Seorang ibu meluahkan perasaan tidak selesa dengan Pertandingan Battlegrounds Mobile

tudung-si-comel
pentagonmath

Hi adik-adik! Hari ni, Admin Azlin nak share tips pendidikan dan kisah terbaru nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Jom baca bersama-sama ! Apa topik atau kisah kali ini ya?  🌟📖

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh 

Seorang ibu meluahkan perasaan tidak selesa dengan Pertandingan Battlegrounds Mobile dan Mobile Legends yang kini semakin banyak dianjurkan melalui sekolah.
Ya, pertandingan seperti ini dianjurkan antara sekolah-sekolah dan poster mereka juga guna logo sekolah serta logo KPM.


Saya tak pasti apa benar penganjur mendapat kebenaran KPM untuk anjurkan pertandingan game seperti ini. Yang pasti, banyak juga sekolah yang terlibat dan turut serta dalam pertandingan ini.
Jika tanya pendapat saya, saya tak setuju pertandingan ini dianjurkan melalui platform KPM dan memasuki sekolah-sekolah rendah dan menengah.


Ia seolah menggalakkan anak-anak bermain game yang melalaikan, akan ada murid yang ketagih, yang minta belikan phone game spec (mahei) dengan alasan nak join pertandingan anjuran sekolah dan KPM.
Budaya ini kurang sesuai dimasukkan ke sekolah rendah dan menengah. Pada saya, jika penganjur nak anjurkan pertandingan, tak perlu masuk melalui sekolah dan KPM.
Kerana bila pertandingan ini masuk melalui sekolah, hebahan tentang pertandingan akan dibuat dalam group wasap dan Telegram rasmi sekolah. Ia seolah-olah pihak sekolah dan KPM menggalakkan murid-murid bermain game pula.


Nak buat pertandingan game boleh. Buat secara terbuka sahaja. Tak perlu melalui sekolah.
Ada sekolah anak-anak kalian terlibat juga dengan pertandingan seperti ini?
Apa pula pandangan kalian tentang hal ini?
#MFS
.

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

Seronokkan baca? Share post ni kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka pun dapat baca dan belajar sama-sama di CikguFadli.com!

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu, cikgu. Nah, saya hadiahkan cikgu pembaris ni" "Eh, terima kasih. Tapi kenapa awak bagi cikgu pembaris ni?" "Saja lah. Saya nak hadiahkan kat cikgu". "Awak...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan jeritan murid. *Dua minit kemudian. "Cikgu, 6 x 4 berapa?" "24" "Terima kasih cikgu" *5 saat kemudian. "Cikgu, 6 x 7 berapa?" "42. Kau ni bukan nak...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu burung apa?M : EagleC : Aik, kenapa?M : Eeee, girl.C : OoooFuh, lain macam teka teki budak sekarang. Teka teki kita dulu semua jenis yang relevan....

Ilmu Kemanusiaan: Beyond Textbooks

Ilmu Kemanusiaan: Beyond Textbooks

Belajar ilmu dalam buku teks, tetaplah belajar. Namun ilmu kemanusiaan, empati, tanggungjawab, memahami keperitan orang lain, ambil tahu isu semasa pun perlu belajar juga anak-anak. Sesungguhnya ilmu bukan hanya terhad dalam buku teks sahaja. Membesarlah kalian...

Ciri-Ciri Murid: Keunikan Individu

Ciri-Ciri Murid: Keunikan Individu

Ciri-ciri murid. Situasi 1Belum pun kelas bermula, dia mai cari cikgu dan tanya, 'Cikgu. Hari ni kita nak belajar apa?' = Murid ni minat subjek dan guru tersebut. Situasi 2Cikgu melangkah je masuk kelas, terus murid A mai cakap, 'Cikgu. Hari ni cikgu cek kerja rumah...

Seriuslah pensel lejen ni wujud kembali sekarang?

Seriuslah pensel lejen ni wujud kembali sekarang?

Seriuslah pensel lejen ni wujud kembali sekarang? Oii, ni Seriuslah pensel lejen ni wujud kembali sekarang? zaman 90an lagi. Orang kaya ja mampu ada pensel ni dulu. Kami yang marhean ni terkelip-kelip mata tengok kawan yang ada pensel ni. Punya la terliur nak juga....



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib