Hi adik-adik! Hari ni, Admin Azlin nak share tips pendidikan dan kisah terbaru nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Jom baca bersama-sama ! Apa topik atau kisah kali ini ya? 🌟📖
Teringat masa masuk relief (ganti guru yang tiada) kelas tahun 2 yang aku tak pernah ajar.
Masa murid ni datang hantar hasil kerja, aku puji dia,
“Bagusnya Aqilah. Pandai awak”.
“Eh, macamana cikgu tahu nama saya?” tanya dia kehairanan.
“Cikgu ada kuasa magic. Senang je nak tahu nama awak,” balasku dengan wajah serius.
“Wahhhh. Hebatnya cikgu!”
Terus dia berlari masuk kat tempat duduk cerita kat kawan-kawan,
“Awak tahu tak? Cikgu tu ada kuasa magic tau”.
“Iya ke?”
“Iya. Cikgu tahu nama kita walau kita tak cakap”.
“Wah, hebatnya”.
“Wahhhh, wahhh, wahhhhhh!” sahut hat lain.
Aku buat muka bongkak dan berjalan keluar kelas dengan penuh keangkuhan disaat mereka tengah kagum.
Wakaka. Best betul berlagak dengan budak-budak ni. 😎
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –
(Mohd Fadli Salleh)
T.me/EbookCikguFadli
Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10
Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q
MEMO BERKENAAN KOMEN
Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.
This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).
0 Comments