Penting sungguh kata-kata motivasi dari guru kepada anak-anak didik mereka.

tudung-si-comel
pentagonmath

Hi adik-adik! Hari ni, Admin Azlin nak share tips pendidikan dan kisah terbaru nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Jom baca bersama-sama ! Apa topik atau kisah kali ini ya?  🌟📖

motivasi-dari-guru

Hari last sebelum raya cina suatu ketika dahulu, ada masa matematik bagi tahun 3 kelas paling hujung. Aku mengajar macam biasa, beri kerja rumah sikit memandangkan cuti agak lama. 15 minit terakhir, aku suntik kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat juang mereka.

“Cikgu tak marah awak jawab salah, cikgu marah bila awak malas. Bila cikgu bagi kerja, kena siapkan. Mula-mula memang banyak salah, makin lama awak makin bijak dan lama-lama awak makin pandai. Murid yang rajin buat kerja ni, dia akan jadi murid yang bijak suatu hari nanti. Lebih bijak dari murid kelas paling depan, lebih bijak dari cikgu sendiri.”

“Siapkan kerja sekolah, tak faham minta mak ayah ajar, abang dan kakak pun boleh. Cikgu pernah ajar murid yang lemah tapi rajin buat kerja, masa UPSR dia dapat A dalam maths padahal awal tahun dulu markah dia E, tak sampai 20% pun markah.”

Bla…bla….bla…
Panjang bebelanku.

Hari pertama lepas naik cuti, aku tak mengajar kelas tu hari tu. Tapi tiap kali aku selisih murid kelas tu, terus mereka cakap:

” Cikgu, cikgu! Saya dah siap kerja!”

Paling kelakar, waktu melintas kelas mereka untuk masuk kelas lain, bilamana nampak aku lalu depan kelas, berlari murid-murid keluar kelas nak bagitahu mereka siap kerja.

Sedangkan ada guru lain dalam kelas mereka masa tu! Cepat-cepat aku hambat masuk kelas mereka dan suruh mereka hormati guru yang sedang mngajar mereka.
Hmmm… anak-anakni jujur sungguh.

Penting sungguh kata-kata motivasi dari guru kepada anak-anak didik mereka. Benarlah kata orang, murid lebih mempercayai guru mereka melebihi kepercayaan kepada ayah ibu mereka sendiri.

Berkatalah yang baik-baik, berkawanlah dengan murid, agar mereka lebih mempercayai kita seterusnya memudahkan tugas kita untuk mendidik mereka.

Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya cintaku pada kerjaya ini.. 🙂

* Dalam gambar ni aku ajak murid main permainan BERAPAKAH? sebagai pengukuhan topik penambahan dan penolakan yang tengah mereka belajar. Seronok mereka main. Aku pun seronok juga sebab aku pun join main sama.. Hehe!

#MFS

– Kisah Sekolah Rendah –
T.me/EbookCikguFadli

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

Seronokkan baca? Share post ni kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka pun dapat baca dan belajar sama-sama di CikguFadli.com!

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Permintaan untuk Main Bola  “Cikgu, bila nak main bola kat padang? Cikgu dah janji dari hari tu nak bawa ke padang” “Kan baru lepas hujan ni. Padang mesti bertakung. Nanti padang kering kita main la” “Alaaa. Tak hujan dah pun ni. Kita main tempat tak ada lopak air...

Kuasai 4 Operasi Asas Matematik: Tips Cikgu Fadli

Kuasai 4 Operasi Asas Matematik: Tips Cikgu Fadli

Pengenalan: Menguasai 4 Operasi Asas Matematik adalah kunci kejayaan dalam subjek Matematik. Tanpa pemahaman yang kukuh tentang tambah, tolak, darab dan bahagi, anak-anak kita mungkin akan menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan Matematik. Cerita Cikgu Fadli kali...

Mengajar dengan Sabar: Kisah Cikgu Fadli

Mengajar dengan Sabar: Kisah Cikgu Fadli

Mengajar dengan Sabar: Pengenalan Dalam dunia pendidikan, “Mengajar dengan Sabar” adalah prinsip yang sangat penting. Kali ini, Cikgu Fadli ingin berkongsi pengalamannya dalam mengajar murid-murid yang masih belum kuasai operasi asas dalam Matematik iaitu bahagi....

Soalan Bahagi Masa dan Waktu Tahun 3: Cabaran Murid Tahun 3

Soalan Bahagi Masa dan Waktu Tahun 3: Cabaran Murid Tahun 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke artikel ini yang ditulis oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Artikel ini akan membincangkan berkenaan soalan bahagi masa dan waktu tahun 3. Ramai murid Tahun 3 menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan soalan ini....

Semangat Kerjasama: Kisah Inspirasi Sekolah

Semangat Kerjasama: Kisah Inspirasi Sekolah

Semangat Kerjasama dalam Sukan Sekolah Hari ini, Admin Azlin ingin berkongsi satu kisah yang menginspirasi dari sekolah Cikgu Fadli. Kisah ini bukan sahaja tentang sukan, tetapi juga tentang semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh murid-murid beliau. Ini adalah...

Kes Gaduh Sekolah: Kisah Menarik dari Kelas Cikgu Fadli

Kes Gaduh Sekolah: Kisah Menarik dari Kelas Cikgu Fadli

Jom kita ikuti kisah menarik dari Cikgu Fadli tentang "Kes Gaduh Sekolah". Dalam cerita ini, kita akan melihat bagaimana Cikgu Fadli menangani pelbagai masalah di sekolah. Jangan risau, ceritanya penuh pelajaran yang berharga. Selamat membaca!Pengalaman Cikgu Fadli...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib