Pagi ni aku pergi ziarah satu keluarga. Kisah hampir sama dengan kisah Nana.
Seorang murid tahun 6, Iman didapati selalu tak hadir ke sekolah. Setelah sekolah siasat, rupanya anak ini menjaga emak yang stroke.
Bila Cikgu Zahran maklumkan pada aku kes ini, kami terus buat kunjung ziarah. Hantar pampers, hantar makanan dan bagi bantuan. Pak Tam hadiahkan Iman itu sebuah basikal.
Selepas kunjungan dari pihak sekolah dan pihak Dana Kita hulur sumbangan, anak ini kembali rajin ke sekolah.
Kakaknya usia 17 tahun behenti sekolah sejak F1 kerana hidup susah. Abang dan kakak inilah yang kerja di M3 Mall untuk menyara emak dan adiknya.
Mujur Baitulmal MAIWP ada beri bantuan bulanan RM500 sebulan. Ringan la sikit beban mereka.
Namun RM500 sebulan nak jaga orang stroke, nak beli barang dapur, memang sangat-sangat tak cukup. Harap sangat ada pihak MAIWP ziarah keluarga ini dan nilai semula zakat bulanan itu. Kalau dapat naikkan sedikit lagi, syukur.
Banyak pesanan aku titip buat adik Iman tadi. Sementelah kisah Iman hampir sama dengan kisah Nana.
Aku sungguh-sungguh berpesan agar anak bongsu ini habiskan belajar sampai SPM. Apa jua keperluan pembelajaran, pakaian, yuran, tuisyen dan sebagainya Dana Kita akan bantu sampai tamat belajar, InsyaAllah.
Semoga anak ini terus kuat semangat dan berjaya mengubah nasib keluarga. Amin.
Jom kawan-kawan chip in sikit sorang dalam acc rasmi Dana Kita. Dana kami memang tengah nazak sekarang. Kirim la berapa pun, RM1 pun kami sangat syukuri dan membantu setiap program amal kami yang tak pernah berhenti ini.
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
#MFS
“Iman. Iman kena rajin ke sekolah. Belajar sampai masuk university dan berjaya tau. Cikgu pernah bantu seorang anak tunggal jaga emak stroke sejak dia di tahun 4. Alhamdulillah, tamat belajar dah dia. Result SPM pun bagus. InsyaAllah ada rezeki dia sambung belajar kat mana-mana nanti
Apa jua keperluan Iman untuk belajar, bagitahu je. InsyaAllah cikgu akan bantu”.
Patuh anak pemalu ini angguk kepala.
Cikgu Zahran berborak dengan mak Iman. Kami janji akan cuba bantu semampu kami.
Rumah kecil mereka. Sangat sempit dan kecil.
Bersama Iman dan Yaya, kakaknya yang berusia 17 tahun. Sebelum ni Iman jaga maknya, Yaya kerja. Sebab tu Iman tak pergi sekolah.
Sekarang Yaya dah berhenti kerja, bantu jaga emak. Iman dah ke sekolah semula. Cuma tu lah, kewangan keluarga mereka makin tersepit selepas Yaya berhenti kerja. InsyaAllah kami cuba bantu mana yang mampu.
0 Comments