Selamat Belayar ke Negeri Abadi, Abah

tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Selamat belayar ke negeri abadi, abah.

Alhamdulillah. Perjalanan terakhir abah sungguh mudah dan manis. Semalam, abah tak nak lagi pakai wayar kencing. Tersumbat dan sakit, kata abah.

Malam tadi bila doktor nak ambil darah kat nadi, abah tak benarkan. Sakit ambil darah kat nadi ni.

Subuh tadi sekitar jam 6:40 pagi, abah tiba-tiba tak sedarkan diri. Kakak aku yang jaga abah, menangis-nangis siap ajar mengucap. Namun abah tak respon.

Kak Ma terus maklumkan kepada semua adik-beradik. Siap video call semua orang. Terus adik dan kakak aku kat kampung pecut ke Hospital.

Lebih kurang 20 minit abah tak sedarkan diri, bila doktor datang nak check, abah sedar elok. Seoalahnya awal pagi itu abah bagi sign untuk bagitahu semua anak-anak dia nak pergi.

Ajaibnya selepas itu abah sihat macam tiada apa-apa.

Abah sedar dan nampak sihat elok. Boleh bercakap dengan anak-anak. Abah cerita, masa abah tidur dia mimpi arwah mak dia datang peluk abah.

Abah duduk dan makan nasi air dua sudu. Abah pesan kat anak-anak yang ada, minta sampaikan salam dan permohonan maaf kepada sanak saudara. Abah pesan suruh jaga ma baik-baik.

Mulut abah tak lekang dengan kalimah syahadah. Mengucap dan sebut Allah, Allah banyak kali.

“Maafkan abah ya”, ujar abah kepada anak-anak yang ada di sekeliling. Itu ayat terakhir keluar dari mulut abah.

Lepas ungkap ayat itu, serangan kedua datang jam 9:40 pagi. Sebelah telinga kiri, Kak Ma ajar mengucap. Sebelah telinga kanan Kak Yah ajar mengucap. Ahmad baca Yasin tak henti-henti.

10 minit kemudian, dengan tenang abah pergi. Seolahnya macam tertidur. Tak ada sesak nafas pun. Mata abah tertutup rapi, mulutnya menguntum senyum.

Abah pergi dengan tenang. Tiada sesak nafas. Langsung tidak berombak dada abah. Perginya begitu senang dan tenang. Pampers dibuka, tiada najis pun. Abah dah bersedia dan bersihkan diri awal-awal lagi.

Allah. Allah. Hebatnya kebesaran Allah.

Abang Ariff dari wad sebelah sampai lebih kurang 10 minit selepas abah pergi.

Pakat keliling abah, baca Yasin. Kemudian mereka urus jenazah abah dengan baik. Tangan diletak atas dada bagai dalam solat, kaki diikat agar rapat, kepala hingga dagu dililit kain. Semua anak-anak yang buat.

Selesai laporkan pada doktor, mayat di bawa untuk ditayammum. Lancar sungguh semua urusan abah. Semua smooth sangat-sangat. Allah, mudahnya.

Mayat dibawa ke Pasir Puteh, Kelantan. Aku sampai kat tanah perkuburan 5 minit awal sebelum van jenazah tiba.

Aku diberi kebenaran untuk bersama-sama kebumikan jenazah abah. Set PPE aku pakai, siap je pakai van jenazah tiba.

Dari dalam van aku angkat mayat abah, sampai ke liang lahad aku bantu turunkan abah.

 

 

Sebak, sayu, sedih, hiba semua aku telan dah. Cukuplah pagi tadi bila abah dijemput pergi sahaja air mata mengalir laju.

Aku dah persiapkan emosi untuk kuat dan urus pengkebumian abah sebaiknya.

Selesai sahaja mayat ditanam, anak-anak lain yang menetap di Selangor dan Pahang mula sampai di kubur. Dihujung pagar sana aku lihat ma ditemani cucunya. Ma duduk atas kerusi. Tak larat untuk berdiri. Ma tunggu sejak awal hingga selesai pengkebumian abah.

Dari jauh aku pandang ma dengan penuh sebak. Ma lambai tangan dan tersenyum manis, namun wajahnya hiba.

Ma sungguh kuat. Melihat kuatnya ma, bila aku renung dalam mata ma, air mata aku terus meluncur laju. Langsung tak boleh ditahan-tahan.

Abah kini tiada lagi disisi ma. Ma kini sendirian ditemani anak-anak dan cucu sahaja. Tiada lagi seorang lelaki bergelar suami yang selama ini sentiasa ada untuk ma.

Namun ma sangat tenang. Tenang sangat-sangat. Ma melepaskan abah dengan senyuman. Penuh redha dengan ketentuanNya.

Syukur aku sempat berbakti pada abah di perjalanan terakhir beliau. Sempat pikul jenazah, sempat turunkan abah ke liang lahat, dan aku kebumikan abah dengan bantuan pegawai PKD dan Bomba.

Walaupun sedih akibat kehilangan, namun aku rasa puas.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu aku tahu dan maklum sangat-sangat.

Bahkan aku dah prepare emosi aku sejak seminggu yang lepas lagi bila abah dipindahkan dari Hospital Tumpat ke HPRZ.

Aku rasa emosi aku dah cukup kuat. Aku rasa dah cukup bersedia untuk hari ini.

Namun bila tiba harinya, emosiku tetap tumpas. Perasaan dan emosi bila kematian berlaku rupanya lain sekali. Tidak cukup dengan segala persiapan emosi yang aku bina selama ini.

Sebelum beransur pergi, aku duduk depan kubur abah sedekah ayat-ayat suci kemudian cakap,

“Abah. Abah tunggu Li di sana ya. Satu masa nanti Li juga akan ikut abah. Abah duduk baik-baik ya”.

Tumpas lagi airmata. Langsung tidak boleh ditahan-tahan. Dan perlahan aku bangkit dan beredar pergi.

Tenanglah abah di negeri abadi. InsyaAllah syurga sedang menanti abah di sana.

Mohon kawan-kawan sedekahkan Fatihah kepada abah saya. Hj Mohamed Salleh bin Hajjah Salamah.

Terima kasih.

#MFS
– Hilang

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam gais. Benarlah kata pepatah, 'Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali'. Pagi duniaaaaa! #MFS

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Ma pesan, "Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha." Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah. Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib