Membedah DSKP Matematik Tahun 2

Membedah DSKP Matematik Tahun 2

mathzier

Apa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

membedah-dskp-tahun-2

1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000. Tajuk ini adalah kesinambungan dari apa yang anak kita belajar pada tahun 1.

Tajuk ini tidak sukar mana, ramai murid boleh kuasai dengan baik. Cuma perlu lebihka latihan dalam sub topik BunApa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya ‘bedah’ agar ibubapa lebih bersedia.

2. TAJUK 2 ialah operasi asas. Hat ni kena bagi tumpuan yang sangat tinggi. Ini asas yang sangat-sangat PENTING buat anak di tahun 2.

Mereka dah mula menambah dan menolak nombor hingga 1000. Pastikan anak kuasai penambahan dan penolakan yang mengumpul semula. Ala, tambah tolak yang naik 1 dan pinjam 1 tu la.

Lebih penting lagi, dalam topik ini juga anak-anak mula diperkenalkan dengan DARAB dan BAHAGI. Dua topik yang sangat ramai murid gagal kuasai tau. Jika tak kuasai sedari Tahun 2, ia akan menjadi masalah sampai UPSR.

3. TAJUK 3 ialah Pecahan dan Perpuluhan. Pengenalan kepada pecahan wajar diajar dalam tajuk ini. Tolong pastikan anak betul-betul faham apa itu pecahan wajar.

Juga mula diperkenalkan perpuluhan kepada mereka. Murid juga perlu kuasai penukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
Contoh : 4/10 = 0.4

Jangan risau, di tahun 2 topik ini hanya pengenalan dan tidak sukar. Murid mudah faham topik ini.

4. TAJUK 4 ialah Wang. Dalam topik ini, ada penambahan nilai wang hingga tiga kali tau. Pastikan anak dah power menambah. Menolak pun dah kena tolak berturut-turut hingga RM100.

Agak seram, mereka dah kena kuasai mendarab dan membahagi wang dah tau. Sebab itu aku kata TAJUK 2 sangat-sangat penting.

Selain itu, pada topik ini juga anak-anak di Tahun 2 dah diperkenalkan dengan sub topik Simpanan dan Pelaburan. Haa, ni nak bagi anak-anak pandai menyimpan dan tak melabur dalam MLM merapu dan skim cepat kaya hingga bankrup bila besar nanti. 😁

5. TAJUK 5 ialah Masa dan Waktu. Tahun 2 ni anak-anak tak payah lagi diberi jam digital. Bagi jam jarum pada mereka baru cepat mereka faham dan kuasai topik ini.

Mereka juga kena ingat sehari = 24 jam dan satu jam = 60 minit tau. Fakta asas dua ni je dulu mereka kena ingat. Musim cuti ni ajar mereka segera ya.

6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan. Murid dah diperkenalkan dengan ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.

Asas pada tahun 2 ni, anak-anak kena tahu dan kenal meter dan centimetre, kilogram dan gram serta liter dan mililiter.

Mereka hanya perlu kenal, sukat dan anggar pada tahun 2. Tiada soalan penukaran unit, tambah, tolak dan bahagi lagi tau. Pengenalan asas sahaja.

7. TAJUK 7 ialah Sukatan dan Geometri. Tajuk ini pun sambungan dari Tahun 1. Mereka perlu kenal bentuk-bentuk 3D dan 2D serta huraian ciri-ciri bentuk tersebut. Bentangan bentuk 3D juga dah mula diajar dalam tajuk ini.

8. TAJUK 8 ialah Pengurusan Data. Jika di tahun 1 murid diperkenalkan dengan piktograf, pada tahun 2 murid diperkenalkan dengan carta palang. Murid perlu pandai mengumpul, mengelas dan menyusun data. Mereka juga perlu pandai membaca dan mendapatkan maklumat dari carta palang.

Okey, itu sahaja ‘bedah’ siasat DSKP tahun 2 untuk kegunaan 2021. Semoga bermanfaat hendaknya.

Untuk dapatkan softcopy DSKP Matematik Tahun 2, Klik di bawah:

File DSKP Matematik Tahun 2

Bagi yang ingin download pdf file boleh klik butang di bawah ya.

Yang terlepas edisi ‘bedah’ siasat DSKP Matematik Tahun 1, boleh baca di link ini ya :

https://cikgufadli.com/membedah-dskp-matematik-tahun-1-dan-8-persediaan-untuk-anak-anak-tahun-1-2021/

 

Jemput join Telegram Channel:

T.me/MohdFadliSalleh

Banyak perkongsian bahan pembelajaran saya kongsi di Telegram. Joinlah ramai-ramai ya!

#MFS
– Guru Matematik sekolah rendah –

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team
MEMBEDAH DSKP MATEMATIK TAHUN 1 dan 8 Persediaan untuk anak-anak Tahun 1 2021.

MEMBEDAH DSKP MATEMATIK TAHUN 1 dan 8 Persediaan untuk anak-anak Tahun 1 2021.

membedah-dskp-tahun-1

MEMBEDAH DSKP MATEMATIK TAHUN 1 dan 8 Persediaan untuk anak-anak Tahun 1 2021.

1. Anak kena pandai membaca.
Eh! Dah kenapa subjek Matematik tetapi anak kena pandai membaca pula?

Topik pertama diajar dalam buku teks ialah Nombor Bulat Hingga 100. Tajuk 1.1 Kuantiti Secara Intuitif.

Muka surat pertama lagi murid dah perlu pandai bandingkan objek mana lebih, objek mana kurang, objek mana yang sama banyak.

Jika anak tak pandai eja “Kurang” “Lebih” dan “Sama Banyak”, macamana mereka nak jawab soalan dalam buku aktiviti?

2. Anak kena mengira nombor asas hingga 20 sekurang-kurangnya.
Kenal, tahu dan boleh padankan. Ini masuk dalam topik 1.2 tau, Nilai Nombor.

Tahap ini juga anak kena pandai membanding dua nilai nombor serta menyusun nombor secara tertib menaik dan tertib menurun.

3. Anak kena pandai menulis dalam angka dan perkataan.
Eh! Awal-awal dah kena pandai menulis dalam perkataan? Anak saya tak pandai eja ‘sembilan belas’.

Haaa, jika tak pandai eja, musim cuti ni latih mereka mengeja. Sub topik 1.3 ialah Menulis Nombor Dalam Angka dan Perkataan tau. Memang anak perlu pandai mengeja dan menulis dalam perkataan khususnya.

4. Kenalkan mereka tentang kombinasi nombor.
Hat ni penting tau. Awal-awal dah diajar pada murid kombinasi nombor. Apa itu kombinasi nombor?

Contohnya nombor 4.

4 ialah kombinasi nombor 4 dan 0, 3 dan 1, 2 dan 2, 1 dan 3 serta 0 dan 4. Itulah dia kombinasi nombor bagi empat. Jika 8? Lagi banyak kombinasinya. 8 dan 0, 7 dan 1, 6 dan 2, 5 dan 3, 4 dan 4 dannnnnn seterusnya.

5. Tahu melengkapkan rangkaian nombor.
Sub topik 1.5 ialah Rangkaian Nombor dimana mereka perlu membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh.

Ha, dah macam darab kan? Ya, asas awal darab dah diterap secara tak langsung walau anak belum pun belajar tambah.

6. Perlu kenal Nilai Tempat, Menganggar dan Membundar.
Sub topik 1.6, 1.7 dan 1.8 itulah dia yang anak kita akan belajar. Part paling susah nak bagi anak faham ialah membundar.

Namun jangan risau, aku dah buat banyak video mengajar asas bundar untuk tahun satu. Boleh lihat secara percuma di Telegram aku t.me/MohdFadliSalleh

7. Pola Nombor ialah susunan dan corak nombor yang disusun. Sub Topik 1.9 ini banyak soalan KBAT yang memerlukan anak kreatif berfikir tau.

8. Soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan berbentuk ayat mula diperkenalkan. Soalan pada tahun 1 sangat senang dan ringkas. Dibantu pula oleh gambar untuk memudahkan kefahaman murid. Ini ialah Sub Topik ke 1.10 dalam Tajuk pertama tau.

Haaa, sediakan anda? Ni baru sedikit sahaja pendedahan aku. Ni baru Tajuk 1 tau yang anak kalian bakal belajar di bulan pertama persekolahan.

Belum masuk operasi tambah dan tolak pun lagi, tapi inilah topik yang diperkenalkan. Diharap kalian bersedia la semuanya agar tak ketinggalan.

Sangat penting penguasaan di Tahun 1 kerana jika mereka ketinggalan di Tahun 1, kemungkinan besar mereka akan terus ketinggalan hingga ke tahun 6 kerana silibus yang digubal bersifat kesinambungan. Ia berhubung kait dari tahun ke tahun.

Jadi kawan-kawan, ini zaman mereka. Kita kena bantu mereka hadapi silibus zaman mereka dengan tenang dan sentiasa beri sokongan.

Nak dapatkan softcopy lengkap DSKP MATEMATIK Tahun 1 yang boleh di download dan print out?

Dapatkan di channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh.

Kat sana saya share bahan pembelajaran dan video pengajaran Matematik secara PERCUMA untuk murid sekolah rendah.

Terus sokong anak kita di rumah, guru pula mengajar di sekolah. InsyaAllah kejayaan itu milik anak-anak kita bersama. Amin.

#MFS
– Membedah DSKP Tahun 1 –

File DSKP Matematik Tahun 1 - 2021

Bagi yang ingin download pdf file boleh klik butang di bawah ya.

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

DSKP Matematik Tahun 6

DSKP Matematik Tahun 6

Inilah dia DSKP Matematik Tahun 6. Ada 12 Tajuk semuanya yang anak-anak kita akan belajar.
Tajuk-tajuk yang ada hampir semuanya tajuk-tajuk yang mereka pernah belajar sejak darjah 1 lagi tau.
Jadi asas anak sejak Tahun 1 sangat-sangat penting. Jangan ambil remeh walau anak kita baru di tahun 1, 2 dan 3 kerana silibus kita bersifat kesinambungan. Ia bersambung dari tahun ke tahun. Tak kuasai dari awal, macamana nak kuasai tahun seterusnya?
Untuk Tahun 6, ada satu topik baharu yang bertajuk Kebolehanjadian. Topik ini senang sahaja dan ramai murid dapat kuasai dengan elok.
Namun topik-topik lain agak sukar dan tinggi arasnya terutama buat murid perlahan dan sederhana.
Masa cuti masih berbaki. Cuti tu cutilah juga. Kalau main 24 jam sehari tak patut juga. Cuba luang masa belajar dengan anak sejam sehari pun dah cukup baik tau.
Semoga kejayaan milik anak-anak kita. Amin.
Jemput join channel Telegram  t.me/EbookCikguFadli. Kat sana saya share video pengajaran Matematik dan Isu Pendidikan Semasa setiap hari tau. 
#MFS
Inilah dia DSKP Matematik Tahun 6. Ada 12 Tajuk semuanya yang anak-anak kita akan belajar.
Tajuk-tajuk yang ada hampir semuanya tajuk-tajuk yang mereka pernah belajar sejak darjah 1 lagi tau.
Jadi asas anak sejak Tahun 1 sangat-sangat penting. Jangan ambil remeh walau anak kita baru di tahun 1, 2 dan 3 kerana silibus kita bersifat kesinambungan. Ia bersambung dari tahun ke tahun. Tak kuasai dari awal, macamana nak kuasai tahun seterusnya?
Untuk Tahun 6, ada satu topik baharu yang bertajuk Kebolehanjadian. Topik ini senang sahaja dan ramai murid dapat kuasai dengan elok.
Namun topik-topik lain agak sukar dan tinggi arasnya terutama buat murid perlahan dan sederhana.
Masa cuti masih berbaki. Cuti tu cutilah juga. Kalau main 24 jam sehari tak patut juga. Cuba luang masa belajar dengan anak sejam sehari pun dah cukup baik tau.
Semoga kejayaan milik anak-anak kita. Amin.
Jemput join channel Telegram ya. Kat sana saya share video pengajaran Matematik dan Isu Pendidikan Semasa setiap hari tau. 
#MFS
.

πŸ’¬ Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
πŸ“² Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
πŸ‘¨β€πŸ« Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
πŸ“Ί Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli
Membedah DSKP Matematik Tahun 5

Membedah DSKP Matematik Tahun 5

MEMBEDAH DSKP Tahun 5.

1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000, 000.
Haa, makin advance dari Tahun 4 tau. Jika anak dah kuasai topik ini di tahun sebelumnya, tajuk 1 ini tak sukar.

Tapi jika bundar dan pola nombor pun anak masih terkial-kial, memang bahaya. Tajuk ini kesinambungan dari topik yang anak belajar di Tahun 4 (2019), cuma nombor dibesarkan hingga 1 juta sahaja.

2. TAJUK 2 ialah tambah hingga 1 juta.
Tajuk ini pun senang sangat. Ramai boleh kuasai, cuma perlu lebihkan latihan dan tumpuan pada sub topik penyelesaian masalah sahaja.

3. TAJUK 3 ialah tolak hingga 1 juta.
Tajuk ini pun senang sangat. Ramai boleh kuasai, cuma perlu lebihkan latihan dan tumpuan pada sub topik penyelesaian masalah sahaja.

4. Tajuk 4 ialah pendaraban hingga 1 juta.
Anak-anak wajib kuasai sifir. Wajib tiada takwil lagi. Cabaran utama semua guru mengajar topik ini ialah anak murid tak hafal sifir.

Juga dalam tajuk ini ada sub topik penggunaan ANU dalam pendaraban. Tahu tak ANU tu apa? Haa, kalau tak tahu, gali video ‘apa itu ANU’ kat Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh

5. TAJUK 5 ialah bahagi hingga 1 juta.
Tajuk ni kalau anak tak kuasai sifir, confirm lingkup. Nak buat bahagi kena hafal sifir. Tambah-tambah soalan penyelesaian masalah yang memeningkan nak bagi murid faham. Penggunaan ANU dalam bahagi juga diajar masa ni ya.

6. TAJUK 6 ialah Operasi Bergabung.
Tajuk ini tidak sukar jika anak dah kuasai asas Matematik yakni tambah, tolak, darab dan bahagi.

Operasi bergabung melibatkan tambah dan darab, tolak dan darab, tambah dan bahagi serta tolak dan bahagi diajar. Anak-anak wajib tahu operasi mana yang perlu didahulukan.

7. TAJUK 7 ialah Pecahan.
Masa ni anak-anak akan belajar penambahan dan penolakan pecahan melibatkan nombor bulat tau. Tau tak apa nombor bulat dalam pecahan? Apa pula pecahan tak wajar? Apa pula pecahan wajar? Apa pula pecahan bercampur?

Jika tak tahu, balerrr.

Konsep ‘daripada’ dalam Pecahan juga diperkenalkan. Contoh : 2/5 daripada 50

8. TAJUK 8 ialah Perpuluhan.
Masa ni anak akan belajar tambah dan tolak perpuluhan hingga tiga nombor perpuluhan tidak lebih dari tiga tempat perpuluhan.

Juga ada diajar darab dan bahagi dalam perpuluhan serta penyelesaian masalah melibatkan perpuluhan.

9. TAJUK 9 ialah Peratus.
Topik Peratus senang diajar dan murid agak cepat faham kerana konsepnya lebih kurang dengan pecahan. Tapi jika anak tak kuasai Pecahan, sukar jugalah nak ajar.

Hanya 2 sub topik diajar tentang Peratus yakni Nilai Peratus dan Penyelesaian Masalah.

10. TAJUK 10 ialah Wang Hingga RM1000,000
Dalam tajuk ini ada 9 sub topik tau. Kena bagi tumpuan lebih ya. Namun jika anak dah kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat dan nombor perpuluhan, ia tidak sepatutnya menjadi masalah kerana dalam topik ini hanya ada perbezaan RM sahaja berbanding nombor bulat dan perpuluhan.

Yang mencabar dalam tajuk ini ialah sub topik Faedah dan Pelan Perbelanjaan dan Simpanan. Haa, hat ni agak mencabar ya.

11. TAJUK 11 ialah Masa dan Waktu.
Murid-murid perlu tahu dan hafal perkaitan antara tahun dan dekad serta tahun dan abad.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan tahun, dekad dan abad. Dan sub topik paling ultimate semestinya penyelesaian masalah. Huhu.

12. TAJUK ke 12 ialah Panjang.
Masa ni anak kita kena kuasai penukaran unit km – m, m – cm, cm – mm dan sebaliknya. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan semua unit ukuran panjang serta soalan penyelesaian masalah.

13. TAJUK 13 ialah Jisim.
Masa ni penukaran unit melibatkan kilogram dan gram perlu kuasai. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan semua unit kg dan gram serta soalan penyelesaian masalah.

14. TAJUK 14 ialah Isipadu Cecair.
Dalam tajuk ini ada 6 sub topik. Anak-anak perlu kuasai penukaran unit liter kepada mililiter dan sebaliknya. Tukar kepada perpuluhan dan pecahan juga tau.

Seperti biasa, dalam tajuk ini ada penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan liter dan mililiter serta soalan penyelesaian masalah.

15. TAJUK 15 ialah Ruang.
Masa ni murid-murid akan belajar perimeter, luas dan isipadu dalam sub topik pertama. Sub topik kedua pula diperkenalkan sudut. Dan sub topik ketiga ialah Garis Serenjang dan Garis Selari.

Topik ini agak sukar. Ramai murid keliru, tak dapat kuasai dan selalu salah dalam peperiksaan. Tolong bagi perhatian ya.

16. TAJUK 16 ialah Koordinat.
Tajuk ini senang dan hampir semua murid dapat faham dengan baik. Tajuk ini kalau masuk exam dianggap soalan bonua kerana ianya mudah.

17. TAJUK 17 ialah Nisbah dan Kadaran.
Nisbah dan Kadaran juga dianggap tajuk bonus jika masuk dalam exam. Tidak sukar dan mudah. Cuma nisbah tidak perlu diperkecilkan jika tiada arahan dalam soalan. Perkecil nisbah sama seperti permudahkan pecahan. Sama je ya.

18. TAJUK 18 ialah Pengurusan Data.
Ini tajuk terakhir dalam DSKP Tahun 5. Masa ni anak-anak kita akan belajar 2 sub topik.

Pertama ialah mod, min, median dan julat. Tolong bagi perhatian sub topik ni. Ramaiii sangat keliru dan tertukar antara semua tu.

Sub topik kedua ialah Data yakni anak-anak kena pandai membina piktograf dan carta palang. Bina tau. Bukan sekadar baca, susun, banding beza dan dapatkan maklumat.

**********

Ha, itulah semua 18 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 5.

Untuk dapatkan DSKP dalam bentuk PDF yang boleh didownload, jemput join channel Telegram saya t.me/EbookCikguFadli

Kat sana setiap hari saya berkongsi video pengajaran dan Isu Pendidikan Semasa tau.

Sekian, terima kasih.

#MFS
– Membedah DSKP Tahun 5 agar semua bersedia –

πŸ’¬ Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
πŸ“² Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
πŸ‘¨β€πŸ« Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
πŸ“Ί Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli


.

DSKP Matematik Tahun 5

DSKP Matematik Tahun 5

Malam ini saya kongsikan DSKP Matematik Tahun 5. Ada 18 Tajuk semuanya tau. Kaji dan cuba faham apa yang bakal anak kita di Tahun 5 akan belajar tahun depan.

Masa cuti masih panjang ni. Sempat prepare sebelum sekolah buka ni. Pastikan anak-anak bersedia ya.

Nanti ada masa, saya ‘bedah’ DSKP Tahun 5 pula. Kongsikan info ini dengan kawan-kawan lain juga ya!

Yang nak dapatkan DSKP ini versi PDF yang boleh didownload dan di print out, boleh ambil di Telegram saya t.me/EbookCikguFadli.

Juga boleh download dengan
Klik Sini

#MFS

πŸ’¬ Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
πŸ“² Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
πŸ‘¨β€πŸ« Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
πŸ“Ί Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli


.

Translate Β»