tudung-si-comel
pentagonmath

Bagaimana nak ajar anak hafal sifir?


Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh Subjek / Mata pelajaran: Matematik Tahun / Tingkatan: Kelas Umum

 

Antara aktiviti hujung minggu boleh dibuat bersama anak-anak ialah hafalan sifir.

Walau saya ada ajar cara BINA SIFIR, namun tidak dapat dinafikan cara hafalan adalah cara terbaik. Sebab sifir ini digunakan selama masa.

Bagaimana nak ajar anak hafal sifir? Bacalah tips berikut ya!

 

hafal-sifir

Dulu-dulu, mak akulah yang paksa hafal sifir. Memang hafal dalam keadaan tidak rela. Namun, hasil hafalan itu yang aku guna sampai hari ini. Betapa bergunanya ilmu darab dalam kehidupan seharian. Tua baru sedari.

Agaknya, kalau tak kena paksa dulu, la ni tak leh jadi Cikgu Matematik. 😅

Zaman la ni, kita cubalah dulu teknik psikologi. Teknik puji-pujian. Teknik pujukan.

“Anak mama ni bijak. Mama pasti kalau anak mama ni hafal sifir dua, lima minit dah ingat. Cuba hafal kakak, mama nak dengar.”

Lembut dan santun je tau cuba motivasikan anak melalui pujian. Boleh juga guna teknik ganjaran dalam memotivasikan anak untuk belajar.

“Kalau kakak boleh hafal sifir dua, mama bagi seringgit. Sifir tiga, mama bagi dua ringgit. Semakin tinggi sifir, semakin banyak ganjaran mama bagi. Hafal cepat ya, nanti dapat banyak duit.”

Kau tengoklah. Laju je dia hafal dan cuba dapatkan ganjaran tu. Nak duit katakan. Namun ada orang kata cara ni tak bagus, buat anak kita mengharap balasan atas setiap usaha mereka.

Pada aku, okey je. Bukan semua benda kita guna kaedah ganjaran ni. Sesetengah perkara memang perlu motivasikan anak cara ni.

Namun kalau cara ni pun tak jalan juga, apa lagi. Gunalah teknik lama yang pasti berkesan. Teknik paksaan. Haha.

“Kakak hafal sifir dua sampai dapat malam ni. Kalau tak, siap! Kena dengan mama nanti.”

“Zasss!” (bunyi hanger dihayun pada sofa.)

Haha, cara ni pasti berkesan. Dalam air mata anak kita hafal. Alah, air mata anak manja sekejap sahaja akan berhenti. Namun ilmu dan hafalan itu akan berkekalan sampai mati.

Sungguh!

Sila ikuti tips-tips Matematik dan isu semasa dunia pendidikan di channel telegram saya. Klik link ini untuk join ya t.me/MohdFadliSalleh.

#MFS



ADMIN:

1. Sebarang pertanyaan tentang bahan boleh rujuk pada pemilik asal bahan.
Any question regarding item please refer to the material's owner.

2. Sila right click untuk save imej atau muat turun file pdf di bawah post.
Please right click each image to download or download pdf file below of the post.

We hope that our sharing today will help your child education's journey. Kindly share and thank you for visiting us at Cikgu Fadli Online.

Semoga perkongsian harini bermanfaat untuk semua pengunjung Cikgu Fadli Online ya. Sila share agar ramai lagi mendapat maanfaat, terima kasih !

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Reading Occupations (Part 2)

Reading Occupations (Part 2)

Reading Occupations (Part 2) Sumber / Guru: Easy English with Madam Nagiha Tahun / Tingkatan: Kelas Umum  Subjek / Mata Pelajaran: Bahasa Inggeris   Hi assalamualaikum! 👋 Here’s the part 2 of reading flashcards about occupations. To improve reading skills,...

Murid Malas Membaca Soalan Matematik

Murid Malas Membaca Soalan Matematik

Murid Malas Membaca Soalan Matematik Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh Subjek / Mata pelajaran: Matematik Tahun / Tingkatan: Kelas Umum   Ni soalan Matematik tahun 4. Yang saya tanda ini murid kelas paling belakang. 99% murid kelas belakang ini pandai membaca...

Reading Occupations (Part 1)

Reading Occupations (Part 1)

Reading Occupations (Part 1) Sumber / Guru: Easy English with Madam Nagiha Tahun / Tingkatan: Kelas Umum  Subjek / Mata Pelajaran: Bahasa Inggeris   Hi assalamualaikum! 👋 Today I’m sharing simple reading flashcards about occupations. During these last few weeks...

Modul latih tubi asas matematik untuk anak-anak tahun 2, 3, 4, 5 dan 6.

Modul latih tubi asas matematik untuk anak-anak tahun 2, 3, 4, 5 dan 6.

Modul latih tubi asas matematik untuk anak-anak tahun 2, 3, 4, 5 dan 6. PENTING: ✔️ Bahan dalam bentuk softcopy, jadi boleh dicetak berulang kali. 🗙 Bukan buku fizikal, kena print sendiri. ✔️ 552 set soalan, setiap set ada banyak soalan. 🗙 Jawapan tidak disediakan...

Latihan Matematik Tahun 4 Tajuk Masa dan Waktu (Part 3)

Latihan Matematik Tahun 4 Tajuk Masa dan Waktu (Part 3)

Latihan Matematik Tahun 4 Tajuk Masa dan Waktu (Part 3) Oleh: Mohd Fadli Salleh Tahun: Tahun 4 Subjek / Mata pelajaran: Matematik   Latihan Matematik Tahun 4 Masa dan Waktu boleh download dan print untuk latihan anak-anak.   Sila klik pada imej untuk mulakan...

Apa itu Anu Dalam Matematik?

Apa itu Anu Dalam Matematik?

Apa itu anu dalam Matematik? Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  / Mata Pelajaran: Matematik   Tahun/Tingkatan: Kelas Umum   Dah beberapa orang pm saya berkenaan dengan ANU. Apa itu anu dalam Matematik? Anu ialah sesuatu bilangan dan nilai yang tak diketahui. Itulah...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib