Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh 

Seminggu dua ini aku banyak sungguh shopping. Kata orang, shopping dapat hilangkan sedikit rasa sedih dihati.

Nampak barang boleh gembirakan anak-anak je, beli tanpa fikir panjang. Kegembiraan mereka terima hadiah, melihat mereka seronok bermain itu sedikit sebanyak mengurangkan mengurangkan hiba dan pilu.

 

Seronok anak-anak main.

 

Ni Jointix namanya. Aku lihat kawan aku Payat Notts letak kat story Fb dia, hari-hari puteri dia main benda alah ni. Permainan membina minda ni.

Kukuh, tahan lasak, mudah disimpan dan mudah sangat nak main sebab hanya perlu cantum-cantum sahaja. Ada magnet pada setiap pieces benda tu. Boleh bina macam-macam, boleh buat lawan bola paling laju dan sebagainya.

Permainan yang fun disamping kembangkan sel otak anak-anak.

 

Kreatif pakat bina laluan gelongsor tu.

 

Harga agak keras juga. Basic set rasanya dekat seratus kalau tak silap. Dia ada banyak pakej. Ada yang set seratus lebih.

 

Ali tu pun nak main juga. Lebih pada mengacau sebenarnya. 😅

 

Ni full kombo rm502.20. Menariknya, boleh bayar ansuran tanpa kadar caj faedah pun. Beli cash harga sama, ansuran pun harga sama.

 

 

Mana yang minat terus dm Payat Notts tu ya.

Tapi betul kata orang. Shopping ni terapi memberi gembira. Cuma lepas tu poket pula yang sengsara. 😅

@The Arumi’s
#MFS
– Beri gembira untuk menghilang duka –