Jam 12 malam. Kami masih di sini – Cikgu Mohd Fadli Salleh

Jam 12 malam. Kami masih di sini – Cikgu Mohd Fadli Salleh

Pertubuhan Dana Kita


Jam 12 malam. Kami masih di sini.

Cikgu Mohd Fadli Salleh

IKLAN-LEADERBOARD-CIKGU-FADLI
koleksi-premium-ebooks

Jam 12 malam. Kami masih di sini. Set barang dapur baru sampai.

Memikul 100 kotak set barang dapur yang jumlah beratnya sekitar 1 tan berempat sahaja. Mengah kaklas wei.

Semalam lebih 100 set angkat bertiga dengan Izzat Hakimi dan Sufi. Stok semalam licin diserbu ramai orang yang terputus bekalan makanan.

Beratur panjang mereka demi 5kg beras, sekilo gula, tepung, minyak masak dan sebagainya.

dana-kita-12-malam-1
dana-kita-12-malam-2
dana-kita-12-malam-3
dana-kita-12-malam-4

caption

Orang terkesan. Teruk terkesan.
Kami nak bantu semua orang tak mampu juga. Bantu sekadar kemampuan kami sahaja. Mereka yang sekitar Gombak dan Setapak jika terputus bekalan makanan datanglah ke kedai saya, 2F Gadget.

Tak perlu bawa dokumen apa-apa. Bawa kejujuran sahaja dan jangan ambil kesempatan.
InsyaAllah hak bahagian kalian kami akan beri.

564221646925
Maybank

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita

#MFS



RUANG IKLAN




LANGGAN UPDATE TERKINI

JOM BERSEDEKAH

DANA-KITA

Archive

Recent Comments

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger

Perjalanan Dana Kita

Perjalanan Dana Kita

Pertubuhan Dana Kita


Perjalanan Dana Kita

Cikgu Mohd Fadli Salleh

Oleh:Cikgu Mohd Fadli Salleh

Tontonlah video ini sampai habis wahai kawan-kawan yang pemurah lagi baik hati yang senantiasa menyokong Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

This one for you guys!

Sebak aku tonton video yang disiapkan oleh team media kami ini. Langsung tidak menyangka satu pertubuhan kerdil disuatu ketika dahulu kini dapat membantu sangat ramai orang.

Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita

#MFS



RUANG IKLAN




LANGGAN UPDATE TERKINI

JOM BERSEDEKAH

DANA-KITA

Archive

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger

Penghantaran Bantuan ke Perkampungan Orang Asli Kemensah Yang Terputus Bekalan Makanan.

Penghantaran Bantuan ke Perkampungan Orang Asli Kemensah Yang Terputus Bekalan Makanan.

Pertubuhan Dana Kita


Penghantaran Bantuan ke Perkampungan Orang Asli Kemensah Yang Terputus Bekalan Makanan.

Cikgu Mohd Fadli Salleh

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Jam 2 pagi malam tadi dapat wasap mengatakan Perkampungan Orang Asli Kemensah terputus bekalan makanan.

Memandangkan lokasi dekat sahaja, petang ni terus ke sana hantar set barang dapur ke sana. Tak masuk pun perkampungan mereka.

Drop kat simpang bawah dan mereka turun ambil. Cantik-cantik belaka awek kat sini rupanya. Rasa nak datang bantu setiap hari kalau gini. 😝

perkampungan-orang asli-1

Serahan 40 set barang dapur.

perkampungan-orang asli-2

Berpeluh juga ketiak mengangkat 40 set barang dapur berdua je ni. 😅.

perkampungan-orang asli-3

Bersama anak tok batin sini. Nanti musim duyan boleh datang hantar bantuan lagi. 😁

perkampungan-orang asli-4

Kak Fairus yang selalu bantu perkampungan ini. Info dari dia lah.

564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita

#MFS



RUANG IKLAN




LANGGAN UPDATE TERKINI

JOM BERSEDEKAH

DANA-KITA

Archive

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger

Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.

Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.

Pertubuhan Dana Kita


Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.

Cikgu Mohd Fadli Salleh

Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.

Dah setahun rupanya anak ini dibawah jagaan aku. Ingat pula dia hari pertama aku jumpa dan bantu dia tu. Orang perempuan kalau dengan tarikh ni memang power kan? 😅

Anak ni aku selamatkan dari dicabul oleh ayah tirinya, tersepit dan terhimpit di rumah sendiri. Pelajaran merosot, kehadiran sangat teruk. Sedangkan dia pelajar harapan sekolah.

Aku cari dan heret dia keluar dari neraka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa. Setiap bulan aku akan jumpa dan tanya khabar berita. Mengirim duit belanja, menghantar bekalan makanan, mencukupkan apa jua keperluan.

ucapan-anak-perempuan-1
ucapan-anak-perempuan-2

Apa pun, didoakan anak ini berjaya dunia akhirat. Anak ni bakal exam SPM 2020 ni. InsyaAllah otaknya sangat cerdas dan bijak sungguh budaknya.

Kisah hitam yang perit, kesusahan hidup yang menghimpit, sejarah silam yang menghantui, kini tiada lagi. Aku jaga sungguh-sungguh macam jaga anak sendiri.

InsyaAllah budak ini akan menjadi seseorang pada masa akan datang. Dan masa tu dengan bangga aku akan berkata,

“Ini anak aku. Yang pernah hilang arah tuju, yang pernah buntu, yang hilang semangat untuk hidup dulu kini di sini dia.

Kini dah berjaya dan memberi manfaat pada orang lain pula. Cikgu bangga dengan kamu”.

Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ungkapkan ayat itu. Aku tahu. Dan aku yakin.

#MFS




Archive

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

Matlamat yang Sama Bantu Keluarga Yang Tak Mampu

Matlamat yang Sama Bantu Keluarga Yang Tak Mampu

Pertubuhan Dana Kita


Matlamat yang Sama Bantu Keluarga Yang Tak Mampu.

Cikgu Mohd Fadli Salleh

Team dari NGO Yayasan EZ Prihatin datang ke kedai aku nak borong handphone untuk mereka agihkan pada keluarga yang tak mampu.

Semua stok 15 biji handphone Redmi 9A yang ada dikedai mereka borong semua sekali. Tak cukup dengan itu, phone 2nd pun mereka borong 10 biji lagi.

Haishhh, mana boleh mereka nak tamak pahala sendiri. Terus Dana Kita sumbang 5 biji lagi telefon kepada mereka untuk mereka agihkan dan 2F Gadget sumbang earphones dan kabel juga.

matlamat-yang-sama

Seronoknya berebut-rebut buat pahala begini.

Kita sesama NGO ni tak perlu nak dengki dan iri hari sesama kita. Kita semua ada matlamat yang sama nak bantu lebih ramai orang yang boleh kita bantu.

Semoga kita semua berjiran di syurga nanti. Amin.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

#DanaKita
#MFS






JOM BERSEDEKAH

DANA-KITA

Archive

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger

Translate »