Membedah DSKP Matematik Tahun 3 bagi 2020

Lebih 1000 soalan dalam Modul Matematik Pantas
14/12/2019
3 teknik menjawab soalan 1 3/4 juta kepada nombor bulat.
14/12/2019
Show all

Membedah DSKP Matematik Tahun 3 bagi 2020

Apa yang anak kita di Tahun 3 akan belajar nanti? Jom saya ‘BEDAH’ untuk kalian. 
1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 10000.
Haa, makin advance dari Tahun 2 tau. Tajuk pertama ini sama macam anak di Tahun 2. Cuma nombornya makin besar main ribu riban dah.
Jika anak dah kuasai pada Tahun 1 dan 2, Tahun 3 Tajuk ini sepatutnya tiada masalah. Cuma perlu beri tumpuan pada sub topik Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. Makin tinggi aras KBAT soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan Penyelesaian masalah ada dalam setiap Tajuk. Dan topik Penyelesaian Masalah PALING RAMAI murid tak faham dan tidak kuasai. Paling ramai. Titik!
2. TAJUK 2 ialah Operasi Asas.
Macam tahun 2, anak-anak perlu kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika anak kalian di tahun 3 belum hafal sifir, ia merupakan masalah yang SANGAT BESAR!
Dan di Tahun 3 anak-anak kita mula belajar Operasi Bergabung tambah dan tolak. Contoh :-
4523 + 1089 – 268.
Juga dalam tajuk ini anak-anak dah didedahkan dengan Penggunaan ANU. Apa itu Anu? Bukan yang kat celah kangkang tu. 😅
Penjelasan secara video ada saya buat dalam Telegram saya t.me/EbookCikguFadli. Join, lihat pengajaran saya, fahamkan dan ajar anak pula ya. 
3. TAJUK 3 ialah Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ha, dah makin tinggi aras pecahan, perpuluhan siap masuk peratus lagi di Tahun 3. Sebab tu saya cakap silibus kita bersifat kesinambungan. Ia berhubung dari tahun ke tahun.
Tak kuasai sedari tahun 1 dan 2, memang bermasalah bila masuk tahun 3.
Pecahan dah diajar pecahan tidak wajar pula. Kena pula sebut pecahan perseratus. Dan paling payah nak bagi anak faham ialah tukar ke dalam BENTUK TERMUDAH. 
Topik perpuluhan tidak kurang cabarannya. Dah kena kaitan dengan petak seratus dan garis nombor tau. Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan juga dah diajar pada masa ni.
Manakala sub topik Peratus agak ringan. Ia sekadar pengenalan simbol, perwakilan peratus dengan petak seratus dan menyatakan kaitan peratus dan perpuluhan.
Dalam topik ini pun ada sub topik penyelesaian masalah tau. Pendek kata, topik ini agak berat. Saya sangat sarankan ibubapa beri pengukuhan topik ini di rumah.
4. TAJUK 4 ialah Wang.
Di tahun 3, topik wang makin mencabar. Selain tambah, tolak, darab dan bahagi wang, ada juga operasi bergabung melibatkan wang.
Di tahun 3 juga anak mula diperkenalkan dengan mata wang asing (ASEAN). Mana la tau kalian bawa anak pergi melancong ke Vietnam ke, mereka dah kenal mata wang tu tau.
Juga tidak dilupakan, sub topik Simpanan dan Pelaburan juga ada. Pendedahan kepada pentingnya menyimpan dan melabur. Last sub topik semestinya Penyelesaian Masalah. Fuh, berasap juga topik ni.
5. TAJUK 5 ialah Masa dan waktu.
Makin jauh dah anak-anak kalian belajar masa dan waktu di Tahun 3 tau.
Perkaitan tahun dengan bulan, minggu dengan hari, membaca kalendar Masihi, tambah dan tolak masa, operasi bergabung, darab dan bahagi masa pun diajar di tahun 3.
Kasar juga mainan Tajuk 5 ni. 😅
6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan.
Ha, ni tolong bagi tumpuan ya mak ayah. Pastikan anak-anak dah boleh menukar unit m – cm, kg – g, l – ml tau.
Juga mereka kena tahu menyelesaikan ayat Matematik tambah, tolak, darab dan bahagi hingga tiga unit ukuran. Fuh, berasap lagi.
7. TAJUK 7 ialah Ruang.
Dalam tajuk ini anak-anak dah diperkenalkan apa itu prisma dan ciri-cirinya. Prisma tu apa? Hah, aku tanya kau yang tua. 😁
Mereka juga belajar apa itu Poligon Sekata dan Paksi Simetri. Sekali lagi aku nak tanya yang tua ni, ingat lagi apa itu Poligon Sekata dan apa itu Paksi Simetri tak?
Haaa, termenung panjang nampak. Ke dah buka Mak Cik Google nak cari jawapan? 🙊
8. TAJUK 8 ialah Koordinat.
Ni tajuk baru yang anak-anak tak belajar di Tahun 2. Koordinat ni topik senang nak bagi murid faham. Biasanya topik ini tiada masalah bagi anak-anak kita.
9. TAJUK terakhir ialah Pengurusan Data.
Di Tahun 3 anak kita diperkenalkan pula dengan carta pai. Ya tuan puan, dah kena tahu ciri-ciri carta pai dan cara baca carta pai dah bila masuk Tahun 3 ni tau.
Tidak dilupakan, pada tahun 3 juga anak-anak kena tahu Perkaitan Antara Piktograf, Carta Palang dan Carta Pai. Tu dia. Bakal pakar statistik anak-anak kita bila kuasai topik Pengurusan Data ni.
Ha, itulah semua 9 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 3.
Suka aku ingatkan, di tahun 3 ini mereka WAJIB kuasai dan hafal sifir. Wajib juga kuasai topik PECAHAN yang dinamakan ibu segala topik.
Bahan pengajaran beserta video yang saya sarankan untuk membantu anak kalian faham pecahan dan kuasai sifir saya tulis di ruangan komen ya.
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 2, baca di link ini :
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 1, baca di link ini :
Sekian, terima kasih.
#MFS
– Membedah DSKP Tahun 3 agar semua bersedia –
💬 Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
📲 Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
👨‍🏫 Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
📺 Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli

.

.
Admin Cikgu Fadli Online
Admin Cikgu Fadli Online
Laman Cikgu Fadli Online ini dikemaskini oleh Admin Noor Azlin Mohamad. Konten tulisan Cikgu Mohd Fadli Salleh adalah dari sumber Facebook rasmi dan telegram beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *