Oleh: Mohd Fadli Salleh
The struggle is real gais.
Golongan M40 dan T20 satu persatu mulai tumbang. Yang masih bertahan pun makin susut semua simpanan.
Kebanyakan situasi peniaga dan majikan di musim wabak ini bukan lagi untuk mencari keuntungan. Sebaliknya hanya bertahan agar tidak bankrup dan muflis sahaja.
Efek bila mereka tumbang akan terkesan hingga ke golongan bawahan. Bayangkan pemilik kedai atau syarikat yang muflis, bagaimana nasib puluhan pekerja mereka?
Pasti dibuang, pasti ada yang tidak dibayar gaji kerana majikan tidak lagi mampu.
Golongan ini juga banyak menyumbang kepada rumah anak yatim, pusat tahfiz dan seumpamanya selama ini. Tumbangnya mereka, operasi rumah kebajikan juga pasti terkesan sama.
Semoga wabak ini berlalu segera. Kita semua rindukan kehidupan yang lama. Kehidupan sebelum wabak ini menjelma.
Penat dah asyik dikurung. Serius penat.
Pagi!
Mohd Fadli Salleh
0 Comments