tudung-si-comel
pentagonmath

Hi adik-adik! Hari ni, Admin Azlin nak share tips pendidikan dan kisah terbaru nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Jom baca bersama-sama ! Apa topik atau kisah kali ini ya?  🌟📖

main-di-padang-sekolah

Permintaan untuk Main Bola 

“Cikgu, bila nak main bola kat padang? Cikgu dah janji dari hari tu nak bawa ke padang”

“Kan baru lepas hujan ni. Padang mesti bertakung. Nanti padang kering kita main la”

“Alaaa. Tak hujan dah pun ni. Kita main tempat tak ada lopak air lah”

“Mengamuk mak awak nanti balik baju seluar habis kotor”

“Tak pe. Mak kita tak marah. Lagi pun kan hari ni hari Jumaat. Esok cuti dah”.

Banyak sungguh akal budak-budak ni kalau bab nak main. Okey la, kali ni aku mengalah. Layankan saja.

permintaan-main-di-padang

Keputusan untuk Main di Padang Sekolah 

“Okey. Kita pergi padang. Main tempat tak lecak ja. Tapi kalau mak awak marah, awak tanggung sendiri. Jangan salahkan cikgu”

“Okey cikgu. Yeayyy! Main kat padangggg!”

Bergegar kelas dengan sorakan budak-budak lelaki.

Aktiviti di Padang Sekolah 

Kami pun ke padang. Mulanya buat fitness tepi padang tempat kering. Lepas tu berlatih pass. Kemudian main gelecek dalam bulatan.

Semuanya okey dah terkawal. Tiada yang lenjun atau kotor teruk.

Permintaan untuk Main Lawan 

Sehinggalahh…

“Cikgu. Main lawan la pula. Bosan la main pass dalam bulatan ja”

“Padang tu banyak lopak air. Habis lenjun nanti. Marah mak awak balik baju seluar kotor”

“Tak pa cikgu. Kami tak main kat lopak. Kami main tempat kering ja”

“Korang niii. Kalau baju kotor balik rumah mak marah jangan salahkan cikgu okeh”

“Baik cikguuuu!”

main-lawan-di-padang

 Akhir Kisah Main di Padang Sekolah

5 minit lepas tu…

Nohhh, tempat lopak air tu la depa tuju. 🤦‍♂️

Sahih balik rumah kena marah dengan mak, kemudian korang akan bagi alasan,

“Cikgu Fadli la ni suruh main kat padang. Adik tak nak main sebenarnya. Tapi dia suruh”.

Confirm la korang jual nama cikgu. Aci kerat kuku aku berani jamin, pasti ada tuju salah kat aku nak elak kena bedal dengan mak.

Cikgu redho je lah anak oi. Asal korang selamat dari bedalan mak dan ada memori gembira di sekolah rendah bersama cikgu.

#MFS

– Kisah Sekolah Rendah –

main-di-padang-sekolah

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

Seronokkan baca? Share post ni kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka pun dapat baca dan belajar sama-sama di CikguFadli.com!

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Cara Mengajar Anak di Rumah: Jangan Menghukum/Marah-Marah Anak

Cara Mengajar Anak di Rumah: Jangan Menghukum/Marah-Marah Anak

Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik. Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat...

Kenangan Mengajar: Kisah Tahun Satu

Kenangan Mengajar: Kisah Tahun Satu

"Cikgu. Hari tu cikgu ambik gambar Delisha dan letak kat Facebook kan?" "Aah. Mana awak tahu?" "Mak kita tunjuk. Mak kita follow cikgu. Cikgu, boleh tak cikgu ambil gambar kita pula pastu letak kat FB?" "Saya pun nak masuk gambar," sahut kawan dia. "Saya punnn" Nohhh,...

Pengalaman Mengajar PJ: Murid Lelaki dan Perempuan

Pengalaman Mengajar PJ: Murid Lelaki dan Perempuan

Biasa waktu PJ aku akan asingkan murid lelaki dan perempuan. Lelaki lawan lelaki, perempuan akan main pelbagai permainan sesama perempuan. Minggu lepas, lepas train murid lelaki dribble dan passing, aku bagitahu, "Okey. Masa PJ ada 15 minit je lagi. Siapa nak main...

Cikgu Rotan Budak?

Cikgu Rotan Budak?

Kalau di Malaysia ni, cikgu ni confirm kena buang kerja or kena surat tunjuk sebab. Silap-silap kena saman di mahkamah. Mujur la luar negara. Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOnBuku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34Buku latihan...

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh Cikgu Fadli. Kisah ini berlaku ketika beliau membawa murid-muridnya ke padang untuk bermain bola.Siapa Patut Jadi Gol Keeper? Bawa murid ke padang...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib