banyak video mengajar asas bundar untuk tahun satu. Boleh lihat secara percuma di Telegram T.me/EbookCikguFadli

7. Pola Nombor ialah susunan dan corak nombor yang disusun. Sub Topik 1.9 ini banyak soalan KBAT yang memerlukan anak kreatif berfikir tau.

8. Soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan berbentuk ayat mula diperkenalkan. Soalan pada tahun 1 sangat senang dan ringkas. Dibantu pula oleh gambar untuk memudahkan kefahaman murid. Ini ialah Sub Topik ke 1.10 dalam Tajuk pertama tau.

Haaa, sediakan anda? Ni baru sedikit sahaja pendedahan aku. Ni baru Tajuk 1 tau yang anak kalian bakal belajar di bulan pertama persekolahan.

Belum masuk operasi tambah dan tolak pun lagi, tapi inilah topik yang diperkenalkan. Diharap kalian bersedia la semuanya agar tak ketinggalan.

Sangat penting penguasaan di Tahun 1 kerana jika mereka ketinggalan di Tahun 1, kemungkinan besar mereka akan terus ketinggalan hingga ke tahun 6 kerana silibus yang digubal bersifat kesinambungan. Ia berhubung kait dari tahun ke tahun.

Jadi kawan-kawan, ini zaman mereka. Kita kena bantu mereka hadapi silibus zaman mereka dengan tenang dan sentiasa beri sokongan.

Nak dapatkan softcopy lengkap DSKP MATEMATIK Tahun 1 yang boleh di download dan print out?

Dapatkan di channel telegram T.me/EbookCikguFadli

Kat sana skami share bahan pembelajaran dan video pengajaran Matematik secara PERCUMA untuk murid sekolah rendah.

Terus sokong anak kita di rumah, guru pula mengajar di sekolah. InsyaAllah kejayaan itu milik anak-anak kita bersama. Amin.

#MFS
– Membedah DSKP Tahun 1 –

File DSKP Matematik Tahun 1 – 2021

Bagi yang ingin download pdf file boleh klik butang di bawah ya.

Download

Yang terlepas edisi ‘bedah’ siasat DSKP Matematik Tahun 1, boleh baca di link ini ya :

https://cikgufadli.com/membedah-dskp-matematik-tahun-1-dan-8-persediaan-untuk-anak-anak-tahun-1-2021/

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Membedah DSKP Matematik Tahun 2 – Cikgu Fadli Online - […] https://cikgufadli.com/membedah-dskp-matematik-tahun-1-dan-8-persediaan-untuk-anak-anak-tahun-1-2021… […]
  2. Membedah DSKP Matematik Tahun 3 bagi 2020 - Cikgu Mohd Fadli Salleh Online - […] Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 1, baca di link ini :Bedah DSKP Tahun 1 […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib