tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Petang tadi, hujan mencurah dibumi Gombak. Entah kenapa Allah gerakkan hari Fadamir Saad saat nak pinjam motor staff untuk ke batu 8.

Padahal dia datang dengan kereta. Dan hari pula hujan. Tak masuk akal kenapa perlu pergi dengan motor. Jalan bukan jem sangat pun.

Rupa-rupanya ada sebab Allah gerakkan hari dia naik motor staff dalam hujan renyai. Tuhan nak dia bantu seorang pak cik OKU ini.

Waktu pulang, Amir singgah stesen minyak nak isi minyak motor. Adat meminjam, isi minyak motor.

Masa nak isi minyak, pak cik ni kat pam depan. Datang staff Petronas tanya nak isi berapa, pak cik ni cakap,

“RM1 boleh isi tak dik?”

Staff itu guna walkie talkie bagitahu staff yang jaga cashier untuk set RM1 bagi pam pak cik ni. Amir terdengar perbualan itu dan terus pergi dekat staff tu,

“Isi penuh untuk pak cik ni. Saya bayar”.

dana-kita-hujan-gombak-1

Pak cik OKU ini hanya mampu isi minyak rm1 sahaja. Kesusahan ini real gais. 😢

Amir pergi mendekati bertanya khabar berita. Apa kerja duduk di mana. Berapa anak dan sebagainya.

Rupanya dia tak ada kerja. Diberhentikan setelah lockdown melanda. Memang hilang punca pendapatan. Amir mendengar luahan pak cik OKU ini dengan penuh simpati.

Setelah selesai isi minyak, Amir hulur beberapa keping duit.

“Ambillah pak cik. Sedekah”.

“Eh tak pa dik. Tak pa,” bersungguh-sungguh dia menolak.

“Ambillah. Ni kiriman sedekah dari orang ramai melalui Dana Kita. Ada hak pak cik di sini,” bohong Amir.

Akhirnya pak cik tu terima. Berkali-kali ucap terima kasih sebelum dia berlalu pergi.

Ya, Amir berbohong. Acap kali dah dia buat begini. Dana Kita tak pernah bagi cash kepada mana-mana wakil kami untuk agihan. Untuk agihan, kami bagi barang dapur sahaja kat team. Tak pernah bagi cash.

Jika ada cash yang diterima, sebenarnya dari poket ahli kami sendiri. Namun mereka selesa ‘berbohong’ dan kata itu kiriman dari Dana Kita.

Memang begitu sikap kebanyakan team aku. Dah la kerja tak ada gaji, masa lapang dikorbankan, duit poket sendiri lagi dihabiskan.

dana-kita-hujan-gombak-3

Naik lenguh juga bahu mengangkat ratusan set barang dapur ni. InsyaAllah segala penat lelah ini pasti dibalas ganjaran pahala oleh Allah taala.

Tapi sungguh. Rakyat memang benar sedang susah. Bukan sedikit orang susab sekarang ini.
Kedai aku dibuka separuh pintu untuk agihan barang dapur setiap hari. Biasa buka sekitar jam 10 pagi. Jam 9:30 pagi penuh dah orang beratur dan berbaris hanya untuk ambil set barang dapur.

Lebih 100 set sehari kami agih. Yang lambat, pulang dengan hampa. Esok hari mereka ini pasti sampai awal takut terlepas lagi.

Setiap malam jam lebih kurang jam 9 malam, lori Dana Kita akan sampai kedai kami untuk restok barang dapur untuk agihan pada penduduk setempat.

Sejak lockdown, dah hampir 2000 set kami agih di kedai ini sahaja. Di seluruh negara dah hampir 10,000 set barang dapur. Ni dalam tempoh tiga minggu sahaja.

Setiap hari kami bergerak. Setiap hari ada beratus keluarga menerima manfaat dari kiriman kalian semua.

dana-kita-hujan-gombak-4

Setiap hari, beginilah situasi. Beratur panjang seawal jam 9:30 pagi. Lewat sikit nanti barang habis. Kena datang esok pula. 😢

Setiap hari ada keluarga tidak kelaparan kerana dapat makan nasi dan sardin dari kiriman kalian. Ada air yang dikacau guna gula yang kalian kirim, ada yang makan roti dan lempeng dari tepung kiriman kita semua.

Alangkah seronoknya para penyumbang bila tahu sumbangan mereka tepat sampai ke sasaran tanpa karenah birokrasi, tanpa perlu isi borang bagai, tanpa melalui soal jawab yang tidak menyenangkan.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi mengirim sumbangan melalui kami. Kami tak mampu bantu semua orang, namun kami cuba bantu semampu kami, InsyaAllah.

564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita

Mohd Fadli Salleh

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Salah tu. Cukup salah.

Salah tu. Cukup salah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh "Bagusnya Dana Kita. Pantas bertindak. Tepat sampai ke sasaran. Bagusnya kalau pihak zakat pun...

Kirim emas untuk diwaqafkan

Kirim emas untuk diwaqafkan

Oleh: Mohd Fadli Salleh Allahu. Sejak Dana Kita lancarkan kutipan untuk Rumah Amal Dana Kita, sumbangan masuk tak...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

October 2024
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

DANA KITA

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna

Nombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Email: danakita.enquiry@gmail.com

PAGE DANA KITAFB Mesengger