Selamat datang ke Pertubuhan Dana. Jemput baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, Penaung Pertubuhan Dana Kita kali ini.
Oleh: Mohd Fadli Salleh
Terima kasih sahabat baik aku, Tuan Hafizi Zain sumbang dua unit benda alah bergolek ni.
Nak sebut natang apa aku tak tahu nama. Mesin guling-guling ke apa nama ni? Yang penting ia membantu kerja kami banyak sangat.
Seronok team main benda alah ni. Siap buat track bengkang bengkok lagi. Dah macam budak-budak dapat mainan. Depa punya menjerit main benda ni kalah anak kecil. Wakaka.
Tapi kata Abang Rosli Ab Rahman ,
“Kurang dah pahala kami cikgu sebab kerja makin mudah gini”.
InsyaAllah pahala akan terus bercambah dengan keikhlasan kalian semua. Terima kasih semua yang memberi sokongan.
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
Mohd Fadli Salleh
Terima kasih kerana membaca dan menyokong Pertubuhan Dana Kita. Setiap sen yang anda sumbangkan sangat berharga dan kami menghargainya. Mohon dapat share post ini. Kami doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.
MEMO BERKENAAN KOMEN
Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.
This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).
0 Comments