Projek Bag to School: Peluang Anda Membantu Pelajar

video-kafa

Rutin anak-anak 70-90an. Bangun pagi mandi air telaga yang sejuk sampai ke tulang. Berlaga gigi kesejukan.

Stoking ikat dengan getah agar tak melurut. Stoking sama pakai bertahun-tahun.

Berjalan kaki dengan adik beradik dan kawan sekampung berkilo jauhnya. Ada yang mengayuh basikal buruk turun termurun dari kakak, abang. Atau dihantar ayah dengan basikal tua. Berkeriuk bunyi rantai, namun tetap dikayuh gagah.

Masa tu murid lelaki pakai seluar pendek. Perempuan pakai pinafore (skirt). Jarang la nak lihat murid perempuan bertudung.

Pergi sekolah cuma bawa bekal. Yang bawa duit belanja tu kira kategori berada dah. Tu pun 20 sen saja. Masa tu duit 1 sen dan 5 sen laku lagi.

Mak ayah biasanya kerja kampung. Menoreh getah. Tanam padi. Buat rumah. Ambil upah tebas kebun orang. Yang pendapatan sangat kecil, adik-beradik ramai, anehnya, semua cukup. Tak ada seorang mati kebuluran. Padahal gaji ayah tak sampai dua ratus pun sebulan.

Menulis pakai pensel 2B kaler merah yang paling murah. Tulisan tak terang pun. Bawa pisau kecil untuk tajamkan pensel. Yang ada sharpener ni orang kaya la tu. Tapi tetap gigih menulis ilmu dalam buku. Punya cemburu kawan ada pensel tekan. Pensel tekan tu pensel idaman.

Baju sekolah baju turun temurun yang abang kakak sebelum ni. Lusuh kekuningan, dicelup nila bagi nampak sedikit kebiruan. Meski pun begitu, saban tahun naik pentas terima anugerah kecemerlangan.

projek-bag-to-school

Di mana kalian hari ini?
Kerja apa?
Sebagai apa?

Pastinya lebih selesa dan mewah berbanding anda 30-40 tahun nan lalu kan?

Syukurlah dengan kehidupan sekarang.

Cuma ingatlah, pengalaman kita membesar dengan susah payah suatu dulu, ada ramai anak-anak zaman sekarang sedang laluinya.

Mungkin bukan anak kalian, tapi anak-anak saudara mara kalian, anak-anak kawan yang kita pernah kenal, atau sesiapa sahaja.

Bantulah murid-murid di sekolah lama kita. Kita pernah berada di situ. Dan dari ilmu di sekolah itu menjadikan kita hari ini.

Bantulah mereka semampu kita.

Kita bantu bukan kerana nak tunjuk kita kaya.

Cuma kita tahu peritnya erti kemiskinan dan kesusahan.

Saban tahun Dana Kita buat Program Beg Sekolah untuk diagih pada murid-murid miskin seluruh negara. Kami target tahun ni 10,000 buah beg.

Agihan InsyaAllah akan melalui sekolah terpilih, terutama yang tak pernah kami kirim beg lagi. Tiada orang lebih kenal muridnya melainkan guru.

Jom kawan-kawan kita kirim sikit sorang. Mungkin ada bakal doktor hebat di suatu masa akan datang memikul beg kiriman kita tahun ini.

Kirim banyak tanda ada, kirimlah sikit tanda ingat. Begitulah.

Selamat pagi para pejuang kehidupan.

#MFS
– Projek Bag to School bermula! –

bag-to-school

Kos beg RM30 sahaja. Kami tempah terus dari kilang di China. Kualiti InsyaAllah cantik.
Boleh juga terus klik sini untuk lebih mudah menyumbang :
https://bit.ly/SasaranDanaKita

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

February 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728