tudung-si-comel
pentagonmath

Apa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000. Tajuk ini adalah kesinambungan dari apa yang anak kita belajar pada tahun 1.

Tajuk ini tidak sukar mana, ramai murid boleh kuasai dengan baik. Cuma perlu lebihka latihan dalam sub topik BunApa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

2. TAJUK 2 ialah operasi asas. Hat ni kena bagi tumpuan yang sangat tinggi. Ini asas yang sangat-sangat PENTING buat anak di tahun 2.

Mereka dah mula menambah dan menolak nombor hingga 1000. Pastikan anak kuasai penambahan dan penolakan yang mengumpul semula. Ala, tambah tolak yang naik 1 dan pinjam 1 tu la.

Lebih penting lagi, dalam topik ini juga anak-anak mula diperkenalkan dengan DARAB dan BAHAGI. Dua topik yang sangat ramai murid gagal kuasai tau. Jika tak kuasai sedari Tahun 2, ia akan menjadi masalah sampai UPSR.

3. TAJUK 3 ialah Pecahan dan Perpuluhan. Pengenalan kepada pecahan wajar diajar dalam tajuk ini. Tolong pastikan anak betul-betul faham apa itu pecahan wajar.

Juga mula diperkenalkan perpuluhan kepada mereka. Murid juga perlu kuasai penukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
Contoh : 4/10 = 0.4

Jangan risau, di tahun 2 topik ini hanya pengenalan dan tidak sukar. Murid mudah faham topik ini.

4. TAJUK 4 ialah Wang. Dalam topik ini, ada penambahan nilai wang hingga tiga kali tau. Pastikan anak dah power menambah. Menolak pun dah kena tolak berturut-turut hingga RM100.

Agak seram, mereka dah kena kuasai mendarab dan membahagi wang dah tau. Sebab itu aku kata TAJUK 2 sangat-sangat penting.

Selain itu, pada topik ini juga anak-anak di Tahun 2 dah diperkenalkan dengan sub topik Simpanan dan Pelaburan. Haa, ni nak bagi anak-anak pandai menyimpan dan tak melabur dalam MLM merapu dan skim cepat kaya hingga bankrup bila besar nanti. 😁

5. TAJUK 5 ialah Masa dan Waktu. Tahun 2 ni anak-anak tak payah lagi diberi jam digital. Bagi jam jarum pada mereka baru cepat mereka faham dan kuasai topik ini.

Mereka juga kena ingat sehari = 24 jam dan satu jam = 60 minit tau. Fakta asas dua ni je dulu mereka kena ingat. Musim cuti ni ajar mereka segera ya.

6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan. Murid dah diperkenalkan dengan ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.

Asas pada tahun 2 ni, anak-anak kena tahu dan kenal meter dan centimetre, kilogram dan gram serta liter dan mililiter.

Mereka hanya perlu kenal, sukat dan anggar pada tahun 2. Tiada soalan penukaran unit, tambah, tolak dan bahagi lagi tau. Pengenalan asas sahaja.

7. TAJUK 7 ialah Sukatan dan Geometri. Tajuk ini pun sambungan dari Tahun 1. Mereka perlu kenal bentuk-bentuk 3D dan 2D serta huraian ciri-ciri bentuk tersebut. Bentangan bentuk 3D juga dah mula diajar dalam tajuk ini.

8. TAJUK 8 ialah Pengurusan Data. Jika di tahun 1 murid diperkenalkan dengan piktograf, pada tahun 2 murid diperkenalkan dengan carta palang. Murid perlu pandai mengumpul, mengelas dan menyusun data. Mereka juga perlu pandai membaca dan mendapatkan maklumat dari carta palang.

Okey, itu sahaja ‘bedah’ siasat DSKP tahun 2 untuk kegunaan 2021. Semoga bermanfaat hendaknya.

Untuk dapatkan softcopy DSKP Matematik Tahun 2, Klik di bawah:

File DSKP Matematik Tahun 2

Bagi yang ingin download pdf file boleh klik butang di bawah ya.

Download

Yang terlepas edisi ‘bedah’ siasat DSKP Matematik Tahun 1, boleh baca di link ini ya :

https://cikgufadli.com/membedah-dskp-matematik-tahun-1-dan-8-persediaan-untuk-anak-anak-tahun-1-2021/

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Membedah DSKP Matematik Tahun 3 bagi 2020 - Cikgu Mohd Fadli Salleh Online - […] Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 2, baca di link ini :Bedah DSKP Tahun 2 […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib