Tularlah berita seorang pemuda dari Kelantan ingin menjual koleksi kasut Vintage kesayangannya dengan harga RM40,800.

tudung-si-comel
pentagonmath

Tularlah berita seorang pemuda dari Kelantan ingin menjual koleksi kasut Vintage kesayangannya dengan harga RM40,800.

Post dari beliau viral dengan pantas. Dan seperti biasa, bila viral sahaja ramailah datang komen. Termasuk netizen dari Indonesia pun datang berkampung juga.

Paling ramai komen mengejek, mengeji, mencemuh, bahkan ramai yang kata itu hanya strategi marketing.

Komen netizen ini tidak mampu dihalang. Mereka akan berkata sesuka hati mereka. Mereka akan menilai dari kaca mata mereka sahaja.

Sesiapa yang tak kental, kalau post mereka viral boleh jadi kemurungan dengan komen-komen netizen.

Tapi pemuda ini tenang sahaja. Dia tahu bukan semua orang faham tentang nilai sejarah. Dia tahu hanya sebilangan kecil sahaja minat dan hobi seperti ini.

pemuda-dari-kelantan-1

Yahoo pun cover kisah ni. Bangga rasa item rare ini milik rakyat Malaysia.

Dia abaikan semua komen negatif, fitnah dan memburukkan. Dia bukan jual dadah, dia bukan buat kesalahan jenayah, dia nak jual barang classic yang layak berada di museum yang mana dia beli pun dengan harga puluhan ribu juga pada 2018.

Orang yang tak minat takkan faham nilai sejarah.

Barang antik ni, makin lama makin bernilai. Sebab ia rare. Sangat-sangat rare.

Maka kurang 12 jam dia promosi, terus ada buyer yang tahu nilai beli tanpa minta kurang waima RM1 pun.

Kisah ini viral bukan setakat ni Malaysia. Ia menjadi perhatian dunia!

Muncul berita dunia di Yahoo.com tentang kisah ini. Kerana kasut Converse yang dimiliki oleh pemuda ini adalah kasut pertama Converse pertama di dunia.

pemuda-dari-kelantan-2

Sold kurang dari 12 jam tanpa dikurangkan harga walau RM1.

Minat orang tak sama. Kemampuan kewangan orang juga tak sama.

Penilaian orang terhadap sesuatu relevannya harga barang juga tidak sama. Maka raikanlah saja. Yang tak suka, tak setuju, abaikan mereka.

Peminat kasut Converse, boleh support beliau di page beliau : WIA GLOBAL STORE ya.

Pakat follow dan like page tu. Banyak ilmu tentang kasut dikongsi di sana.

Pemuda ini sebenarnya pernah viral pada tahun 2016 dulu. Beliau pernah mengembara secara solo ke 37 buah negara dengan modal RM4k sahaja.

Setiap tempat dia singgah, dia bekerja untuk dapatkan duit dan teruskan pengembaraan yang penuh mencabar. Kisah beliau mengembara solo boleh di baca di sini :

https://www.thevocket.com/inspirasi-travel-jeroong-wia/

pemuda-dari-kelantan-3

Si Jeroong Wia. Anak sepupu yang kental semangat dan gigih usaha. Terus maju jaya rom!

Banyak juga akhbar dan portal berkongsi kisah pemuda ini pada masa tu. Beliau sempat menetap lama di Jepun dan sempat membeli beberapa buah kereta Alphard dan menjadi pemandu pelancong di sana.

Tak pasti samada dia pernah berjumpa ke tidak dengan Zunita Ramli, antara rakyat Malaysia yang terkenal menetap di sana.

Semangat juang pemuda ini tinggi. Minatnya pada sesuatu sangat mendalam.

Semangat juang dan kekentalan yang tinggi ini aku rasa diwarisi dengan bapa sepupu beliau rasanya. Tahu tak siapa bapa sepupu pemuda ini?

Bapa sepupu pemuda ini ialah seorang guru Matematik sekolah rendah bernama Mohd Fadli Salleh.

pemuda-dari-kelantan-4

Lepak bersama dia bersama Abe Meso kita. Legend dalam industri tersendiri Abe Meso ni. Hok tahu tu tahu lah. Sep kito jange ppecoh boh! 💪 *Gambar sebelum virus covid wujud.

Ya, anak sepupu aku la ni. Wakaka, sempat lagi aku nak ambil kredit atas kejayaan dan semangat dia. Jahat sungguh.

Tapi si Jeroong Wia memang kental semangat. Aku pun tak lawan semangat dia rentas dunia secara solo dengan modal kecik gila.

Kami membesar bersama, dari sekolah rendah dia datang rumah aku hampir setiap hari. Masa dia zaman jahiliah jadi Red Indian tiup api sana sini pun aku ada bersama dok support dari belakang.

Dan hari ini, hari esok, masa hadapan pun tetap sama. Aku sentiasa menyokong usaha anak muda yang kental ini.

“Ccaro eh ore nak kato gapo pun rom. Asal kita tak kaca ore, asal kito tahu mana asal usul kito, kita rempuhhhh!”

Terus maju jayalah dikau.

 

#MFS

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam gais. Benarlah kata pepatah, 'Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali'. Pagi duniaaaaa! #MFS

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha

Ma pesan, "Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha." Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah. Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib