Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.

tudung-si-comel
pentagonmath

Selamat datang ke Pertubuhan Dana. Jemput baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, Penaung Pertubuhan Dana Kita kali ini.

Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.

Dah setahun rupanya anak ini dibawah jagaan aku. Ingat pula dia hari pertama aku jumpa dan bantu dia tu. Orang perempuan kalau dengan tarikh ni memang power kan? 😅

Anak ni aku selamatkan dari dicabul oleh ayah tirinya, tersepit dan terhimpit di rumah sendiri. Pelajaran merosot, kehadiran sangat teruk. Sedangkan dia pelajar harapan sekolah.

Aku cari dan heret dia keluar dari neraka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa. Setiap bulan aku akan jumpa dan tanya khabar berita. Mengirim duit belanja, menghantar bekalan makanan, mencukupkan apa jua keperluan.

ucapan-anak-perempuan-1
ucapan-anak-perempuan-2

Apa pun, didoakan anak ini berjaya dunia akhirat. Anak ni bakal exam SPM 2020 ni. InsyaAllah otaknya sangat cerdas dan bijak sungguh budaknya.

Kisah hitam yang perit, kesusahan hidup yang menghimpit, sejarah silam yang menghantui, kini tiada lagi. Aku jaga sungguh-sungguh macam jaga anak sendiri.

InsyaAllah budak ini akan menjadi seseorang pada masa akan datang. Dan masa tu dengan bangga aku akan berkata,

“Ini anak aku. Yang pernah hilang arah tuju, yang pernah buntu, yang hilang semangat untuk hidup dulu kini di sini dia.

Kini dah berjaya dan memberi manfaat pada orang lain pula. Cikgu bangga dengan kamu”.

Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ungkapkan ayat itu. Aku tahu. Dan aku yakin.

#MFS

Terima kasih kerana membaca dan menyokong Pertubuhan Dana Kita. Setiap sen yang anda sumbangkan sangat berharga dan kami menghargainya. Mohon dapat share post ini. Kami doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

durioo
Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak. Maka sejak 2016 lagi, saat belum ada NGO pun aku cuba membantu anak-anak murid aku yang tak mampu. Guna duit poket sendiri ja. Tapi poket aku nipis. Tak mampu nak bantu ramai orang. Maka aku hasut wife aku suruh...

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat.

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat.

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat. Ada cikgu yang perasan terus bertanya kenapa jalan pelik macam tu. Mulanya dia kata kaki dia sakit. Namun cikgu tu tak puas hati. Pelik benar gaya berjalan, bukan gaya orang sakit kaki. Cikgu tu minta...

Salah tu. Cukup salah.

Salah tu. Cukup salah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh "Bagusnya Dana Kita. Pantas bertindak. Tepat sampai ke sasaran. Bagusnya kalau pihak zakat pun macam ni".   Salah tu. Cukup salah. Pihak zakat jauh lebih baik. Bantuan mereka tetap setiap bulan. Setiap hari pun ada bantuan kecemasan dan...

Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.

Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat. Mereka ni, penat macamana, buatlah aktiviti kat pelosok mana pun, solat mereka jaga. Tak kira di puncak gunung, di tepi jalan, wakaf di hentian, bahkan kaki lima kedai pun...



shopee
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger