Maaf orang Gombak, Setapak dan sekitar. Agihan barang dapur terpaksa DIHENTIKAN serta merta.

tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Maaf orang Gombak, Setapak dan sekitar. Agihan barang dapur terpaksa DIHENTIKAN serta merta.

Sedih aku petang ni. Sedih sungguh.

Ada report terhadap kami buat agihan barang dapur. Maka petang ini, 4 anggota polis Setapak datang dengan van polis dan kereta peronda.

Sampai depan kedai mereka bunyikan siren. Anggota polis datang bercakap dengan aku yang kami tidak lagi boleh buat agihan di kedai ini.

maaf-dana-kita-1

Empat anggota datang petang ini setelah laporan diterima. Baik-baik belaka anggota ni. Mereka sangat-sangat bertolak ansur. Terima kasih tuan.

Pegawai datang dengan penuh santun, sopan dan baik hati.

“Encik. Saya tahu encik nak bantu orang. Kami dah maklum lama dah Dana Kita buat agihan di sini. Sebelum ini tiada masalah sebab tiada laporan.

Sekarang kami terpaksa datang dan bagi amaran agar jangan lagi buat agihan begini. Kalau perlu bantuan untuk kawal keadaan, encik boleh hubungi kami bila-bila masa sahaja. Kami boleh datang dan bantu.

Cuma itulah. Sementara ini encik stop dulu ya”.

Baik. Sopan. Penuh tolak ansur anggota yang datang bincang tadi. Langsung tiada ugutan, bercakap dengan nada lembut dan memahami.

Terima kasih tuan. Kami akur pada arahan.

maaf-dana-kita-2

Beginilah saban hari depan kedai kami. Pintu kedai kami tutup. Buka sedikit sahaja untuk hulur barang dapur. Pun ada yang dengki. 😢

Cuma….

Aku pasti esok pagi berderet lagi orang akan beratur depan kedai. Pasti pintu kedai diketuk bertalu-talu untuk dapatkan sekampit beras, sekilo tepung dan barangan lain.

Aku dah arah staff buat notis dan tampal depan pintu kedai bahawa agihan bantuan barang dapur akan dihentikan serta merta.

Isnin ni aku akan terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bincang dengan mereka bagi dapatkan surat kebenaran khas untuk agih bantuan di kedai kami. Kami akan cari RELA juga untuk jaga waktu agihan nanti.

Kami tak boleh duduk diam. Ramai orang susah diluar sana. Takkan kami nak tengok saja sedangkan kami ada kemampuan untuk membantu?

maaf-dana-kita-3

Jarak cukup dijaga. SOP penuh. Ada sanitizer, ada scan suhu, orang yang datang wajib scan My Sejahtera dan tulis nama dalam buku.

Bagaimana orang yang buat report polis terhadap kami boleh lena tidur mereka setiap malam?

Tidakkah mereka ada hati dan perasaan?

Tidakkah mereka fikirkan keadaan keluarga orang lain yang tengah kesempitan?

Yang habis beras di dapur, yang tiada apa satu pun lauk untuk dimasak, anak-anak kecil yang menangis kehabisan susu sepanjang hari?

Tidakkah mereka berfikir tentang itu?

Aku sedih sungguh dengan hal ini sampai habis kata-kata. Entahlah. Kami nak bantu orang ramai yang sedang susah sahaja.

maaf-dana-kita-4

Lihatlah sendiri kesusahan orang ramai. Dengan anak kecil didukungan pun datang untuk ambil barang dapur. Bagaimana agaknya nasib keluarga seperti ini bila kami tidak lagi dibenarkan untuk membantu? 😭

SOP dijaga. Agihan secara teratur dan tersusun. Bukan main serbu. Ada check suhu, wajib scan My Sejahtera, kami sediakan sanitizer lagi. Tapi tetap ada yang dengki.

Dengki kamu tidak sedikit pun menjejaskan aku. Tidak. Ia menjejaskan nasib keluarga miskin dan tersepit.

Tak apa lah. Arahan dah dikeluarkan. Kami akan akur dan patuh pada arahan. Bermula esok pagi tiada lagi agihan ya. Bagitahu kat kawan-kawan area Gombak, Setapak dan sekitar.

Isnin ni aku nak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKM. untuk bincang dengan mereka bagaimana kami dapat teruskan usaha membantu orang ramai dalam musim pandemik ini.

Semoga dilancarkan segala urusan kami. Jika ada kawan-kawan kerja di JKM Kuala Lumpur, mohon mereka bantu kami ya.

Terima kasih Balai Polis Setapak dan semua anggotanya yang begitu berdedikasi, penuh tolak ansur dan ingin membantu.

Doakan agar usaha kecil kami untuk membantu orang ramai ini dipermudahkan. Amin.

Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita
Mohd Fadli Salleh

website-mudah

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Shopee
Doakan keselamatan team Dana Kita dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak

Doakan keselamatan team Dana Kita dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak

Doakan keselamatan team Dana Kita dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak yang akan bergerak ke Kelantan dan Terengganu kejap lagi. Kali ni kami turun dengan kekuatan penuh beserta sahabat-sahabat kami. 9 buah lori, 20 4x4, 4 jentera BOMBA, 2 buah bot penyelamat tambahan,...

Team Dana Kita baru sampai Kemaman jam 2:57 pagi tadi

Team Dana Kita baru sampai Kemaman jam 2:57 pagi tadi

  Team baru sampai Kemaman jam 2:57 pagi tadi. Berkicap mereka turunkan lebih 700 set barang bantuan banjir. Tiba-tiba terasa nak tanya tidur mana. Kot-kot mereka sewa hotel murah ke, ada orang bagi tumpang homestay ke apa. Rupanya mereka tidur dalam lori sahaja....

Bot penyelamat Dana Kita berjaya menyelamatkan baby bersama ibunya

Bot penyelamat Dana Kita berjaya menyelamatkan baby bersama ibunya

Suka sangat tengok gambar ni. Bot penyelamat Dana Kita berjaya menyelamatkan baby bersama ibunya yang terperangkap banjir di Pasir Puteh. Bukan baby pertama yang kami selamatkan, berpuluh baby dah sebenarnya. Alhamdulillah. Bot penyelamat kami membantu ramai sangat...

Banjir teruk di Kelantan dan Terengganu – Team Dana Kita turun bantu

Banjir teruk di Kelantan dan Terengganu – Team Dana Kita turun bantu

Banjir teruk di Kelantan dan Terengganu. Team Dana Kita turun bantu membawa 1500 kit banjir dengan kekuatan 5 lori, 2 4x4 dan dua buah bot penyelamat sejak semalam. Kami kekurangan dana untuk membeli toto dan alatan bantuan banjir untuk mangsa-mangsa seterusnya. Jom...

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak.

Bukan semua orang mampu beli baju sekolah anak-anak. Maka sejak 2016 lagi, saat belum ada NGO pun aku cuba membantu anak-anak murid aku yang tak mampu. Guna duit poket sendiri ja. Tapi poket aku nipis. Tak mampu nak bantu ramai orang. Maka aku hasut wife aku suruh...



shopee
langgan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger