Musim cuti sekolah ni, tolong guna peluang untuk mahirkan anak-anak dua benda penting ini :-
1. Sifir
2. Pecahan
Saya jelaskan kenapa perlu mahirkan anak-anak dalam pecahan. Bab sifir, semua ibubapa tahu ianya sangat penting untuk hafal sifir. Tapi ada apa dengan pecahan?
Pecahan dikenali sebagai IBU SEGALA TOPIK. Fuhhhh, ibu terus tau. Kenapa dipanggil ibu?
Kerana dalam setiap sub topik, ada soalan pecahan. Dalam topik Wang ada pecahan, dalam topik Peratus ada soalan pecahan, dalam topik Panjang, Masa dan Waktu, dan sebagainya.
Dan pecahan ni jika tak kena gaya, memang sukar untuk anak-anak kita fahami. Sebab tu dalam silibus Matematik sekolah rendah, topik Pecahan diajar seawal darjah 1 tau. Ya, seawal darjah 1 dah dikenalkan dengan pecahan.
Naik tahun 2, 3 dan seterusnya, aras kesukaran soalan pecahan dinaikkan.
Namun masih ramai murid tak kuasai pecahan walau rah darjah 6. Satu realiti yang agak sukar nak bagitahu kerana mereka belajar dari darjah 1 lagi.
Kawan aku, seorang guru pakar Matematik yang mengajar lebih 20 tahun. Beliau membina satu modul latih tubi beribu soalan khas untuk mahirkan murid-murid topik pecahan sahaja.
Aku sendiri beli modul itu dan guna untuk murid-murid aku. Memang bagus dan berkesan. Cuma satu sahaja kelemahan modul itu, ia cuma boleh diajar di sekolah.
Murid-murid nak buat kat rumah, tiada orang boleh bimbing seperti guru mengajar di sekolah (melainkan ibubapanya guru atau ada kemahiran mengajar).
Maka kami berpakat, aku rakam video demi video pengajaran, modul pula modul dari kawan aku ni.
Maka terhasillah Modul Pantas Matematik. Satu modul untuk memahirkan murid dalam topik pecahan melalui rakaman video dan soalan latih tubi yang banyak.
Ramai ibubapa bahkan guru tuisyen, tutor dan guru sekolah rendah sendiri beli dan guna modul ini untuk anak mereka dan anak-anak murid mereka.
Alhamdulillah, ramai puas hati.
Eh jap. Jap!
Lupa tentang sifir. Kami juga ada Ebook Sifirlicious. Teknik hafalan sifir, teknik bina sifir, teknik lattice, teknik method box diajar dalam Ebook Sifirlicious ini.
Ada rakaman video untuk rujukan juga.
Kalau beli kombo Modul Pantas Matematik dan Ebook Sifirlicious, ada diskaun RM40. Banyak jimat tu.
Semoga anak-anak kita kuasai ilmu Matematik dengan baik, amin.
Nota :
1. Modul ini lebih sesuai untuk murid tahun 4-6. Murid tahun 3 yang laju boleh dah guna sebab di tahun 3 dan belajar tambah tolak pecahan.
2. Modul dan Ebook ini adalah produk digital. Ianya diemelkan lengkap dengan rakaman video pengajaran dari saya.
#MFS
– Jom sokong pembelajaran anak-anak kita –
0 Comments