Cara Mengajar Anak di Rumah: Jangan Menghukum/Marah-Marah Anak

tudung-si-comel
pentagonmath

Hi adik-adik! Hari ni, Admin Azlin nak share tips pendidikan dan kisah terbaru nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Jom baca bersama-sama ! Apa topik atau kisah kali ini ya?  🌟📖

cara-mengajar-anak-di-rumah

Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik. Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan?

Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.

Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.

Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.

Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.

Bila ketegasan itu perlu?

Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.

Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.

Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.

Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.

Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.

Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?

Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.

JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.

Jangan!

Aku selalu tekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”

Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.

Namun jika tidak siap kerja, nahas!

Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.

Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!

Bila masa perlu memaksa anak?

Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.

Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).

Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.

Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.

Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.

Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!

Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.

Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.

Begitulah.

#MFS
– Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru –

Mohd Fadli Salleh

Mohd Fadli Salleh

Guru Matematik Sekolah Rendah

Mohd Fadli Salleh- Guru / Sumber Bahan di laman web Cikgu Fadli Online. Dapatkan Info menarik, bahan pembelajaran dan pengajaran di sini.

Facebook: Mohd Fadli Salleh 

Telegram: Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

Seronokkan baca? Share post ni kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka pun dapat baca dan belajar sama-sama di CikguFadli.com!

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Kenangan Mengajar: Kisah Tahun Satu

Kenangan Mengajar: Kisah Tahun Satu

"Cikgu. Hari tu cikgu ambik gambar Delisha dan letak kat Facebook kan?" "Aah. Mana awak tahu?" "Mak kita tunjuk. Mak kita follow cikgu. Cikgu, boleh tak cikgu ambil gambar kita pula pastu letak kat FB?" "Saya pun nak masuk gambar," sahut kawan dia. "Saya punnn" Nohhh,...

Pengalaman Mengajar PJ: Murid Lelaki dan Perempuan

Pengalaman Mengajar PJ: Murid Lelaki dan Perempuan

Biasa waktu PJ aku akan asingkan murid lelaki dan perempuan. Lelaki lawan lelaki, perempuan akan main pelbagai permainan sesama perempuan. Minggu lepas, lepas train murid lelaki dribble dan passing, aku bagitahu, "Okey. Masa PJ ada 15 minit je lagi. Siapa nak main...

Cikgu Rotan Budak?

Cikgu Rotan Budak?

Kalau di Malaysia ni, cikgu ni confirm kena buang kerja or kena surat tunjuk sebab. Silap-silap kena saman di mahkamah. Mujur la luar negara. Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOnBuku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34Buku latihan...

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh Cikgu Fadli. Kisah ini berlaku ketika beliau membawa murid-muridnya ke padang untuk bermain bola.Siapa Patut Jadi Gol Keeper? Bawa murid ke padang...

Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Permintaan untuk Main Bola  “Cikgu, bila nak main bola kat padang? Cikgu dah janji dari hari tu nak bawa ke padang” “Kan baru lepas hujan ni. Padang mesti bertakung. Nanti padang kering kita main la” “Alaaa. Tak hujan dah pun ni. Kita main tempat tak ada lopak air...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib