Sebak aku lihat cctv pagi tadi. Datang seorang, baca notis kemudian berlalu dengan hampa.
Sebentar kemudian, datang orang lain pula, baca notis dan pulang dengan kecewa.
Ramai yang datang hari ini. Dan setiap mereka yang datang pulang dengan kehampaan. Harapan untuk dapat sekampit beras, sekilo gula dan barang dapur lain tidak kesampaian.
Sepatutnya esok aku akan ke JKM Kuala Lumpur bincang hal ini agar kami terus dapat bantu orang ramai yang dalam kesusahan ni.
Abang ni datang, baca notis dan pulang dengan hampa. Datang semula esok bang ya. Isi maklumat, saya ejas runner hantar barang ke rumah abang.
Namun baru dapat berita lewat malam tadi, JKM Kuala Lumpur ditutup esok untuk sanitasi selepas ada kes covid melibatkan staff mereka. So, kemungkinan besar kami terpaksa tangguh perjumpaan dengan JKM ni.
Makin lama ditangguh, makin ramai yang terdesak. Takkan nak biarkan orang susah terus dalam kelaparan sementara tunggu keputusan ni?
Kesian kat mereka yang benar-benar susah.
Notis ini mematahkan hati banyak pihak hari ini. Datang semula semua yang terdesak ya. Isi borang elok2, kami akan hantar runner kirim barang dapur kat kalian.
Jadi aku putuskan, esok kami akan guna runner hantar bantuan rumah ke rumah.
Mereka yang betul-betul susah, terdesak dan tiada lagi barang dapur boleh datang ke kedai aku bermula jam 12 tengahari.
Kami akan sediakan borang maklumat pemohon. Kalian isi dan letak dalam bekas yang disediakan. InsyaAllah kami akan proses secepat mungkin urusan penghantaran bantuan tersebut.
Pintu kedai akan ditutup sepenuhnya esok ya. Cuma akan ada meja, borang, pen dan sebagainya kat depan kedai 2F Gadget.
Datang dan isi maklumat lengkap, masukkan dalam bekas yang disediakan kemudian pulanglah. InsyaAllah kami cuba hantar.
Kami tak mampu nak bantu semua orang. Namun kami cuba bantu dengan apa jua kekuatan dan kemampuan kami.
Bagitahu orang sekitar Gombak, Setapak dan sekitar yang benar-benar terdesak datang isi borang permohonan bermula jam 12 tengahari esok ya!
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
0 Comments