Menyelesaikan Soalan Penyelesaian Masalah
Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh Subjek / Mata pelajaran: Matematik Tahun / Tingkatan: Kelas Umum
Menyelesaikan soalan Penyelesaian Masalah.
1) Garis isi penting.
2) Bulatkan kehendak soalan.
3) Tentukan operasi. (Wajib hafal kata kunci operasi)
4) Selesaikan.
Penyelesaian masalah juga boleh diselesaikan dengan ‘Teknik DDOS’, yakni :
1) Diberi (Apa maklumat yang diberi)
2) Dicari (Apa yang soalan suruh kita cari?)
3) Operasi (Tentukan operasi berdasarkan maklumat yang diberi dan apa yang dicari)
4) Selesaikan.
Ini asas Matematik. Inilah asas menjawab soalan penyelesaian masalah. Inilah juga asas menjawab soalan KBAT.
Gunakan teknik ini, InsyaAllah anak-anak dapat jawab soalan penyelesaian masalah dengan lebih baik lagi..
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat pada semua. Follow saya untuk berbagai jenis perkongsian bermanfaat d Fb ini. 😁
#MFS
– Ilmu makin dikongsi makin berkat. –
ℹ️Tips Matematik & Info Semasa:
t.me/MohdFadliSalleh
#TeamCikguFadliOnline
#EbookCikguFadli
0 Comments