Hafal Sifir dan Main Game Matematik Percuma

🌎  Hai adik-adik! Hari ini, Admin Azlin ingin berkongsi bahan pembelajaran dan pendidikan (PdP) yang baru untuk adik-adik. Jom kita belajar sama-sama! 🚀

game-matematik-percuma

Hai anak-anak! Cuti sekolah ni, jom kita belajar dan hafal sifir. Sifir sangat penting tau! Kalau tak kuasai sifir, kita mungkin akan menghadapi kesukaran dalam peperiksaan. Jadi, mari kita gunakan masa cuti ini untuk menguasai sifir.

Ada satu laman web yang sangat menarik dan membantu. Laman web ini berkongsi ribuan soalan matematik secara percuma. Yang paling best, tak ada iklan atau popup link yang menyakitkan hati. Semua soalan-soalan ini boleh di download secara percuma, boleh print out dan jawab terus. Jawapan juga disediakan tau. Ada pelbagai tema soalan yang menarik. Sebaik sahaja kita hafal sifir, terus boleh buat latihan. Barulah ingatan kita akan kekal berpanjangan. Kalau tak, sekejap je ingat, lepas tu lupa.

Selain itu, kita tahu kan, semua anak-anak suka main game kat tab dan telefon bimbit? Laman web ini ada game yang best untuk kita main. Game ini memang best! Masa kita asyik bermain, tiba-tiba game itu akan terhenti dengan sendiri. Kita hanya boleh terus bermain jika menjawab soalan dengan betul. Wahhh, menarik kan?

Untuk dapatkan bahan-bahan ini, boleh ke laman web ini: www.multiplication.com. Memang banyak bahan yang menarik ada di sana. Jangan lupa kongsikan info penting ini dengan kawan-kawan yang lain ya!

Sila klik pada imej untuk memulakan tayangan slaid secara manual, atau jika anda ingin melihat imej penuh: 

DOWNLOAD FILE PDF

Boleh download kompilasi imej dalam bentuk PDF di bawah ya:

Mohd Fadli Salleh

Mohd Fadli Salleh

Guru Matematik Sekolah Rendah

Mohd Fadli Salleh- Guru / Sumber Bahan di laman web Cikgu Fadli Online. Dapatkan Info menarik, bahan pembelajaran dan pengajaran di sini.

Facebook: Mohd Fadli Salleh 

Telegram: Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran

Adik-adik gembira dengan pembelajaran hari ini? Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda supaya kita boleh belajar bersama di CikguFadli.com!

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

March 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31