18 Tahun Mengajar – Ini Rahsia Kenapa Murid Tetap Sayang

Cikgu garang mengajar dengan ikhlas di dalam kelas, murid mendengar dengan hormat

18 tahun mengajar sekolah rendah. 18 tahun sebagai guru Matematik. 15 tahun pegang jawatan Guru Disiplin.

Dalam banyak-banyak subjek, guru Matematik biasanya paling garang.

Dalam banyak-banyak guru, guru disiplin semestinya yang paling garang.

Aku dah la guru Matematik, guru Disiplin pula. So, garang aku tu double okeh. Berganda-ganda. 🤣🤣🤣

Adakah aku marah murid? Ya.
Adalah aku rotan murid? Ya.

Bahkan, aku guru paling banyak merotan dan mendenda murid berbanding guru lain.

Patut jadi guru paling dibenci murid lah. Paling garang. Paling kuat denda dan merotan.

Ironinya, setiap tahun aku menang Anugerah Guru Paling Popular yang diundi oleh murid. Setiap tahun tanpa gagal.

Setiap tahun juga hadiah hari guru aku antara paling banyak. Banyak sungguh dapat. Beratus-ratus hadiah. Bahkan, murid yang aku tak ajar kelas mereka pun datang bagi hadiah.

Tak keterlaluan jika aku kata, aku disayangi murid. Walau kuat merotan. 🤣🤣🤣

Kat FB aku ni, ribuan parent yang follow dan jadi friend aku. Mereka boleh sahkan jika rasa aku sengaja mereka cerita.

Soalnya kenapa? Kenapa kuat hukum, denda, rotan murid, tapi disayangi? Tapi dapat banyak hadiah? Tapi dapat anugerah?

Satu sahaja rahsia dia kawan. Ikhlas.

Ikhlas ni dapat dirasai oleh anak-anak. Anak-anak tahu siapa yang ikhlas mendidik ajar mereka. Mereka tahu bila guru itu ikhlas menghukum mereka.

Setiap kali murid melakukan kesalahan, perkara pertama aku buat adalah siasat. Bukan terus menghukum.

Bila sahih murid itu bersalah, saksi ramai dan dia pun akui, aku akan bagitahu dia begini,

“Cikgu dah pesan bila buli kawan cikgu akan rotan. Awak ingat kan pesanan cikgu?”

Angguk.

“Hari ni awak buat kesalahan. Cikgu akan rotan awak. Cikgu rotan agar tidak lagi buat kesalahan. Bukan sebab cikgu benci awak. Faham?”

Angguk

“Piappp! Piappppp! Piappppp!”

Aku rotan sungguh-sungguh weh. Memang perit la kalau kena. Tak percaya, tanya murid-murid aku yang pernah kena rotan. 🤣

“Awak balik rumah, nak cerita kat mak ayah Cikgu Fadli rotan awak, silakan. Ceritakanlah. Cuma jangan bohong dengan mak ayah sahaja. Cerita juga sebab kenapa cikgu rotan awak. Faham?”

Angguk.

Murid beredar. Dan kehidupan kami teruskan macam biasa. Aku akan anggap dia tak pernah buat dah salah tu.

Tak ada nak sindir murid tersebut dalam kelas. Tak ada nak malukan ke apa. Bila aku buat aktiviti dalam kelas, murid yang baru kena rotan nak join, silakan.

Ada guru, bila murid buat salah, dia suka ungkit dan simpan dalam hati.

“Ah Ali. Awak tak payah join aktiviti ini. Kerja sekolah pun tak siap. Buli kawan lagi”

Eh? Kesalahan budak tu kau dah hukum dah tadi. Kenapa masih ungkit? Kenapa nak jadikan kesalahan lalu dia asbab tak terima dia nak join aktiviti?

Benda begini berlaku. Dan murid akan ingat sampai bila-bila. Selepas itu, murid tak lagi akan teruja nak masuk aktiviti yang cikgu buat. Sebab dia tahu, pasti dia ditolak dan dimalukan asbab kesalahan lampau dia.

Satu lagi benda yang ramai guru terlepas pandang ialah layanan double standard.

Murid-murid memerhati cara guru melayan kawan-kawan mereka. Dilihat kalau anak sendiri, anak cikgu lain, anak YDP PIBG, dapat layanan istimewa. Buat salah tak kena hukum. Selalu dipilih join aktiviti, jadi ketua, jadi pengawas, wakil bola sepak dan sebagainya.

Mereka perhati. Mereka tahu cikgu yang double standard.

Aku pernah ajar anak aku sendiri. Ajar anak rakan guru. Ajar anak guru besar aku sendiri. Ajar anak YDP dan NYDP PIBG.

Saya guru disiplin merangkap guru pengawas
Memang nampak perubahan anak tu ikut apa yang aku nasihatkan.

Peraturan aku tetap sama. Contohnya jika murid tak hafal sifir aku denda 5 rotan, tak kira anak siapa pun, aku akan rotan 5 das. Dengan kekuatan hayunan yang sama. Anak tukang kebun tak hafal kena, anak GB aku sendiri tak hafal pun kena.

Anak aku sendiri sahaja special. Dia kena lebih. Murid lain kena 5 rotan, anak aku kena double. 10 rotan. Dan pernah berlaku, pernah aku rotan anak aku sendiri depan semua murid.

Murid akan hormati guru yang tak pilih kasih. Dia faham cikgunya benar ikhlas mengajar, tak membanding bezakan murid walau siapa pun parent murid itu.

Tulis panjang-panjang ni bukan nak cerita aku ni baik sangat. Aku pun banyak juga salah silap.

Tapi diharap kepada adik-adik yang baru menjadi guru, yang masih di IPGM terbaca, ambillah mana yang baik untuk dijadikan ikutan. Yang buruk tu jadikan sempadan.

@mohdfadlisallehmfs “Siapa nak rotan saya?” Hahaha. Comel je budak-budak ni. #MFS ♬ original sound – Mohd Fadli Salleh

Khas untuk guru-guru Matematik dan ibubapa seluruh negara. Modul Pembelajaran Interaktif Matematik sekolah rendah dah siap sepenuhnya!

Ada 312 bahan pengajaran, lembaran kerja, banner, bunting, slide pengajaran yang menarik!
Lepas ni kalau kena observe InsyaAllah cemerlang. Nak mohon Guru Cemerlang pun mudah dah.

Untuk ibubapa yang berminat nak dapatkan pun boleh. Senang ajar anak kat rumah.

Dapatkan kat sini : https://mathwizs.onpay.my/order/form/belianmathwizs

Nak tau Mathwizs macamana? Kat reply komen ni saya letak video apa itu Mathwizs ya. Tonton tau, InsyaAllah terus teruja nak dapatkan. 😁

Modul Pembelajaran Interaktif Mathwizs
@cikgu.fadli.salleh Cikgu-cikgu Matematik sekolah rendah tak kena risau lagi kalau nak kena cerap. Bahkan nak mohon Guru Cemerlang pun mudah dan confident bila dicerap lepas guna Mathwizs ini. Modul ni juga sesuai untuk mak ayah yang selalu ajar anak-anak di rumah. Macamana nak dapatkan? Klik link kat bio saya, join dalam Telllllle saya tu. Dalam tu ada caranya. Kongsikan dengan rakan-rakan guru Matematik sekolah rendah lain gais yaa. #Mathswizs #MFS ♬ original sound – Cikgu Fadli Salleh

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Tudung si comel
Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Recent Comments

Kategori

Arkib

Kalendar

October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031