Seorang ibu meluahkan perasaan tidak selesa dengan Pertandingan Battlegrounds Mobile

tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh 

Seorang ibu meluahkan perasaan tidak selesa dengan Pertandingan Battlegrounds Mobile dan Mobile Legends yang kini semakin banyak dianjurkan melalui sekolah.
Ya, pertandingan seperti ini dianjurkan antara sekolah-sekolah dan poster mereka juga guna logo sekolah serta logo KPM.


Saya tak pasti apa benar penganjur mendapat kebenaran KPM untuk anjurkan pertandingan game seperti ini. Yang pasti, banyak juga sekolah yang terlibat dan turut serta dalam pertandingan ini.
Jika tanya pendapat saya, saya tak setuju pertandingan ini dianjurkan melalui platform KPM dan memasuki sekolah-sekolah rendah dan menengah.


Ia seolah menggalakkan anak-anak bermain game yang melalaikan, akan ada murid yang ketagih, yang minta belikan phone game spec (mahei) dengan alasan nak join pertandingan anjuran sekolah dan KPM.
Budaya ini kurang sesuai dimasukkan ke sekolah rendah dan menengah. Pada saya, jika penganjur nak anjurkan pertandingan, tak perlu masuk melalui sekolah dan KPM.
Kerana bila pertandingan ini masuk melalui sekolah, hebahan tentang pertandingan akan dibuat dalam group wasap dan Telegram rasmi sekolah. Ia seolah-olah pihak sekolah dan KPM menggalakkan murid-murid bermain game pula.


Nak buat pertandingan game boleh. Buat secara terbuka sahaja. Tak perlu melalui sekolah.
Ada sekolah anak-anak kalian terlibat juga dengan pertandingan seperti ini?
Apa pula pandangan kalian tentang hal ini?
#MFS
.

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Teringat zaman kecil dulu, suka benor main jet kertas

Teringat zaman kecil dulu, suka benor main jet kertas

Teringat zaman kecil dulu, suka benor main jet kertas. Habis buku jadi nipis buat jet. Penuh tekun buat jet kertas, siap lukis, siap warna. Kalau terbang cantik, punya la gembira, bahagia dan rasa bongkak sungguh. Wakaka. Awek dalam kelas pun pandang teruja kemain....

Masuk kelas semalam, dua orang murid ralit melipat kertas.

Masuk kelas semalam, dua orang murid ralit melipat kertas.

Masuk kelas semalam, dua orang murid ralit melipat kertas. Nampak aku je, cepat-cepat dia nak sorokkan. "Hah, buat apa tu!" sergah aku. "Tak ada apa-apalah," balas dia sedikit ketakutan. "Keluarkan dari meja tu!" arah aku dengan tegas. Murid berdua ini patuh. Diletak...

Membina sifir dan Menulis Formula Pada Kertas Soalan

Membina sifir dan Menulis Formula Pada Kertas Soalan

Membina sifir dan Menulis Formula Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh   Mata pelajaran:Matematik   Tahun/Tingkatan: Kelas Umum   Murid ini MEMBINA SIFIR sebaik dapat kertas soalan pada muka depan kertas soalan.   Membina sifir dan menulis formula dibenarkan dalam...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Arkib