Satu Minat Abah dari Zaman Muda ialah Projek Waqafan

tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Satu minat abah dari zaman muda ialah projek waqafan. Terutamanya wafaq masjid dan pondok.

Masih aku ingat, masa aku Tingkatan 2 aku teman abah sampai ke Tumpat. Ingatkan pergi sana nak buat apa, rupanya abah dengar khabar ada masjid sedang dibuat kat sana.

 

Akhir tahun lepas. Abah ajak pergi lihat pondok-pondok yang keluarga kami waqafkan dan juga pondok yang Dana Kita waqafkan. Menyusuri Pondok Pasir Tumboh.

 

Dari Tumpat, terus ke Bachok pula, pun pergi cari masjid yang sedang dibina. Abah infaq kat sana pula. Abah sentiasa mencari masjid-masjid dalam pembinaan.

Seronok sungguh abah kalau dapat tahu ada masjid dalam pembinaan.

Di Pondok Pasir Tumboh, banyak abah bina pondok untuk diwaqafkan. Pondok Berangan pun ada yang abah waqafkan.

 

Masjid terakhir waqafan atas tanah abah. Alhamdulillah, masjid ini begitu meriah dan dihidupkan oleh geng tabligh dan penduduk setempat.

 

Masjid atas tanah sendiri ada beberapa buah abah bina. Antaranya Masjid Mok Su Tijah, Masjid Hajjah Salamah, dan Masjid Darul Itam. Boleh dikatakan 90% pembinaan masjid-masjid ini guna duit abah, selebihnya kiriman sanak saudara terdekat

Dan yang terbaru Masjid Dana Kita. Abah waqafkan dua lot tanah dan pembinaan dimulakan dengan modal abah sendiri lebih 40k. Selebihnya sahaja dari infaq orang ramai.

Bahkan sekitar tahun 2010, abah bina satu rumah waqafan di Bukit Ajyad, Mekah. Rumah ini ambil masa yang lama untuk dibina sebab kekangan modal dan kos yang tinggi di sana.

 

Ni pada tahun 2018 di rumah waqafan abah di Bukit Ajyad. Masa ni aku teruskan amalan abah, bersedekah pada penduduk Mekah.

 

Pernah sekali aku tulis tentang ini di Fb pada tahun 2015. Bila abah tahu, abah tegur. Jangan ceritalah, abah kata. Aku hantar kiriman barang dapur dari rumah ke rumah kat Bukit Ajyad.

Aku cakap, tujuan aku tulis agar orang boleh pergi dan rumah waqafan itu sentiasa ada pengunjung. Kata abah,

“Tak apa. Adalah tu orang pergi. Tak payah ceritalah. Tu bukan harta abah. Tu abah waqafkan dah”.

Aku akur. Lepas tu aku dah tak tulis. Dan ternyata rumah tu sangat barakah. Anak sepupu aku duduk di tingkat 2, tingkat pertama didiami oleh imam masjid bukit ajyad.

 

Aku hantar kiriman barang dapur dari rumah ke rumah kat Bukit Ajyad.

 

Dan rumah ini sentiasa menerima kunjungan orang. Aku pergi masa tahun 2015 dulu sempat jumpa ramai orang datang tumpang berteduh di sini.

Antaranya askar yang passport hilang. Berminggu duduk sini untuk selesaikan urusan passport. Orang yang pergi buat umrah sendiri tanpa syarikat travel pun ramai datang menetap dan singgah.

Orang-orang kampung yang pergi ke Mekah, ramai antara mereka akan naik ke Bukit Ajyad dan menetap sementara di sini. Di layan oleh Sheikh Aiman dengan penuh keraian.

Teringat masa nak siram air solat hajat kat setiap pasak tiang tempat Masjid Dana Kita bakal didirikan, aku cakap kat abah,

 

Perasmian Masjid Dana Kita. Abah tidak dapat hadir, namun beliau kirimkan video untuk merasmikan Masjid Dana Kita ini.

 

“Abah siram dululah. Tanah abah ni”.

Terus abah tegur,

“Jangan kata gitu. Ni bukan harta abah. Ni dah diwaqafkan. Ni milik Dana Kita dah ni. Li siram dulu. Selawat tu masa siram”.

Ah, banyak sungguh ilmu dan pelajaran aku dapat sepanjang hidup ini. Ilmu tentang keikhlasan, ilmu tentang menyediakan bekalan untuk hari esok.

Abah cukup bersedia untuk bertemu Tuhannya.

Semoga segala amal ibadah abah diterima Allah dan abah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin.

#MFS
– Seputar memori bersama abah –

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam gais. Benarlah kata pepatah, 'Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali'. Pagi duniaaaaa! #MFS

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Ma pesan, "Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha." Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah. Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib