parallax background

SSPN-I dan Manfaat Membuka Akaun Untuk Anak-Anak

sspn-2
Kelebihan SSPN Yang Ramai Tak Tahu
15/10/2020
kelas-online-percuma-1
Kelas Online Percuma Sempena PKPB
25/10/2020

SSPN-I ni penting dan bermanfaat tau. Sudah buka ke belum akaun SSPNi untuk anak-anak kita? Rugi lambat bermula.

 
D engan potongan RM30 sahaja sebulan, anak-anak kita dapat manfaat lebih RM40,000 sebagai pampasan kematian. Jika 3 orang anak, lebih RM120,000 tau. .

Pasti membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran sehingga habis belajar seterusnya mampu berdikari mencari sumber pendapatan sendiri. .

Banyak dah keluarga mendapat manfaat. Bahkan ada keluarga menerima pampasan sehingga lebih RM500,000 dari tabungan pendidikan anak-anak di SSPN-i ini.


 
N ak buka akaun SSPN-i ni cukup mudah sekarang. Semuanya online. 10 minit siap.

Antara kelebihan SSPN-i ialah :

1. Patuh syariah.
2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa.
3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
4. Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000
5. Tiada pemeriksaan kesihatan.
6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
7. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
8. Layak memohon pinjaman pendidikan.
9. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
10. Elaun Kemasukan Hospital.
11. Manfaat Takaful Bagi 36 Penyakit Kritikal.
12. Cabutan Wow SSPN 2020


 
B agaimana Nak Mohon Pembukaan Akaun SSPN-i Plus secara online?

Klik link berikut:
https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/register?id=000009800

* Tiada dokumen sokongan diperlukan.
* Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Akaun Berkanun/Sijil Anak Angkat hendaklah dikemukakan.
Okey semua. Jom menabung untuk masa depan anak-anak kita jom!


 
P erkongsian tentang isu-isu pendidikan dan cara mudah belajar Matematik.

T.me/MohdFadliSalleh


Admin Cikgu Fadli Online
Admin Cikgu Fadli Online
Laman Cikgu Fadli Online ini dikemaskini oleh Admin Noor Azlin Mohamad. Konten tulisan Cikgu Mohd Fadli Salleh adalah dari sumber Facebook rasmi dan telegram beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *