Tip Bantu Anak tahun 6 Kuasai Matematik

Tip Bantu Anak tahun 6 Kuasai Matematik

mathzier

Oleh: Cikgu Hakim

Bagaimana nak bantu anak Tahun 6 (calon UPSR) bagi subjek Matematik ketika di rumah?

tip-tahun-6-kuasai-matematik

◾ Kalian perlu tahu, tak semua kemahiran itu akan diulang dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6.

◾ Kemahiran berkenaan asas Matematik misalnya, sudah tak dibincangkan dalam buku teks Tahun 6. Dengan kepercayaan, murid dah mahir dan kuasai pada Tahun 5. Tapi ini tidak berlaku.

◾Jadi apa yang kalian sebagai ibu bapa boleh buat? Kalian bantu anak kalian di rumah dengan membincangkan dan guide anak kalian ketika membuat latih tubi berkenaan kemahiran asas Matematik ini.

◾Jangan terlalu ambitous dengan memasang niat untuk ajar anak kesemua topik. Nanti kalian yang stress. Cukup ketika di rumah dengan membimbing mereka berkenaan asas Matematik dan operasi asas. Yang lain, serahkan pada cikgu di sekolah.

◾Jika kalian mempunyai kemahiran, silakan.

◾Berdasarkan pengalaman sebagai cikgu, saya tidak akan ada sebarang masalah untuk bantu murid yang sudah kuasai asas Matematik dan operasi asas. Yang sangat bermasalah adalah murid Tahun 6 yang belum kuasai dua hal ini.

◾Bantu anak untuk lancar membaca. Tak boleh membaca dan memahami apa yang dibaca, memang sangat-sangat bermasalah.

◾Sifir. Kalian wajib untuk bantu yang ini.

◾Pastikan alat tulis dan buku mengikut jadual. Cikgu ni kalau murid tak bawa buku dan alat tulis tak ada, moodnya boleh bertukar secara serta merta.

◾Cari tutor dan pusat tuisyen yang betul dan sesuai.

◾Subscribe channel Youtube saya. Banyak video pengajaran di sana. Ini linknya,

https://youtu.be/GbpX0lIJC94
https://youtu.be/GbpX0lIJC94

◾Pastikan kalian beli buku aktiviti yang sesuai dengan anak kalian. Tak semua buku di pasaran itu bersesuaian. Jika tak pasti, boleh bertanya dengan guru yang mengajar di sekolah.

◾Last but not least, follow FB cikgu-cikgu yang berkongsi di FB. Terutamanya cikgu Hakim. Haha.

Moga membantu!

Mohamad Hakim

Guru Matematik Tahun 6

Semoga perkongsian harini bermanfaat untuk semua pengunjung Cikgu Fadli Online ya. Sila share agar ramai lagi mendapat maanfaat, terima kasih !

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

Tajuk-tajuk Mudah Matematik – Cikgu Hakim

Tajuk-tajuk Mudah Matematik – Cikgu Hakim

Anak kalian merupakan calon UPSR 2020? Jika ya, teruskan pembacaan.

Cadangan saya untuk calon UPSR 2020, gunakan sepanjang tempoh PKP ini untuk membuat ulangkaji berkenaan tajuk-tajuk mudah terlebih dahulu. Tajuk-tajuk yang boleh difahami dan diselesaikan dalam masa satu hari.

Antara tajuk-tajuk berkenaan adalah :

1. Koordinat
2. Nisbah dan kadaran
3. Kebolehjadian
4. Nombor dan operasi

Dengan menguasai tajuk-tajuk ini sewaktu PKP, anak kalian boleh menggunakan waktu persekolahan nanti untuk fokus pada tajuk-tajuk yang lain.

Jika anak kalian sudah kuasai tajuk-tajuk ini, saya yakin yang anak kalian akan keluar daripada zon gred E. Secara tidak langsung, anak kalian akan lebih yakin untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan tajuk-tajuk ini.

Cubalah!

Share jika bermanfaat.

Saya akan terus berkongsi tip Matematik terutamanya buat calon UPSR 2020.

Mohamad Hakim
Guru Matematik

    NOTA     MATEMATIK
    KREDIT     FB: CIKGU HAKIM

💬 Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
📲 Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
👨‍🏫 Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
📺 Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli
Translate »