Subuh hari ini, ada insan video call aku menangis-nangis mengadu tentang susahnya sebuah kehidupan.
Aku suruh dia pusing tunjuk sekeliling rumah, MasyaAllah bersih sungguh. Dia tunjuk dapur, makannya ikan bilis sahaja. Itu sahaja lauknya.
Peti ais pun tiada. Allahu. Ramainya orang susah sekarang. Kerajaan tolong la lakukan sesuatu.
Bagi la bantuan BRM ke, i lestari ke, moratorium ke. Kasihan rakyat. Nampak gaya lockdown ni lama lagi kalau tengok kes positif setiap hari.
Rakyat bawahan tertekan sangat-sangat ni. Yang boleh beroperasi kilang-kilang yang bernilai ratusan juta. Sedang rakyat makan nasi dengan ikan bilis saja.
Kawan-kawan. Tolong tanya khabar adik-beradik, kawan-kawan dan jiran-jiran. Apa yang kalian mampu bantu, bantulah waima sebiji telur pun.
Kami nak bantu semua orang tak mampu juga. Sekadar kemampuan dan dalam radius yang mampu kami capai sahaja.
Jadi tolong kita semua sepakat ya. Dan semoga pihak kerajaan akan ambil langkah segera untuk meringankan bebanan rakyat.
Selamat pagi dunia!
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Penyerahan 10 unit katil pesakit kepada Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
by Admin Cikgu Fadli Online | Jul 27, 2021 | Aktiviti Dana Kita, Dana Kita
Alhamdulillah. Hari ini wakil Dana Kita Cikgu Hazlie Shafii menyerahkan 10 unit katil pesakit kepada Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Katil ini diserahkan ke Jabatan Pediatrik HUSM untuk kegunaan pesakit kanak-kanak yang sedang dirawat...
Terima kasih sahabat baik aku, Tuan Hafizi Zain sumbang dua unit benda alah bergolek ni.
by Admin Cikgu Fadli Online | Jul 27, 2021 | Aktiviti Dana Kita, Dana Kita
Oleh: Mohd Fadli Salleh Terima kasih sahabat baik aku, Tuan Hafizi Zain sumbang dua unit benda alah bergolek ni. Nak sebut natang apa aku tak tahu nama. Mesin guling-guling ke apa nama ni? Yang penting ia membantu kerja kami banyak sangat. Seronok team main benda alah...
Salah tu. Cukup salah.
by Admin Cikgu Fadli Online | Jul 26, 2021 | Aktiviti Dana Kita, Dana Kita
Oleh: Mohd Fadli Salleh "Bagusnya Dana Kita. Pantas bertindak. Tepat sampai ke sasaran. Bagusnya kalau pihak zakat pun macam ni". Salah tu. Cukup salah. Pihak zakat jauh lebih baik. Bantuan mereka tetap setiap bulan. Setiap hari pun ada bantuan kecemasan dan...
Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.
by Admin Cikgu Fadli Online | Jul 24, 2021 | Aktiviti Dana Kita, Dana Kita
Oleh: Mohd Fadli Salleh Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat. Mereka ni, penat macamana, buatlah aktiviti kat pelosok mana pun, solat mereka jaga. Tak kira di puncak gunung, di tepi jalan, wakaf di hentian, bahkan kaki lima kedai pun...
RUANG IKLAN
LANGGAN UPDATE TERKINI
Jom Subscribe untuk dapatkan Bahan PDP, Info dan Promosi Terkini!
Isi nama, email dan klik subscribe
JOM BERSEDEKAH

DANA KITA
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi caknaNombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Email: danakita.enquiry@gmail.com
0 Comments