tudung-si-comel
pentagonmath

Selamat datang ke Pertubuhan Dana. Jemput baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, Penaung Pertubuhan Dana Kita kali ini.

Oleh:Cikgu Mohd Fadli Salleh

Empat hari lepas, masuk berita seorang lelaki terjun sungai dan mati lemas disyaki kerana kemurungan.

Orang akan cepat menilai,

“Macam tak ada agama. Ni punca tak solat, kurang didikan agama, tak ingat Tuhan bla…bla…bla…”

Mereka yang tidak berada dalam situasi dan kasut mangsa tidak mengerti. Betapa mereka berjuang bertahun-tahun lamanya dengan pelbagai masalah dalaman yang sedikit demi sedikit menghilang kewarasan mereka.

usah-cepat-menilai-1

Kes 4 hari lepas. 😢

Sahabat kepada arwah ini menghubungi Hanan Mikhael Azman bercerita tentang kisah lelaki ini rupanya sudah lama berlawan dengan emosi dalaman. Boleh baca tulisan Nan di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225643782950237&id=1498939827

Oh ya, si pengembara kenit yang comel ini juga seorang pesakit mental disorder. Beliau dengan gigih melawan sakit dalaman dan bisikan yang aneh-aneh dalam kepala sentiasa.

Kental si kenit ni. Dan dia seorang penulis yang bagus. Terima kasih Nan selalu kongsi kisah untuk sebarkan kesedaran dalam masyarakat bahawa kemurungan, tekanan emosi, masalah mental itu real dan jangan diambil mudah.

usah-cepat-menilai-3

Kedai aku penuh dengan set bantuan barang dapur. Lebih 100 set sehari kami agih.

Jangan persendakan bila orang mengadu tertekan, ingin bunuh diri dan sebagainya.
Kita tak berada dalam kasut mereka. Senang kita judge dan menyalahkan mereka konon tak kuat, konon kurang didikan agama, konon kurang beribadah.

Aku sendiri hadap beberapa sasaran aku yang mengalami masalah kesihatan mental ini. Dan mereka perlukan sokongan, bukan perlu dipersalahkan.

Pernah seorang ibu anak tiga telefon aku dipagi hari menangis-nangis bercerita masalah dan tak sanggup lagi nak hadap semua ujian dan kesusahan.

Katanya dia rasa nak bunuh diri.

Dan saat dia call aku, sebenarnya dia sedang berada dalam bilik air dalam cubaan minum klorox.

Mujur masih ada tersisa kewarasan dalam kepalanya untuk tidak meneruskan niat tidak baik itu.

Syukur sangat-sangat dia melawan semua bisikan dan tekanan tersebut.
Kedai aku tidak beroperasi selanjang lockdown ini. Namun pintu kedai tetap dibuka separuh untuk sesiapa yang terdesak ambil barang dapur.

Sekurangnya, mereka tidak berlapar. Sekurangnya mereka tak perlu serabut fikir tentang kehabisan beras didapur.

Hanya itu yang kami di Dana Kita mampu bantu.

usah-cepat-menilai-2

Orang ramai beratur panjang hanya untuk sekotak set barang dapur yang bernilai sekitar RM40 sahaja.

Setiap pagi beratur panjang orang nak ambil barang dapur. Hanya untuk 5kg beras, sekilo gula, sekilo tepung, sekilo minyak masak, setin sardin, sebungkus pek megi, satu pek garam sahaja mereka sanggup beratur.

Demikian menunjukkan memang ramai sangat sedang terdesak sekarang.
Diharap pihak kerajaan bagi bantuan tambahan pada golongan bawahan yang ramai terjejas. Bagi la moratorium ke, i Lestari ke, i Sinar ke, atau apa-apa sahaja bantuan untuk membantu rakyat.

Golongan M40 banyak tidak dapat apa-apa bantuan dan golongan M40 ini pun sangat-sangat terkesan. Bila check bantuan, tak layak.

Sedangkan mereka sendiri sangat-sangat susah. Komitmen banyak nak kena bayar, job tak ada. Income susut teruk. Bagaimana mereka nak teruskan kelangsungan hidup?

Dan kepada kawan-kawan yang sedikit lega, tolong ambil tahu keadaan adik beradik kita, sanak saudara kita, jiran-jiran kita, kawan-kawan kita.

Bantu orang terdekat kita semampu kita. Ramai sebenarnya orang yang kita kenal sedang dalam kesusahan. Cuma kita sahaja tak tahu.

Yang ingin kirim sumbangan melalui NGO kami, ini maklumat akaun ya :

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita

#MFS

Terima kasih kerana membaca dan menyokong Pertubuhan Dana Kita. Setiap sen yang anda sumbangkan sangat berharga dan kami menghargainya. Mohon dapat share post ini. Kami doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

durioo
Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak. Maka sejak 2016 lagi, saat belum ada NGO pun aku cuba membantu anak-anak murid aku yang tak mampu. Guna duit poket sendiri ja. Tapi poket aku nipis. Tak mampu nak bantu ramai orang. Maka aku hasut wife aku suruh...

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat.

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat.

Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat. Ada cikgu yang perasan terus bertanya kenapa jalan pelik macam tu. Mulanya dia kata kaki dia sakit. Namun cikgu tu tak puas hati. Pelik benar gaya berjalan, bukan gaya orang sakit kaki. Cikgu tu minta...

Salah tu. Cukup salah.

Salah tu. Cukup salah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh "Bagusnya Dana Kita. Pantas bertindak. Tepat sampai ke sasaran. Bagusnya kalau pihak zakat pun macam ni".   Salah tu. Cukup salah. Pihak zakat jauh lebih baik. Bantuan mereka tetap setiap bulan. Setiap hari pun ada bantuan kecemasan dan...

Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.

Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat. Mereka ni, penat macamana, buatlah aktiviti kat pelosok mana pun, solat mereka jaga. Tak kira di puncak gunung, di tepi jalan, wakaf di hentian, bahkan kaki lima kedai pun...



shopee
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger