Set barang dapur dari Dana Kita hampir semuanya ada logo Dana Kita

tudung-si-comel
pentagonmath

Selamat datang ke Pertubuhan Dana. Jemput baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, Penaung Pertubuhan Dana Kita kali ini.

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh 

Set barang dapur dari Dana Kita hampir semuanya ada logo Dana Kita. Siap cop ‘Bukan Untuk Dijual’ agar penerima tak dapat ambil kesempatan.

Banyak kita dengar kes yang ambil kesempatan ambil banyak-banyak barang dapur kemudian jual semula.

Sekurangnya dengan langkah ini orang tak boleh jual semula. Penerima tak layak pun rasa segan nak terima. Orang politik dan pihak luar pun tak boleh ambil kredit dengan kiriman barang kami.

 

 

Paling bagus, setiap dari barangan ini disertakan dengan nombor akaun rasmi Dana Kita. Suatu hari nanti, bila mereka kembali stabil, diharap mereka akan menyumbang semula kepada Dana Kita agar orang lain pula dapat dibantu.

Ada satu lagi benda yang aku sedikit ralat tak dapat buat. Kami nak sertakan juga tuala wanita dalam setiap set barang dapur ini. Nak beli pukal ribuan pek terus tuala wanita jenama Kotex atau Libresse Malaysia.

Dah berbulan s/u Dana Kita Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki emel kepada mereka untuk minta sebut harga bagi belian pukal dan untuk projek SRC ini, namun hampa, belum ada jawapan balas.

Ada tak kawan-kawan kenal orang besar yang kerja Kotex atau Libress?

Mohon tag mereka ya. Tuala wanita ni kami tak rebranding tukar nama Dana Kita. Akan kekal jenama mereka. Cuma nak buat urusan pembelian dengan harga pukal dan mungkin sumbangan dari pihak mereka belum ada jawapan balas lagi.

Harap-harap CEO mereka terbaca pos ini seterusnya menghubungi kami ya. Boleh dm kami di page rasmi Dana Kita atau hubungi kami terus di emel berikut :

danakita.enquiry@gmail.com

564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita

#MFS

Terima kasih kerana membaca dan menyokong Pertubuhan Dana Kita. Setiap sen yang anda sumbangkan sangat berharga dan kami menghargainya. Mohon dapat share post ini. Kami doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

durioo
Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak. Maka sejak 2016 lagi, saat belum ada NGO pun aku cuba membantu anak-anak murid aku yang tak mampu. Guna duit poket sendiri ja. Tapi poket aku nipis. Tak mampu nak bantu ramai orang. Maka aku hasut wife aku suruh...

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat.

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat.

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat. Ada cikgu yang perasan terus bertanya kenapa jalan pelik macam tu. Mulanya dia kata kaki dia sakit. Namun cikgu tu tak puas hati. Pelik benar gaya berjalan, bukan gaya orang sakit kaki. Cikgu tu minta...

Salah tu. Cukup salah.

Salah tu. Cukup salah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh "Bagusnya Dana Kita. Pantas bertindak. Tepat sampai ke sasaran. Bagusnya kalau pihak zakat pun macam ni".   Salah tu. Cukup salah. Pihak zakat jauh lebih baik. Bantuan mereka tetap setiap bulan. Setiap hari pun ada bantuan kecemasan dan...

Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.

Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat. Mereka ni, penat macamana, buatlah aktiviti kat pelosok mana pun, solat mereka jaga. Tak kira di puncak gunung, di tepi jalan, wakaf di hentian, bahkan kaki lima kedai pun...



shopee
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger