Membedah DSKP Matematik Tahun 5

Kelebihan Ebook Cikgu Fadli
19/12/2019
Menyelesaikan soalan Penyelesaian Masalah
19/12/2019
Show all

Membedah DSKP Matematik Tahun 5

MEMBEDAH DSKP Tahun 5.

1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000, 000.
Haa, makin advance dari Tahun 4 tau. Jika anak dah kuasai topik ini di tahun sebelumnya, tajuk 1 ini tak sukar.

Tapi jika bundar dan pola nombor pun anak masih terkial-kial, memang bahaya. Tajuk ini kesinambungan dari topik yang anak belajar di Tahun 4 (2019), cuma nombor dibesarkan hingga 1 juta sahaja.

2. TAJUK 2 ialah tambah hingga 1 juta.
Tajuk ini pun senang sangat. Ramai boleh kuasai, cuma perlu lebihkan latihan dan tumpuan pada sub topik penyelesaian masalah sahaja.

3. TAJUK 3 ialah tolak hingga 1 juta.
Tajuk ini pun senang sangat. Ramai boleh kuasai, cuma perlu lebihkan latihan dan tumpuan pada sub topik penyelesaian masalah sahaja.

4. Tajuk 4 ialah pendaraban hingga 1 juta.
Anak-anak wajib kuasai sifir. Wajib tiada takwil lagi. Cabaran utama semua guru mengajar topik ini ialah anak murid tak hafal sifir.

Juga dalam tajuk ini ada sub topik penggunaan ANU dalam pendaraban. Tahu tak ANU tu apa? Haa, kalau tak tahu, gali video ‘apa itu ANU’ kat Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh

5. TAJUK 5 ialah bahagi hingga 1 juta.
Tajuk ni kalau anak tak kuasai sifir, confirm lingkup. Nak buat bahagi kena hafal sifir. Tambah-tambah soalan penyelesaian masalah yang memeningkan nak bagi murid faham. Penggunaan ANU dalam bahagi juga diajar masa ni ya.

6. TAJUK 6 ialah Operasi Bergabung.
Tajuk ini tidak sukar jika anak dah kuasai asas Matematik yakni tambah, tolak, darab dan bahagi.

Operasi bergabung melibatkan tambah dan darab, tolak dan darab, tambah dan bahagi serta tolak dan bahagi diajar. Anak-anak wajib tahu operasi mana yang perlu didahulukan.

7. TAJUK 7 ialah Pecahan.
Masa ni anak-anak akan belajar penambahan dan penolakan pecahan melibatkan nombor bulat tau. Tau tak apa nombor bulat dalam pecahan? Apa pula pecahan tak wajar? Apa pula pecahan wajar? Apa pula pecahan bercampur?

Jika tak tahu, balerrr.

Konsep ‘daripada’ dalam Pecahan juga diperkenalkan. Contoh : 2/5 daripada 50

8. TAJUK 8 ialah Perpuluhan.
Masa ni anak akan belajar tambah dan tolak perpuluhan hingga tiga nombor perpuluhan tidak lebih dari tiga tempat perpuluhan.

Juga ada diajar darab dan bahagi dalam perpuluhan serta penyelesaian masalah melibatkan perpuluhan.

9. TAJUK 9 ialah Peratus.
Topik Peratus senang diajar dan murid agak cepat faham kerana konsepnya lebih kurang dengan pecahan. Tapi jika anak tak kuasai Pecahan, sukar jugalah nak ajar.

Hanya 2 sub topik diajar tentang Peratus yakni Nilai Peratus dan Penyelesaian Masalah.

10. TAJUK 10 ialah Wang Hingga RM1000,000
Dalam tajuk ini ada 9 sub topik tau. Kena bagi tumpuan lebih ya. Namun jika anak dah kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat dan nombor perpuluhan, ia tidak sepatutnya menjadi masalah kerana dalam topik ini hanya ada perbezaan RM sahaja berbanding nombor bulat dan perpuluhan.

Yang mencabar dalam tajuk ini ialah sub topik Faedah dan Pelan Perbelanjaan dan Simpanan. Haa, hat ni agak mencabar ya.

11. TAJUK 11 ialah Masa dan Waktu.
Murid-murid perlu tahu dan hafal perkaitan antara tahun dan dekad serta tahun dan abad.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan tahun, dekad dan abad. Dan sub topik paling ultimate semestinya penyelesaian masalah. Huhu.

12. TAJUK ke 12 ialah Panjang.
Masa ni anak kita kena kuasai penukaran unit km – m, m – cm, cm – mm dan sebaliknya. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan semua unit ukuran panjang serta soalan penyelesaian masalah.

13. TAJUK 13 ialah Jisim.
Masa ni penukaran unit melibatkan kilogram dan gram perlu kuasai. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan semua unit kg dan gram serta soalan penyelesaian masalah.

14. TAJUK 14 ialah Isipadu Cecair.
Dalam tajuk ini ada 6 sub topik. Anak-anak perlu kuasai penukaran unit liter kepada mililiter dan sebaliknya. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan liter dan mililiter serta soalan penyelesaian masalah.

15. TAJUK 15 ialah Ruang.
Masa ni murid-murid akan belajar perimeter, luas dan isipadu dalam sub topik pertama. Sub topik kedua pula diperkenalkan sudut. Dan sub topik ketiga ialah Garis Serenjang dan Garis Selari.

Topik ini agak sukar. Ramai murid keliru, tak dapat kuasai dan selalu salah dalam peperiksaan. Tolong bagi perhatian ya.

16. TAJUK 16 ialah Koordinat.
Tajuk ini senang dan hampir semua murid dapat faham dengan baik. Tajuk ini kalau masuk exam dianggap soalan bonua kerana ianya mudah.

17. TAJUK 17 ialah Nisbah dan Kadaran.
Nisbah dan Kadaran juga dianggap tajuk bonus jika masuk dalam exam. Tidak sukar dan mudah. Cuma nisbah tidak perlu diperkecilkan jika tiada arahan dalam soalan. Perkecil nisbah sama seperti permudahkan pecahan. Sama je ya.

18. TAJUK 18 ialah Pengurusan Data.
Ini tajuk terakhir dalam DSKP Tahun 5. Masa ni anak-anak kita akan belajar 2 sub topik.

Pertama ialah mod, min, median dan julat. Tolong bagi perhatian sub topik ni. Ramaiii sangat keliru dan tertukar antara semua tu.

Sub topik kedua ialah Data yakni anak-anak kena pandai membina piktograf dan carta palang. Bina tau. Bukan sekadar baca, susun, banding beza dan dapatkan maklumat.

**********

Ha, itulah semua 18 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 5.

Untuk dapatkan DSKP dalam bentuk PDF yang boleh didownload, jemput join channel Telegram saya t.me/EbookCikguFadli

Kat sana setiap hari saya berkongsi video pengajaran dan Isu Pendidikan Semasa tau.

Sekian, terima kasih.

#MFS
– Membedah DSKP Tahun 5 agar semua bersedia –

💬 Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
📲 Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
👨‍🏫 Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
📺 Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli


.

Admin Cikgu Fadli Online
Admin Cikgu Fadli Online
Laman Cikgu Fadli Online ini dikemaskini oleh Admin Noor Azlin Mohamad. Konten tulisan Cikgu Mohd Fadli Salleh adalah dari sumber Facebook rasmi dan telegram beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *